RSS

Category Archives: Tag

Tag dari Cik Amirah

Saya telah ditag oleh cik Amirah. Saya pernah buat tag ini sebelum ni. Tapi, cik Amirah dah tag saya dua kali beserta dengan puji-pujian yang melambung tinggi, dengan besar hati dan kembang lobang hidung, saya pun buat lah lagi sekali tag ini….he he! ­čśŤ

1. Anda rasa anda hot?
Panas jugak lah. Kipas angin dah┬átahap 5 pun still berpeluh lagi. Ke sebab saya tak mandi lagi nih? ­čśŤ

2. Upload gambar  kegemaran anda..

1141454350_144a5ffc1c_o

3. Kenapa anda suka gambar itu?

Satu, budak Iran itu sungguh comel. Dua, kerana saya juga (seperti orang lain yang melihat gambar ini pertama kali) telah tertipu. Ini bukan gambar yang diambil dengan kamera. Tetapi adalah gambar yang dilukis oleh seorang pelukis realist terkenal Tehran, Iman Maleki. Jika kamu google nama pelukis ini, kamu akan dapat melihat banyak lukisan dia yang lain yang sungguh real gila. *kagum* :O

4. Bila kali terakhir makan pizza?
Dua minggu lepas kot.

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Denting by Melly Goeslaw.

6. Apakah yang sedang anda lakukan selain daripada selesaikan tag ini ?
Menggonyoh hidung dengan tisu. Bukan kah saya ada sindrom selsema sepanjang tahun? Aih…

7. Tag lagi 6 orang
Saya tag KAMU yang sedang membaca ini. ­čÖé

 
3 Comments

Posted by on March 25, 2009 in Bebelan saya, Tag

 

Tag dari Uena(nako) :P

Weyh…gua kena tag. Gua suka! Gua suka! *lompat-lompat riang macam kanak2 rebina*

Rules:

1. The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3. After that tag 12 people.

1) The age of my next birthday

39662611_c50eafa7f9

2) The place I would like to travel to

new-zealand

3) My favourite place

my own bed

4) My favourite food

seafood

5) My nickname

sue661

(serius weyh, nama dia SUE)

6) My favourite colour

colourful

7) The city I live in

mapsp

8) The city I was born in

miri, sarawak

9) College major

chemical engineering

10) Bad habbit

procrastinate

11) My hobby

i_love_blogging

12) My wishlist

new handphone

12 people to be tagged:

The first 12 people in my blogroll list. ­čÖé

 
7 Comments

Posted by on March 24, 2009 in Saja Mengada, Tag

 

Tag-mengetag

Saya telah di tag oleh Uena dan Ropi. Oleh kerana kedua-dua tag ada lah sama, jadi saya buat sekaligus. Killing two birds with one stone – bak kata En Mat Salleh.

#1. describe 10 things about the person who tag u

Tentang Mr Ropi:

1. seorang lelaki
2. bekas pelajar UTP
3. bekas admin k5
4. bekas admin DC++ juga
5. seorang yang diam dengan orang asing tetapi adalah bising dengan rakan-rakan.
6. pernah meminati kumpulan wanita hot dari Jepun iaitu Morning Musume.
7. chatter tegar di channel #hello project
8. bekas tokan (tokan apa saya kurang pasti…)
9. bekas pemain ragbi
10. suka merancang dengan terlampau teliti sehingga kadang2 yang dirancang itu tidak menjadi.

Sekian tentang Mr Ropi. Mahu mengenali dia dengan lebih lanjut, sila lah ke blog nya.(yang bulat-bulat saya salin dari situ…he he┬á­čÖé )

Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by on March 4, 2009 in Tag

 

Satu eskapisme – Tag #5

Pernah tak rasa seperti mahu menyanyi tapi tidak punya suara?

Pernah tak rasa seperti  mahu berlari tapi  tak punya kaki?

Pernah tak rasa seperti mahu tawan dunia tapi lupa kamu kerdil saja sebenarnya?

Dan pernah tak rasa seperti mahu menulis banyak-banyak entri tapi otak seolah-olah gagal berfungsi?

Sebenarnya banyak perkara mahu ditulis, mahu diceritakan, tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini macam tidak ada ‘driving force’ untuk berkongsi apa-apa cerita. Mungkin saya perlu minum satu susu tepung bayi yang iklannya ada ayat “Bila sel-sel otak bergabung, kanak-kanak akan…(ayat ini sambung sendiri sebab tak ingat)” dan lepas itu boleh lah saya buat bijak dan tunjuk kad-kad pada mak dan cakap “Mak, tengok ni. BUAH HATI!!”

Ok. Saya dah merapu. Sila abaikan. (Kan saya cakap, otak saya  dah beku!)

Jadi, saya patut berterima kasih pada cik Ainun sebab tag saya. Sekurang-kurangnya bolehlah dibuat sebagai bahan untuk updet entri. ­čśŤ

1) Do you think youÔÇÖre hot ?

Saya┬átidak hot tapi kool (See? Jawapan pun tiru cik Ainun. Punyalah pemalas…huhu)

2) Upload your favourite picture of you.

Ok. Ada tiga pictures. Sebab hari itu saya menggodek-godek Photoshop dan sungguh teruja dengan effect-effect yang sungguh banyak dalam software itu. Jadi saya apply dalam gambar-gambar ini. Tapi serius, agak mahu muntah juga lah main dengan Photoshop. Siapa-siapa yang terel Photoshop memang salut sama kamu.

cimg00412

cimg0063copy1

cimg0080-copy1

3) Why do you like that picture ?

Gambar 1: Sebab itu pertama kali buat aksi letak tangan di pipi begitu. Agak gediks rupanya. Lepas ini, boleh lah buat aksi mulut muncung pula yah?

Gambar 2: Kecuali Fiza yang sedikit teruja, kami yang lain hanya mampu merenung masa depan yang masih belum berkeputusan. (cheh!ayat tak boleh blah!)

Gambar 3: Aksi tunggu keretapi. Tak ada yang special pun.

4) When was the last time you ate pizza?
Beberapa minggu lepas. Pakai delivery sebab malas masak untuk makan malam. Satu keluarga makan pizza hari tu.

5) The last song you listen to ?

Foo Fighters – All My Life

6) What are you doing right now besides this ?Tengok Astro Hitz TV

7) What name would you prefer besides yours ?

Adilia. Suka sungguh nama ini. Suka giler arh! ­čśŤ

People to tag :

1 Jamel

2 Hidayah

3 Uenanako

4 Dzety

5 Sakinah

9) Who is number one ?

Pelajar UTP yang mengambil Kejuruteraan Elektrikal. Kenal sebab dia kawan Sakinah.

10) Number three is having a relationship with ?

Her boyfriend is Azman Aziz.

11) Say something about number five ?

Suka menyanyi dan sangat power dalam menghafal lirik lagu.

12) How about number four ?

My ex-housemate. Dan satu course juga. Ambil majoring yang sama iaitu Environment. Bawa kereta Gen 2.

13) Who is number two?

Roomate and best friend to number four.(dzety)

 
3 Comments

Posted by on December 24, 2008 in Tag

 

Tag #4

Ok. Mari kita bayar hutang tag. Cik Ainun sudah mengetag saya. Maaf kerana terlambat jawab.

Ok. *tarik nafas* One,two,set,GO!

Starting time : 11.02 pm

 Name : SUHAILA

Sisters : 2

Brothers :2

Shoe size :7Height : 165 cm

Where do you live : Sungai Petani, Kedah.

Have you everÔÇŽ.

Been on a plane : Yes.

Swam in the ocean : Yes.

Fallen asleep at school : Haha…selalu sangat! Tak kira masa. Tak kira subjek. Tak kira guru. Apa penyakit entah. Kecuali subjek English dan BM saja tak pernah tidur lagi.

Broken someoneÔÇÖs heart : Isk…mana ada. Saya budak baik. *muka pura-pura innocent* ­čÖä

Fell off your chair : Yes! Masa darjah 2. Ini memang kaw-kaw punya jatuh. Tahap ke belakang 180 darjah. Malu tak payah cakap lah. ­čś│ “Kerusi ada 4 kaki. Yang kamu jungkit bagi 2 kaki itu kenapa?” kata Cikgu Ismail sambil┬átahan┬áketawa. Haih, padan muka sendiri..

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Tak pernah. Tidur adalah segala-galanya bagi saya. ­čśŤ

Saved e-mails : Yes.

What is your room like : Bersepah dengan barang-barang pengantin kakak. Ya, saya tak kahwin lagi tapi dah tidur dalam bilik pengantin. Jangan cemburu ya? Ha ha ­čść

WhatÔÇÖs right beside you : Printer dan headphone.

What is the last thing you ate : Roti bakar disapu dengan Schokomac.

Ever hadÔÇŽ

Chicken pox : Tengah kena lah sekarang. Tapi dah sihat dah. Yeay!

Sore throat : Yes.

Stitches : Never.

Broken nose : Never.

Do you Believe in love at first sight : Erm…because I never experienced it. So the answer is No. I don’t believe it. Heh!

Like picnics : Uh, mesti. Lagi-lagi kalau makanannya banyak dan sedap-sedap semuanya.

Who was were the last person..

You danced with : Dengan ahli kumpulan untuk persembahan final.Saya ambil Basic Dance 1 sebagai subjek ko-Q. Menari a-go-go macam apa entah. Haih!

Last time u laugh: Baru tadi sebab mengusik Hafizul Hakimi kata dia anak cina. Marah betul budak kecik itu. Siap tengok cermin lagi nak pastikan dia bukan anak angkat. Hehe!

You last yelled at : Hafizi Hilmi. Sebab buat mak marah.

Kissed anyone : Selalu. Salah seorang mangsanya bernama Hafizul Hakimi. Tapi sejak kena chicken pox, tak pernah cium lagi. Siap lah dia beberapa hari nanti. Heh!

Get sick : Jarang-jarang.

Talk to an ex : Err…yang mana satu? Ha-ha! Just kidding. The answer is YES. Ada lah dalam dua tiga kali.

Miss someone : Hurm…maybe…

Who do you really hate: Ramai. Pemimpin politik dan penjenayah termasuk sekali tak?

Do you like your hand-writing : Erm…saya tak tetap hand writing. Ikut mood. Kalau malas jadi buruk yang amat. Kalau rajin pun tak ada lah cantik mana jugak. Haih~ (tak menjawab soalan nih…huhu)

Are your toe nails painted : Nope.

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Katil Queen Elizabeth. Macam mana lah agaknya…

What color shirt are you wearing now : Black.

Are you a friendly person : Yes. I think so. ­čśÄ

Do you have any pets : No. My mom won’t allow it. Ouh, ada sekali. Bela ikan tapi dah mati. Isk… ­čśŽ

Do you sleep with the TV on : Sometimes when I was super duper exhausted and the programme is super duper boring.

What are you doing right now : Answering this tag.

Can you handle the truth : Some truth are better left unknown. But, I cannot tolerate lies. Keep the secret but never lie. Haa..camana tuh?

Are you closer to your mother or father : Mother!

Do you eat healthy : Nope. Makan apa saja tanpa mengira kalori atau kolestrol.

Do you still have pictures of you & your ex : Nope. Don’t have any. “Dispose the pictures to dispose the memories” – break up tips #1 (ambil kat mana entah tak ingat)

If youÔÇÖre having a bad day, who are you most likely to go to: My sis.

Are you loud or quiet most of the time : Quiet. (kot?)

Are you confident: Yes. I think so.

5 things I was doing 5 years ago

1. Second year Diploma di Kuantan.

2. Baru nak kenal apa ke jadahnya Chemical Engineering itu.

3. Naik bas Rahmat Alam untuk ke bandar Kuantan dengan kawan-kawan.

4. Naik bas selama 10 jam setiap kali mahu balik ke Kedah.

5. Uruskan budak yang telan 4 papan panadol. Apa kes minggu pertama jadi fasi sudah ada orang nak bunuh diri. Haih~

5 things I would do if I were a billionaire

1. Melancong dan melancong tak ingat dunia.

2. Beli semua kedai buku supaya saya boleh baca buku secara percuma pada bila-bila masa.

3. Amal jariah (jawapan standard)4.Beri kesenangan pada keluarga (lagi jawapan standard)

5. Shopping sakan lah, apa lagi!Baju, kasut, handbag, jam tangan…woh!! $-)

Wokeh. Dah siap! Saya tag siapa-siapa saja yang rajin mahu jawab. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Finished time: 12.01 a.m (tidur dulu.selamat malam yah!)

 
3 Comments

Posted by on December 15, 2008 in Tag

 

Tag #3

Kena tag dengan cik Ainunl.┬áTengah serabut-serabut ini best jugak melayan tag. Jom buat jom…

1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state the rules clearly.

3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

4. No tags back!

10 weird things/habits/little known facts about me (Tak ada lah weird mana pun sebenarnya. Tapi belasah saja lah…heh!) :

1.┬á Setiap kali makan, saya wajib letak kicap.┬áSaya dan kicap┬átak boleh dipisahkan. Semua makanan saya bubuh kicap. Dari nasi putih, nasi lemak, nasi goreng, nasi paprik, ayam goreng, laksa, bihun, mee goreng…pendek kata semua lah. Cuma tinggal roti dan kuih-muih jek belum pernah cuba lagi letak kicap. Heh!

2. Saya tak boleh tidur kalau gelap dan sunyi. Rasa semacam saja. Jadi, mesti ada lampu terpasang dan lagu di radio berkumandang. Dulu, selalu dengar walkman sebelum tidur. Sekarang lebih suka dengar radio. Ouh, dan saya tidak boleh tidur kalau tak┬ápasang kipas. Panas. Dulu, masa kecil-kecil pernah bergaduh dengan kakak. Saya tak mahu tutup lampu. Jadi, dia pergi tutup kipas. Sudahnya, dua-dua tak boleh tidur. Sebab saya tak boleh panas. Dan dia pula tak boleh keadaan terang. Tapi, ego punya pasal, dua-dua┬áterkebil-kebil sampai ke pagi. Huhu…

3. Saya rasa saya ada ‘tocophobia’. Fear of pregnancy or childbirth. Sebab saya tak boleh dengar langsung cerita-cerita orang nak bersalin┬ádan tengok gambar atau video orang bersalin. Saya jadi ngeri┬ágila.┬áJadi makcik-makcik atau kakak-kakak yang nak cerita pengalaman bersalin, bukan pada saya lah tempatnya. Sebab saya akan lari jauh-jauh dulu sebelum sempat kamu kata “Sakit tau bersalin…” Benda itu tak perlu cerita. Itu nanti saya rasa sendiri. Kalau saya berani lah. Huhu.

4. Walaupun saya tahu bawa kereta, tapi saya masih fail kalau bab nak cam jalan. Kadang-kadang jalan yang dah lalu 10 kali pun boleh tersesat. En Kelambu kata, gejala ini dipanggil ‘mapholoses’. Heh!

5. Saya suka pegang tisu. Ha, ini pelik. Sebab tak semena-mena saya akan tarik sehelai tisu dan genggam sambil buat kerja. Kadang-kadang tak perlu lap apa-apa pun. Tapi, entah kenapa, tisu kena ada dalam tangan. Benda ini kadang-kadang tindakan separa sedar. Tak sedar pun bila masa ambil tisu, tiba-tiba jek tisu dah ada dalam tangan. Memang dah jadi habit kot.

6. Saya suka tengok perempuan yang berjubah dan bertudung labuh. Rasa sejuk jer mata yang memandang. Tapi, kalau lelaki berserban dan berjubah, saya tak rasa apa-apa pulak. Pelik.

7. Saya suka buat kerja saat akhir. Ini bad habit yang macam dah sebati dengan saya. Sebab bila kerja saat-saat akhir, rasa cemas itu yang menjadi ‘driving force’ untuk saya siapkan kerja. Adrenalin yang mengalir laju dan jantung yang bekerja dua kali ganda lebih cepat dari biasa baru boleh buat otak saya bekerja. Kalau tidak, saya jadi malas. Tekanan masa dan keadaan adalah pemangkin untuk saya siapkan kerja. Tapi, kalau kerja yang saya suka dan minat, memang dari awal-awal lagi saya akan mula buat.

8. Saya susah mahu pergi majlis-majlis yang ramai orang yang memerlukan saya pakai proper. Majlis kenduri kalau bukan kenduri kawan-kawan atau saudara, memang susah lah saya mahu pergi. Itu pun kalau mak paksa teman kan dia, baru lah saya pergi. Dean’s List Award Ceremony pun saya tak pernah pergi. Dah lah tak selalu dapat, bila dapat tak pergi majlis┬ápulak. Adeyh! Entah kenapa, saya lebih selesa ambil sijil sendiri-sendiri di ofis. Ouh, dan segala dinner-dinner yang ada tema-tema pemakaian seperti ‘Bling-bling’ atau ‘Glamour and Glitter’ atau ‘Sexy and Funky’ atau entah apa-apa lagi, memang tak pernah lah saya jejak kaki. Memang tak ada semangat kemasyarakatan kot saya nih. Huhu.

9. Sebelum tidur, saya wajib baca buku. Jadi, kat tepi bantal saya memang bersepah lah dengan buku, novel atau majalah. Kadang-kadang tak habis baca dah terlelap. Tapi, mesti baca dulu walau sebaris dua ayat. Lepas itu baru boleh tidur.

10. Saya sangat sangat suka sampai jadi ‘addicted’ dengan coklat. Kalau tak makan coklat, saya┬ájadi ‘agitated’ dan gelisah semacam. Dah nama pun ketagih. Apa jenis coklat saya makan kecuali V*ch*lle. Sebab dulu ada pengalaman ulat putih keluar dari coklat yang saya gigit. Lepas itu, taubat tak makan coklat jenama itu dah. Selalu, saya beli jenama Cadbury. Sebab sangat sangat sedap…mmmm…..~~

Cukup 10 fakta tentang saya. Saya tag Cik Amirah, Cik Cahaya, dan siapa-siapa yang rajin mahu buat, sila lah buat.

 

Ok. Mahu tidur peluk gembira. Selamat malam semua. =)

 
8 Comments

Posted by on November 12, 2008 in Saja Mengada, Tag