RSS

Category Archives: Sekolah

(Updated) Kenapa tak kerja dengan …

(Updated: Wah, sebab ramai rupanya yang se’kapal’ dengan saya, maka saya tambah lagi 2 jawapan yang baru terfikirkan. Jika kamu ada jawapan lain yang lebih kreatif (baca: merapu) boleh letak di bahagian komen. Gracias!)

Kalau kamu pelajar UTP, sila angkat tangan kanan.

Kalau kamu pelajar UTP tetapi tidak bekerja dengan Petronas, sila angkat tangan kiri.

Kalau kamu pelajar UTP tetapi tidak bekerja dengan Petronas, kemudian selalu pulak ditanya orang “Kenapa tak kerja dengan Petronas?”, sila angkat kaki kanan.

Ok, kalau keadaan kamu sekarang sedang angkat 2 tangan dan 1 kaki, maka samalah keadaan kita.

Saya juga selalu sangat berada dalam situasi begitu, sampai kadang-kadang dah tak tau nak jawab apa. 200% manusia yang saya jumpa, selalunya akan bertanya,

“Dulu belajar di mana?”

Kalau saya jawab “UTP” maka akan ditanya soalan tersebut:

“Kenapa tak kerja dengan Petronas?”

Ini satu lagi soalan yang malas betul nak jawab. Selalunya saya jawab “Petronas tak ambil semua student kerja dengan dia. Dia pilih sesetengah orang je…”

Dan selalunya orang yang bertanya akan memandang kau satu macam. Dan mereka mesti tertanya-tanya kenapa kau tak termasuk dalam golongan “sesetengah orang” yang terpilih itu?

Dan kemudian, mesti pelbagai andaian keluar. Kau ni mesti pemalas, tak pandai, pointer cukup makan, suka tidur dalam kuliah, dan sebagainya yang tak melayakkan untuk kau kerja dengan syarikat Fortune 500 itu.

Jadi, selepas saya ditanya lagi soalan yang sama untuk kali ke lapan-puluh-ribu-tujuh-ratus-tiga-puluh-lima-perpuluhan-dua-kalinya, saya pun mula berfikir-fikir jawapan yang boleh diberi supaya saya dah tak akan ditanya lagi.

Jadi, inilah antara jawapan-jawapan yang boleh diguna-pakai dan confirm orang takkan tanya dah.

 KENAPA TAK KERJA DENGAN PETRONAS?

1. Saya ni bodoh. Dahlah bodoh, pemalas pulak. Asyik ponteng kelas je. 5 semester berturut-turut gagal je kerja. Grad pun cukup makan je. Manalah orang macam saya ni layak nak kerja dengan syarikat mega macam tu….isk isk…. *nada sedih sambil pintal-pintal baju dan lap air mata*

2.  APA? PETRONAS SAJA KAH SYARIKAT YANG ADA KAT MALAYSIA NI??!! SAYA PUN BERHAK KERJA KAT TEMPAT LAIN. INI MASA DEPAN SAYA. SAYA ADA HAK MENENTUKAN MASA DEPAN SAYA SENDIRI! *tumbuk meja tanda marah yang berapi-api*

3. I tak minat lah kerja PETRONAS tu….engineer macam I mesti kena pakai coverall kuning dengan safety boot and helmet yang huduh tu. Tak suke la… I nak keje yang boleh pakai kebaya dengan heels je… *terus bukak compact powder dan sapu lipstick*

4. Sebenarnya CEO PETRONAS tu pakcik saya. Tak nak lah nanti orang kata saya masuk kerja situ sebab pakai kabel kuat. Saya lebih suka berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.

5. Apa sangatlah PETRONAS tu…I ni dahlah high maintenance. Setakat starting gaji 4 – 5 ribu, mana cukup nak beli beg Louis Vuitton tiap-tiap bulan…. haih… *pusing mata 180 darjah sambil belai beg LV kesayangan*

6. Kerja kat mana-mana pun sama je. Gaji mahal ke murah ke…itu dunia je semata-mata. Akhirat sana juga yang akan dikira….. *sambil geleng-geleng kepala tanda kesal sikap materialistik manusia*

7. KAU SIBUK TANYA PASAL KERJA AKU APAHAL??? IKUT SUKA AKU LA NAK KERJA MANA PUN! GAJI AKU ADA AMBIK DUIT BAPAK KAU KE?? *jegil-jegil mata sambil tinggi suara tahap KL Gangster. Kalau ada parut di pipi atau fake tattoo di leher adalah satu bonus*

8. Kau tanya aku kenapa tak kerja dengan Petronas?? Kenapa?? Kau tanya aku?? HAHAHAHAHAHA HEEHEEEHEEE HIHIHIHI Kelakar la kau ni!! HAHAHAHAHA HEEEHEEEEHEEE HIIIIIIHIIIIHIIIIIIIHEEEEHEEE HEHEHEHE *teruskan mengilai seperti puntianak. Digalakkan lagi supaya menggelupur di lantai untuk efek yang lebih dramatik lagi menggerunkan*

(Risiko menggunakan kaedah no. 8 adalah, kamu akan mendapat simpati orang yang bertanya. “Kesian… tak dapat kerja Petronas sampai jadi gila…isk isk isk” :P)

Dah. Itu saja yang terfikir setakat ini. Kalau ada saya tambah lagi.

Ok, ini jawapan yang sebenarnya:

“Saya dah apply dulu. Dan rasanya setiap pelajar UTP pernah apply untuk kerja dengan Petronas. Tapi daripada 10,000 tu takkanlah dia nak pilih semua. Lagi satu, mungkin kerana saya tak lepas kriteria atau piawai yang ditetapkan. Lagipun, rezeki kan di tangan Tuhan. Adalah hikmahnya yang ditetapkan kenapa saya dan ramai pelajar UTP lain tak dapat bekerja dengan Petronas.”

Analoginya, kalau kau tak boleh masuk banglo mewah sebab pintu berkunci, bersyukur sajalah dengan rumah teres  yang kau miliki. Sebab sesetengah orang tu tak ada rumah pun, terpaksa tidur bawah jambatan.

Walaupun tak dapat kerja Petronas, saya tetap bersyukur sangat2 kerana sekurang2nya saya ada kerja. Daripada entah berapa ribu siswazah yang menganggur tak ada kerja sampai sekarang, kiranya nasib saya masih baik lagi lah kan?

Lagi satu, jawapan mudah saya “Dah takde rezeki….”. Senang. Habis cerita.

Jika ada yang tertanya-tanya, ini adalah coverall kuning yang wajib dipakai jika mahu bekerja di loji atau pelantar minyak Petronas. Gambar diambil tahun 2007 ketika 8 bulan praktikal di Petronas. But, I have to admit, those were one of the most memorable and wonderful months of my life. 🙂

 
48 Comments

Posted by on May 29, 2012 in Kerja, Sekolah

 

Hey hey, kita sudah graduasi!

ok.

baru ada nafsu untuk update tentang konvo. layankan saja lah yer? (oh ya, gambar disusun secara kronologi.)

P8140011

dalam pukul 7.30 pagi. berkumpul di belakang pocket d. dapat jubah yang besar bagak.labuh gila weyh!

Image0020

dengan suria. tengah berbaris sebelum masuk dewan.

WEI_8638

ambil skrol. nasib baik Tun pun senyum. kalau tak malu ai sengih sorang-sorang tawww…. 😛

Image0036

yeay! sudah dapat skrol (walaupun isi dalam tu kosong…huhu)

91240003

pergi batu gajah tangkap gambar studio. masa ini famili dah balik. jadi, tangkap gambar sorang-sorang. sadis…uhuk! 😥

P8150026

penjual bunga akan menjadi kaya raya  masa dua musim (valentine’s day dan konvokesyen)

P8150037

malamnya, berfoya-foya di tapak konvo. sampai di sana sudah lambat. terlepas tengok aizat menyanyi tapi tak kisah, sebab tak ada lah minat sangat pun. 😛

P8150041

with some of my classmates yang major dalam alam sekitar. semua dah graduate kecuali seorang dalam semester akhir.

Image0039

esoknya, pulangkan jubah dan ambil transkrip  di MPH sebelum bertolak pulang. masih sempat berposing. 😉

Image0046

with best buddies, hanis dan as.

Image0059

finally, after four years, all the toil and  tears, Alhamdulillah syukur…

dah. sekian tamat.

p.s: gambar dengan keluarga tak ada sebab semuanya dalam kamera Asrul (abang ipar). beliau tak email lagi. gambar dengan kawan-kawan lepas konvo pun tak banyak sebab semuanya menumpang kamera orang lain. jadi, kena tunggu diorang email dulu.

 
6 Comments

Posted by on August 20, 2009 in Pengalaman, Sekolah, Teman

 

Entri di hari-hari terakhir seorang siswi.

 

Mas kata saya cacat.

Bukan cacat fizikal atau mental. Tapi cacat…err…entah. Saya pun tak pasti dia maksudkan cacat apa. Cacat hati kot. Hati kering. Sebab saya bagitahu dia saya akan rindu UTP. Dan saya sayang nak tinggalkan UTP.

Mas kata selalunya orang rindu dan sayang nak tinggalkan kawan-kawan. Tetapi saya lain pula. Saya sayang nak tinggalkan sebuah bangunan. Bila saya kata bangunan, memang betul-betul bangunan. Yang diperbuat daripada besi dan konkrit itu. Yang dicipta oleh para arkitek, diuruskan oleh para jurutera dan dibina oleh para pria Indonesia.

Saya juga akan rindu pada persekitaran di sini. Walau dikelilingi hutan belukar, banyak monyet dan ungka dan haiwan liar lain (hari itu saya jumpa babi hutan melintas depan blok 13. serius tak tipu!) tetapi suasana di sini aman damai tenang buat saya rasa hepi.

Saya akan rindu pada burung2 yang berkicauan di luar tingkap tepat pukul 5 pagi. Saya akan rindu pada bau rumput basah dan bunga-bunga warna putih depan blok yang-entah-apa-namanya yang akan mengeluarkan bau wangi setiap malam atau selepas hujan. Saya akan rindu untuk mendongak ke atas dan mengagumi betapa simetrinya bumbung sebuah bangunan. (bumbung Chancellor Complex).

Jadi bila Mas kata saya patutnya rindu kawan-kawan, saya tak cakap apa. Sebab saya lebih rindukan bangunan dan persekitaran daripada kawan-kawan. Mungkin kerana sifat saya pun memang seorang yang individualistik dan hati kering. Lagipun, saya percaya dengan kawan2 saya masih boleh berkomunikasi dan berhubung kalau mahu. Apa guna Friendster atau Facebook atau handphone  atau telefon rumah atau surat-menyurat  kalau tak digunakan untuk tujuan ini kan?

Tapi, hubungan dengan alam sekitar di sini, itu memang tak boleh nak cari di mana-mana pun.

Dan ya, DC++ juga akan saya rindui setengah mati nanti. ~sigh.

(Sekarang sedang mendownload movie secara gerila (bak kata Intan). External hard disk berkapasiti 300 GB itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Sekurang2nya ada juga lah kerja saya bila jadi penganggur terhormat nanti. Tengok movie hari2. Hoyeh!)

23240914824321l

Sayonara bebeh! Bulan 8 ini kita jumpa lagi okeh?

 
2 Comments

Posted by on June 5, 2009 in Bebelan saya, Sekolah

 

TAMMAT

P5210006

Kertas terakhir untuk semester terakhir.

Lepas ini sudah tidak ada rasa gelabah-gelabah sebelum masuk dewan.

Lepas ini sudah tidak ada menggigil-gigil jawab periksa dalam suhu yang mengalahkan di Kutub Utara. (terutama kalau tempat di Chancellor Hall)

Lepas ini sudah tidak ada perasaan cuak nak mati sebab tak habis study lapan bab lagi.

Lepas ini sudah tidak akan berkampung di library lagi ketika study week.

Lepas ini sudah tidak ada minum Nescafe bertin-tin untuk stay up punya pasal.

Lepas ini sudah tidak ada ketua pengawas peperiksaan yang akan berkata “Masa menjawab tinggal sepuluh minit lagi.”

Lepas ini sudah tidak ada pak guard yang setia menunggu di depan dewan untuk periksa barang2 yang dibawa masuk ke dalam dewan.

Lepas ini sudah tidak ada ucapan “Good Luck!” dari kawan-kawan.

Harap-harap ini kali terakhir ambil periksa.Tidak mahu menghadapi lagi benda yang sama. Entah kenapa, walau dah berjuta kali masuk dewan peperiksaan sejak zaman UPSR lagi, tetapi rasa cuak dan gementar itu tetap ada.

Apa-apa pun, Alhamdulillah syukran!

 
2 Comments

Posted by on May 22, 2009 in Sekolah

 

Every cloud has a silver lining.

I

Kata pensyarah saya yang kacak dari Iran itu:

Saya akan hantar pada kamu jurnal2 saya. Itu patut membantu kamu untuk Projek Akhir ini. Berikan alamat email kamu, ok?

*senyum*

II

Kata supervisor saya pula:

Dari report-report kamu, tengok kamu punya komitmen, saya rasa saya boleh bagi kamu A.

*senyum ganda dua*

Read the rest of this entry »

 
9 Comments

Posted by on May 1, 2009 in famili, Peribadi, Sekolah

 

syaa treetakn llau syaa pun brseohpnipg.(utnuk megnjui toeri oatk beolh bcaa jmubeld wdros aasl hruuf fsrit dan huurf lsat itu adlaah smaa )

Saya tertekan.

Sejak dua menjak ni banyak benda buat saya tertekan.

Orang kata kalau tertekan baca Quran. Saya dah baca. Tapi, masih tak berjaya nak tenangkan fikiran. Mungkin sebab saya baca dalam keadaan maha serabut jadi itu memberi kesan dalam pembacaan saya. Atau mungkin hati saya ini sudah menjadi hitam dan legap, maka ayat2 suci itu tak mampu menembusinya.( Oh, harap tidaklah jadi begitu.)

Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by on March 31, 2009 in Bebelan saya, Bengong, jiwa kacau, Sekolah

 

Entri ini terinspirasi dari Malam Inspirasi Seni.

(entri ini dah lambat sebenarnya. tapi biarlah. nak cerita jugak!)

Buat julung2 kali nya, saya pergi juga ke Malam Inspirasi Seni. Tercapai juga hasrat saya untuk pergi ke pertandingan nasyid itu pada semester akhir ini. Tiket adalah percuma. Itu adalah antara faktor yang buat saya teruja mahu pergi. Benda-benda percuma ini memang laju jer… 😛

Beberapa perkara menarik sepanjang pengamatan saya:

1) Kebanyakan penonton berpakaian sopan santun. Perempuan dengan berbaju kurung atau berjubah dan lelaki pula dengan baju melayu dan berkopiah sambil cahaya keimanan terpancar2 dari wajah. Saya? Jeans, selipar buruk dan sweater tutup baju lengan pendek kat dalam, cukuplah. :mrgreen:

2) Walau pun tak ditentukan tempat duduk, tapi sudah tahu sendiri bahawa tempat duduk diasingkan. Saya tertanya2 juga, tak ada kah yang datang dengan boypren atau girlpren di majlis2 begini? Hurm….

3) Bacaan Al-Quran oleh saudara Mundzil (maaf. ejaan nama dia tak pasti pulak saya) adalah sangat menusuk jiwa. Tambah2 pula dia baca surah pasal hari kiamat. Meremang bulu roma.

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on March 24, 2009 in Pengalaman, Sekolah