RSS

Category Archives: siri 30 kegembiraan

kegembiraan #4

Kegembiraan adalah …

apabila a stranger angkat tangan / melambai dan senyum kepada kamu di atas jalan raya, setelah kamu beri laluan kepada kenderaannya.

I never realized how much it makes my day. 🙂

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2011 in siri 30 kegembiraan

 

Kegembiraan #3

Kegembiraan adalah …

3. Bau rumput basah selepas hujan.

**********

Saya mula jatuh cinta tergolek-golek pada bau rumput basah selepas hujan adalah ketika saya berada di semester akhir di Tronoh. Bilik saya ketika itu adalah bilik paling bawah, dan di hadapannya ada taman kecil, sebatang pokok, rumput-rumput dan bunga-bungaan berwarna putih yang saya tidak tahu apa namanya.

Setiap kali waktu pagi, kicauan burung di luar tingkap adalah sesuatu yang sungguh mendamaikan telinga. Jika malam sebelumnya  hujan, bau rumput basah ketika waktu pagi adalah suatu perasaan yang tak terungkap, suatu nikmat yang paling padat – bak kata Pak Samad Said.

Jadi, ya, bau rumput basah selepas hujan juga adalah sesuatu yang menggembirakan bagi saya.

Lalu saya terfikir bahawa saya tidak perlukan gajet tercanggih, iphone termahal, kereta terhebat, suami terkaya, atau rumah terbesar untuk saya berasa gembira.

Cukup dengan hanya memandang ke bawah, melihat rumput yang saya pijak, dan benar-benar menghidu aromanya ketika ia basah ditimpa hujan, itu sudah cukup untuk mendamaikan sebuah jiwa.

Kadang-kadang, kita terlalu mengejar nikmat material ciptaan manusia sehingga terlupa, nikmat alam semulajadi ciptaan Illahi itulah nikmat yang paling hakiki.

 

 
2 Comments

Posted by on January 28, 2011 in Nostalgia, siri 30 kegembiraan

 

Kegembiraan #2

Kegembiraan hari ini adalah…

2. Telekung di surau awam yang cantik dan bersih.

Nota penulis:

Telekung yang bersih di surau awam adalah sesuatu yang sangat rare di Malaysia ini. Selalunya, telekung-telekung yang saya jumpa di mana-mana surau pun, pasti kotor, berbau hapak dan bertahi lalat di bahagian dagu.

Jadi, apabila ada telekung yang cantik, harum dan bersih di surau pasaraya Giant Taiping, ia adalah sesuatu yang jarang-jarang dijumpai seperti 7 benda ajaib dunia.

Setiap kali memakai telekung ini, hati saya selalu tertanya-tanya siapalah empunya badan yang sudi membasuh, meng’clorox’, dan men’softlan’kan telekung-telekung tersebut . Dalam hati saya memuji-muji hamba Allah yang begitu baik hati dan mendoakan semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Rupa-rupanya, ia adalah tabiat seorang makcik yang bekerja di Stesen Minyak Shell di situ. Setiap 2 minggu beliau akan mengutip semua telekung tersebut (ditinggalkan cuma sepasang) dan dibawa balik untuk dicuci di rumah. Baik sungguh hati beliau.

Rupa-rupanya bukanlah payah sangat kan nak buat pahala?

 
2 Comments

Posted by on January 27, 2011 in siri 30 kegembiraan

 

Kegembiraan #1

Kegembiraan hari ini adalah…

Diberi pujian oleh bos.

Nota kaki:

Percayalah, dipuji oleh seorang bos

yang selalu kau lawan cakapnya,

yang selalu kau rasa suka membuli kau,

yang selalu kau maki2 dalam hati,

yang selalu buat kau rasa nak berhenti kerja,

yang menunggu pujian daripadanya adalah seperti menunggu salji turun di Malaysia,

yang selalu buat kau search internet “boss from hell” hanya untuk tahu kisah manusia lain di luar sana yang senasib dengan kau supaya kau tak rasa keseorangan dan menganggap itu sebagai benda normal dalam alam pekerjaan,

yang selalu buat kau tonton “The Devil Wears Prada” berulang-ulang kali to make you feel good about yourself dan bersyukur sekurang-kurangnya kau tak seperti Andy Sachs dan boss kau tak sekeji Miranda Priestly

Ya, mendapat pujian dari boss seperti itu,

Rasanya seperti baru diwasiatkan 500 billion oleh nenek tua sebelah rumah yang selalu kau tolong tapi  rupa-rupanya adalah seorang jutawan.

Yes, unexpected and it feels really good… 🙂

 
2 Comments

Posted by on January 26, 2011 in siri 30 kegembiraan