RSS

Category Archives: Teman

nasihat seorang teman.

Jangan biarkan dunia mengunyah kamu hingga lumat. Kalau tidak pernah rasa penat dan susah, itu bukan dunia.

Itu syurga.

Dalam hidup, saya bertemu dengan pelbagai manusia. Dan pelbagai nasihat, pandangan dan komen membina yang saya terima daripada mereka semua. Jika semua nasihat tersebut dikumpul-kumpulkan dan dimasukkan ke dalam fail, mungkin rumah saya akan penuh dengan ‘Fail Nasihat’ dari setiap orang yang saya jumpa.

Cuma, masalahnya, saya hanya ingat nasihat-nasihat ini cuma waktu itu sahaja. Dan bertahan beberapa minggu, sebelum hilang ditelan nasihat2 lain pula.

Jadi, kata-kata di atas adalah nasihat daripada seorang teman, tatkala saya mengadu lelah dan penat akan urusan dunia.

Ini adalah kata-kata yang mahu saya failkan dan simpan molek-molek dalam laci ingatan. Nasihat yang mahu saya cacah menjadi tatu di dalam minda supaya boleh saya guna dan jadikan rujukan di masa depan.

Untuk kamu yang bernama teman, terima kasih.

*tarik nafas dalam-dalam*

 
2 Comments

Posted by on December 7, 2012 in Teman

 

Cerita fiksi. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Kalau ada pun, hanya kebetulan sahaja.

i.

Ali, Abu, Ahmad dan Minah berjalan kaki ke gerai mamak berhampiran. Hajat mereka mahu minum petang di sana.

Dalam perjalanan, Abu berbisik pada Minah.

Abu: Minah, wallet aku tertinggal kat ofis la.

Minah: Jadi, apa kena-mengena dengan aku?

Ujar Minah selamba, sambil menonong pergi tanpa rasa bersalah.

ii.

Ali, Abu, Ahmad dan Minah sedang berbual-bual di gerai mamak. Mereka berbual tentang macam-macam perkara, bercakap itu dan ini, bersilih ganti antara roti canai, megi goreng, roti telur, dan teh tarik.

Ali: Kenapa kau tak datang?

Ahmad: Aku bawak wife aku pergi hospital. Medical checkup.

Dan seperti biasa, kalau ada perkataan seperti ‘medical check-up, muntah-muntah, pening kepala’, kaum lelaki akan fikir satu benda sahaja. Tambah-tambah lagi kalau yang mengeluarkan perkataan itu sudah berkahwin.

Ali dan Abu sudah angkat-angkat kening sambil ketawa-ketawa. Minah tunduk sambil sedut air Neslo dengan straw. Dia buat-buat tak faham, dan tiba-tiba jadi sangat berminat dengan Megi Goreng Telur Mata di hadapannya.

Abu: Kau ni pun Ahmad, kot iye pun sabar-sabar la… Anak kau yang sulung baru setahun lebih.

Ali: Entahnya…kurang-kurang bagi la anak kau tu boleh berjalan berlari dulu….

Ahmad sudah malu. Telinga dia merah. Akhirnya dia bersuara,

Ahmad: Aku bawak wife aku medical check-up untuk pergi INTERVIEW lah SYAITOONNNNN!!!!!

Dan ketawa mereka pun berdegar-degar 80 desibel lebih kuat dari biasa, melantun-lantun antara roti canai, megi goreng, roti telur dan teh tarik.

iii.

Minah sedang khusyuk melayari internet di pejabat. Tiba-tiba ketuanya datang dan bertanya “Hah Minah, tengah buat apa tu?”

Minah yang terperanjat spontan berkata “Eh tak buat apa-apa boss.”

Minah lupa, pantang larang tempat kerja, tidak boleh ‘tak buat apa-apa’ di pejabat. Kalau boss tanya, jawablah apa saja asalkan bukan ‘tak buat apa-apa’.

Buat report, research pasal topik tadi, hantar email, buat surat, dan 1001 alasan lain selain ‘tak buat apa-apa’.

Sebab kalau tak, kau akan dicop curi tulang.

Minah terfikir, kalau di tempat kerja lama, mungkin dia sudah dimaki berbaldi-baldi dan disumpah tujuh keturunan.

Mujurlah, ketua Minah seorang yang penyabar.

Dan cool.

Cool macam gula-gula Mentos.

 
2 Comments

Posted by on October 23, 2012 in Kerja, Teman

 

Perbualan lewat malam di sebuah restoran mamak sambil makan roti nan bawang dan air sirap ditemani hujan renyai-renyai.

 

“You are selfish Sue. You are selfish.”

Katanya.

Saya pandang langit.

Dalam hati saya berdoa.

Moga Tuhan ampunkan saya.

 
6 Comments

Posted by on April 10, 2012 in Teman

 

Eksperimentasi yang memualkan. (“,)

i.

Baiklah, biar saya mulakan entri ini dengan ketawa sekuat-kuat hati.

HAHAHAHAHAHAHA!!! 😀

Kemudian, saya mahu memohon maaf kerana telah mendera anda dengan menulis entri yang begitu memualkan ini.

Sejujurnya, ia adalah rekaan semata-mata.

Saya ulangi, IA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Sekali lagi, saya ulang, entri di bawah ini adalah satu rekaan, pembohongan, dan penipuan untuk tujuan gurauan sahaja. Jika kamu masih percaya, tak tahulah saya nak cakap apa. 😛

Saya yakin, ketika kamu membaca entri tersebut, pasti kamu akan tertanya-tanya “Apa kena budak Suhaila ni? Buang tebiat ke apa”. Masuk ke perenggan seterusnya, mulalah rasa mual satu macam. Sampai ke perenggan terakhir, tentu kamu akan berfikiran “Ya-Allah-perasan-nak-mampus-budak-ni-rasa-cam-nak-lempang-je!”

Kan?

Sebetulnya, ketika saya menulis entri tersebut, saya juga rasa menggigil, bulu roma menegak, rasa macam nak menggelupur dan nak terjun bangunan pun ada, kerana terlampaulah MALU menulis entri yang sebegini rupa.

Ya, eksperimen tadi membuktikan ia adalah sesuatu yang AMAT, AMAT MEMALUKAN untuk menulis tentang kelebihan (kaya,cerdik,cantik) diri sendiri untuk tontonan umum.

Read the rest of this entry »

 
11 Comments

Posted by on April 6, 2012 in Bengong, Manusia, Saja Mengada, Teman

 

doubt

 

“Do you love him?”

“Yes, I do love him…”

“Then, what’s the problem?”

“I’m just not in love with him…”

 

 
Leave a comment

Posted by on October 31, 2011 in Peribadi, Teman

 

Bahagia adalah hak setiap insan.

Tangan saya masih lagi memegang secawan air milo, yang saya kacau perlahan-lahan sebelum menghirupnya penuh hati-hati. Pagi itu sejuk sekali. Dan air milo panas sememangnya sesuai untuk suasana sejuk dengan hujan renyai-renyai sebegini.

Tetapi, entah kenapa hari ini, air milo yang sering saya bancuh secara ‘ritual’ setiap pagi, sangat tawar dan hambar rasanya.

Sebenarnya, minda saya tidak tenteram. Ia berkocak hebat. Cuba menghadam dan mencerna satu perkara yang sedang menganggu gugat jiwa.

Segalanya terjadi selepas perbualan saya dengan seorang teman. Kami berbual tentang banyak perkara, dan akhirnya topik beralih ke perkara perkahwinan. Tentang perkahwinan adalah suatu perjudian. Sama ada kau menang atau kalah, itu bergantung pada nasib dan takdir yang telah tersedia. Jika kau menang, kau adalah manusia yang bertuah. Jika kau kalah, mungkin ia adalah hikmah dari Allah, untuk memberi kita yang lebih baik dari itu. Kami berbual dan berbual dan berbual.

Sehinggalah kata-katanya yang ini terus membuatkan air milo saya terasa tawar dan hambar.

Sue, seorang perempuan boleh terima jika suaminya jahat. Tetapi, jangan sekali-kali suaminya kahwin lain.

Ayatnya membuatkan saya terkesima. Ternganga dan terpana.

Maksud akak, kalau suami kaki pukul, hisap dadah, kaki minum arak, kaki judi, adalah lebih baik daripada suami yang kahwin lain? Maksudnya, akak takkan minta cerai kalau suami pukul akak, tapi akan minta cerai kalau dia kahwin lain?

Dengan tenang dia mengangguk. Dan melihatkan wajah tidak percaya saya, dia menjelaskan,

Sebab apa tau Sue? Sebab suami itu, walau dia jahat, tapi kita tahu, hati dia masih pada kita. Tapi suami yang kahwin lain, kita tahu hati dia sudah tak ada pada kita. Buat apa mahu tunggu lagi?

Saya termenung sejenak. Cuba memikirkan betapa aneh dan ‘absurd’nya kenyataan itu.

Saya mahu katakan bahawa saya tidak setuju.

Saya mahu katakan bahawa  ia tidak sepatutnya dilihat seperti itu.

Read the rest of this entry »

 
6 Comments

Posted by on August 12, 2011 in Manusia, Peribadi, Teman

 

“Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.”

Ini bukan surat cinta buat sang kekasih hati.

Ini bukan satu deklarasi bahawa hati ini sudah dimiliki.

Ini bukan pengumuman menghebahkan rasa cinta yang tak bertepi.

Kerana pada usia 27 tahun, satu perkara yang saya belajar tentang CINTA adalah ini:

“Jika kau terlalu menghebah-hebahkan ia, jika kau terlalu mengembur-gemburkan ia, jika kau terlalu suka mengumumkan kepada dunia, berkongsi cerita bahawa betapa kau terlalu bahagia, dan kau hebahkan ke seantero dunia, melalui facebook atau friendster atau blog misalnya, memaparkan gambar  kau dengan dia sedang berpelukan mesra,

tidaklah mengapa…

jika hubungan itu menjadi, Alhamdulillah syukur sekali.

akan tetapi, jika hubungan itu tidak menjadi, silap-silap kau yang akan malu sendiri. “

Yes, I’ve learnt that the hard way.

Read the rest of this entry »

 
12 Comments

Posted by on July 24, 2011 in Nostalgia, Pengalaman, Peribadi, Teman