RSS

Category Archives: Saja Mengada

Komen spam yang akan dipam ke dalam tong sampah

Setelah lebih 6 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan blog, sudah beribu spam comment yang saya dapat. Bagi sesiapa yang tidak tahu, spam comment adalah komen-komen daripada manusia entah siapa-siapa, yang cuma copy paste daripada ayat-ayat yang dia suka, semata-mata supaya kita klik pada link di namanya.

Selalunya komen sebegini tidak pernah saya luluskan dan terus saja selamat saya kebumikan dalam ruangan trash.

Tapi spam comment yang ini menyentuh hati betul.

spam

Terima kasih ‘abang’ku David L Salazar. Patutlah saya selalu rasa yang saya ada kacukan omputih. Muahahaha!

By the way, your Bahasa Malaysia is superb, bro!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 2, 2013 in Saja Mengada

 

Bebel

1. Saya tak suka user interface wordpress yang baru. Semak.

2. Sikap suka menangguh-nangguh kerja atau procrastinating yang telah bersemadi dan berakar umbi dalam diri saya ini nampaknya telah memakan diri. Sebenarnya ia sudah memakan diri saya banyak, banyak kali tapi masih lagi, tak insaf-insaf-buruk-perangai-anak-sapolah-ni.

3. Sudah pukul 7.01 pm. Saya masih di pejabat, melayari internet, mendengar lagu, dan melakukan kerja-kerja lagha yang lain. Saya perlu balik sekarang juga.

4. Sebelum itu, saya nak update blog dulu.

5. Maaflah, saya membebel tanpa arah tuju. Tiba-tiba dan tak tentu pasal. Saya agak serabut sebenarnya. Jadi, maafkan lah bebelan mengada-ngada saya ini.

7. Saya tidak faham dengan diri sendiri yang suka benar membuka pintu masa lalu.Melihat-lihat, membelek-belek semula cerita-cerita dulu. Sedangkan saya sudah arif bahawa ia tidak pun membawa sekelumit faedah pun kepada diri saya, melainkan membuat saya lebih sakit hati sahaja.

8. Ada satu manusia, yang jika saya sebut sahaja namanya, saya akan secara automatik akan ‘bersedekah pahala percuma’ kepadanya (baca: mengutuk). Tapi apabila difikir-fikir semula, beliau banyak juga mengajar saya perkara baik. Tapi lumrah manusia, suka benar melihat titik-titik hitam padahal di sekelilingnya adalah warna putih suci.

9. Satu hari nanti, saya pasti akan menghubungi beliau. Meminta maaf secara ikhlas kepadanya. Pada Hari Raya barangkali. Tahunnya belum tentu lagi. Harapan saya semoga kami sama-sama panjang umur.

10. Yeay, dah cukup 10 point yang merapu meraban tak tentu hala. Maaflah, membuang masa kamu sahaja.

11. Kamu mesti tak perasan, nombor 6 sebenarnya tak ada.

Hahaha 😈

 
4 Comments

Posted by on June 18, 2013 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

Cantik.

 

 

Untitled

Jawapan untuk yang bertanya dan tersesat ke blog saya:

“Beauty is in the eyes of the beholder” =)

Atau jawapan standard pertandingan Ratu Cantik,

“Kecantikan dalaman adalah lebih baik dari kecantikan luaran”

Sekian.

 
Leave a comment

Posted by on December 2, 2012 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

Masalah yang dihadapi acapkali tiba hari raya kini sudah ada penyelesaian. =)

 

HAHAHAHAHAHAHA!!!!!! *gelak suka hati*

Ok, wajiblah untuk cetak banyak-banyak, gunting dan simpan molek-molek dalam beg tangan.

Kalau ada Makcik Joyah atau Pakcik Leman yang bertanya soal kahwin,

maka jawablah:

“Kejap ye pakcik makcik, saya nak ambil beg tangan kejap. Nah ini kupon soalan kahwin. Satu soalan RM50. Boleh bayar tunai atau bank in dalam akaun, tapi kena bayar dulu wang pendahuluan 50%.

Amacam mak/pak cik? Boleh?”

Sila lawat ke blog Saharil untuk melihat kupon-kupon raya yang lebih menarik. 😉

p.s: Entri2 Saharil sentiasa buat saya tersenyum senang hati atau ketawa tak kering gusi. 😀

 
Leave a comment

Posted by on August 17, 2012 in Saja Mengada

 

Melaka (16.5-18.5)

Agak-agak, kalau jalan kaki dari Melaka 10 km sehari ke London, berapa tahun boleh sampai?

 
2 Comments

Posted by on May 19, 2012 in Kerja, Pengalaman, Saja Mengada

 

Eksperimentasi yang memualkan. (“,)

i.

Baiklah, biar saya mulakan entri ini dengan ketawa sekuat-kuat hati.

HAHAHAHAHAHAHA!!! 😀

Kemudian, saya mahu memohon maaf kerana telah mendera anda dengan menulis entri yang begitu memualkan ini.

Sejujurnya, ia adalah rekaan semata-mata.

Saya ulangi, IA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Sekali lagi, saya ulang, entri di bawah ini adalah satu rekaan, pembohongan, dan penipuan untuk tujuan gurauan sahaja. Jika kamu masih percaya, tak tahulah saya nak cakap apa. 😛

Saya yakin, ketika kamu membaca entri tersebut, pasti kamu akan tertanya-tanya “Apa kena budak Suhaila ni? Buang tebiat ke apa”. Masuk ke perenggan seterusnya, mulalah rasa mual satu macam. Sampai ke perenggan terakhir, tentu kamu akan berfikiran “Ya-Allah-perasan-nak-mampus-budak-ni-rasa-cam-nak-lempang-je!”

Kan?

Sebetulnya, ketika saya menulis entri tersebut, saya juga rasa menggigil, bulu roma menegak, rasa macam nak menggelupur dan nak terjun bangunan pun ada, kerana terlampaulah MALU menulis entri yang sebegini rupa.

Ya, eksperimen tadi membuktikan ia adalah sesuatu yang AMAT, AMAT MEMALUKAN untuk menulis tentang kelebihan (kaya,cerdik,cantik) diri sendiri untuk tontonan umum.

Read the rest of this entry »

 
11 Comments

Posted by on April 6, 2012 in Bengong, Manusia, Saja Mengada, Teman

 

Keburukan menjadi manusia yang cantik, dan mengapa saya begitu dibenci perempuan lain.

Ketika saya sedang duduk menikmati makan malam di sebuah kafe, seorang pelayan wanita datang kepada saya lantas menghulurkan sekeping kad dan sejambak bunga.

“Cik, ini daripada jejaka di hujung sana.” katanya sambil menunjuk ke arah seorang jejaka kacak yang sedang merenung saya, di sebuah meja paling hujung.

Di atas kad itu ditulis nama dan nombor telefonnya dengan kata-kata:

“Hi miss, maaf mengganggu. Tetapi awak sangat cantik dan saya ingin sekali berkenalan dengan awak. Please drop me a call.

-Zack-

p.s: by the way, dinner is on me. 😉 “

Saya menoleh ke arahnya. Dia tersenyum dan mengangguk sedikit.

Anda mungkin berfikiran “Wah…ini adalah kejutan yang begitu manis…”

Ya, ia memang manis tetapi ia bukanlah satu kejutan bagi saya. Kerana perkara seperti ini sudah terlalu acap berlaku sehingga saya sendiri sudah tidak terbilang dengan jari.

Sepanjang hidup saya, hadiah, bunga, anak patung beruang, coklat, belanja makan dan tiket wayang sentiasa sahaja menghujani saya dari lelaki-lelaki yang kadang-kadang tidak saya kenali.  Apabila ditanya kenapa mereka begitu bersusah payah, jawabnya adalah kerana rupa saya yang cantik dilengkapi dengan senyuman yang menawan telah memikat hati mereka. 🙂

Walaupun wajah saya tidaklah seanggun Lisa Surihani, tetapi dengan kulit yang licin, mata yang sedikit coklat,  kurus dan tinggi, orang sering mengatakan saya seorang yang jelita. Saya tahu saya sepatutnya bersyukur, tetapi kadang-kadang kejelitaan saya ada keburukannya.

Pernah sekali, ketika bersesak-sesak di LRT, seorang lelaki budiman telah menawarkan tempatnya untuk saya. Walaupun saya berkali-kali menolak, tetapi lelaki itu tetap dengan keputusannya, sedangkan ada seorang wanita mengandung berdiri di sebelah saya.

Akhirnya saya memberi tempat itu kepada wanita tersebut. Saya berasa sungguh bersalah kerana kecantikan saya telah membuatkan wanita itu tidak ditawarkan tempat duduk.

Malah kawan-kawan perempuan juga berasa tercabar apabila berada dekat dengan saya. Mereka langsung tidak mengajak saya ke majlis perkahwinan mereka, apatah lagi menjadi pengapit mereka kerana risau saya akan membuatkan mereka ‘hilang seri’ akibat daripada kejelitaan dan keayuan saya yang terlampau menyerlah.

Sehingga kini, saya tidak mempunyai seorang pun kawan perempuan, kerana mereka semua menjauhkan diri dari saya akibat risau suami atau teman lelaki mereka akan terpikat pada saya.

Benarlah, kecantikan itu satu sumpahan.

Kadang-kadang, ketika malam sepi, saya berbaring di atas katil, sambil menangis seorang diri, berharap agar saya bukanlah gadis yang terlampau cantik supaya saya dapat mempunyai walau seorang kawan perempuan….

😦

.

.

.

.

.

*ok, nak pi muntah sat!*  😛

(Disclaimer: Baiklah, disebabkan ramailah pulak yang percaya…adoilaaa…*tepuk dahi*, maka ingin saya jelaskan bahawa entri di atas itu adalah REKAAN SEMATA-MATA. Ia hanyalah satu gurauan pada bulan April dan satu ekperimentasi untuk cuba meletakkan diri seperti seorang Samantha Brick (rujuk di entri ini untuk lebih lanjut – kerana begitulah gaya tulisannya dalam Daily Mail Online).

Jika anda masih ragu-ragu, let me spell it out for you:

1. TIDAK ADA siapa pun yang memberi kad atau bunga kepada saya di mana-mana kafe.

2. TIDAK, saya tidak dihujani oleh bunga atau hadiah atau anak patung beruang pun sepanjang hidup saya. Saya hanya dihujani oleh air hujan yang berasid sahaja.

3. TIDAK, tidak ada lelaki yang menawarkan tempat duduknya kepada saya di dalam LRT.

4. TIDAK, saya tidak kuasa untuk menangis di malam hari semata-mata mengenangkan ‘kecantikan’ diri sendiri.

5. TIDAK, saya sama sekali tidak merasa diri sendiri cantik dan JAUH SEKALI mahu bercerita tentangnya di sini.

6. TIDAK, entri ini TIDAK BENAR SAMA SEKALI dan hanyalah REKAAN SEMATA-MATA. (Tak tahulah nak kena ulang berapa kali baru orang boleh tak percaya. ~sigh)

Dengan ini saya berjanji *angkat tangan baca ikrar* tidak akan menipu atau mereka cerita (walau hanya sekadar gurauan di bulan April) di dalam blog ini kerana kalau orang dah percaya, payah pula nak terangkan (walaupun entri yang ditulis nampak benar tak logiknya…)

Sekali lagi, maaf kerana telah menipu dan memperdayakan kamu. Tak sangka la pulak kamu nak percaya…huhu!

 
7 Comments

Posted by on April 5, 2012 in Bengong, Saja Mengada