RSS

Category Archives: Filem

Oz, The Great and Powerful – spoiler alert.

Oz_-_The_Great_and_Powerful_Poster

Jadi saya pun menonton Oz The Great and Powerful. Dan saya sedikit kecewa seusai menontonnya. Saya perlu belajar untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu filem, walaupun filem itu dikeluarkan dengan bajet USD 200 juta dan diarahkan oleh pengarah tersohor dan dipenuhi dengan pelakon-pelakon ternama.

Ini pendapat saya tentang filem Oz The Great and Powerful.

1. Terus terang cakap, saya rasakan James Franco tidak sesuai membawakan watak Oscar/Oz dalam filem ini. Jangan salah faham, beliau adalah pelakon yang hebat. Lakonannya dalam 127 Hours adalah memang terbaek-dari-ladang dan saya suka lakonannya dalam Spiderman. Tetapi, mungkin watak Oz yang wacky, eccentric, tamakkan harta, penuh tipu muslihat, dan penakut tetapi rupa-rupanya baik hati tidak berapa kena dengan beliau. Saya rasakan Johnny Depp sepatutnya menjadi Oz memandangkan watak-wataknya sebelum ini (Mad Hatter dalam filem Alice in The Wonderland dan Jack Sparrow melalui filem Pirates of The Carribean) lebih sesuai dengan jiwa Oz, yang ‘gila-gila’ itu.

2. Bandar Zamrud atau Emerald City tersangatlah cantik. Saya terpukau dengan keindahan pemandangan bandar tersebut. Ia seperti sebuah bandar kayangan yang penuh dengan bunga-bungaan dan warna-warni. Saya fikir, mungkin di sinilah kebanyakan bajet USD200 juta itu dihabiskan. Untuk menghasilkan satu pemandangan yang breathtaking dengan teknik imej janaan komputer (CGI)

3. Saya suka China Doll yang diperbuat daripada porcelain itu. Beliau sangat comel dan kelihatan begitu fragile, seperti boleh pecah pada bila-bila masa.

OZ-THE-GREAT-AND-POWERFUL-Image-011

4. Ada satu babak di mana bakul belon udara Oz pecah dan ditenggelami air. Dan Oz pun terjatuh ke dalam air, lantas beliau terkapai-kapai sambil menjerit “Help! Help! I can’t swim!! Help!!” Kemudian, beliau tersedar, bahawa air itu rupanya cetek dan di paras lututnya sahaja. Babak ini membuatkan saya hampir memusingkan mata 180 darjah (rolling my eyes) Seriously, masih adakah lawak seperti ini di zaman sekarang? Saya rasa lawak macam ini cuma wujud zaman Charlie Chaplin. Rasanya kumpulan Sepah pun sudah tak buat lawak macam ini. Duh!

5. Akan tetapi, saya suka babak belon udara yang dinaiki Oz diterbangkan puting beliung kemudian jatuh ke dalam air terjun. Saya fikir, jika saya menonton filem ini dalam 3D, pasti kesannya lebih menarik.

oz-the-great-and-powerful-trailer-stills-05

6. Seorang kawan mengatakan bahawa filem asal The Wizard of Oz yang dihasilkan pada tahun 1939 adalah lebih bagus. Saya tak pernah tengok filem tersebut, jadi tiada perbandingan yang boleh dibuat. Akan tetapi, jika filem tahun 30-an lebih hebat daripada filem tahun 2013 dengan bajet yang super-duper mega dengan teknologi komputer yang canggih segala, entah, tak tahu nak cakap apa.

7. Akan tetapi, tidaklah keseluruhan filem ini tidak menarik perhatian saya. Saya suka watak Glinda, the Good Witch, saya suka apabila beliau membuatkan kebun poppy dipenuhi asap untuk berlawan dengan The Evil Witch, saya suka watak monyet yang boleh terbang dan bercakap with his witty remarks, dan saya suka juga watak Mila Kunis yang begitu terpesona jatuh cinta dengan Oz dan akhirnya kecewa sehingga menjadi seorang ahli sihir yang hodoh lagi keji.

 8. Kesimpulannya, filem ini bolehlah tahan. Biasa-biasa saja. Tidaklah seperti yang saya jangkakan. Saya beri 3 daripada 5 bintang. Kerana ada Bandar Zamrud yang sangat cantik. But still, it is a worth-seeing movie though.

p.s: Ini hanya pendapat peribadi saya saja. No offense kepada peminat filem tersebut, dan juga peminat James Franco.

updated: Ok, saya baru tahu dari pakcik Wiki yang diorang dah approach Johnny Depp, tapi ditolak atas sebab komitmen lain. Jadi, tak boleh salahkan James Franco lah kan. Hurmmmmm……

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2013 in Filem

 

One’s life must matter.

 

“I love you so much. But I  will never be one of those women, Dennis. Who stays silent and pretty on the arm of her husband.  Or remote and alone in the kitchen, doing the washing up, for that matter.

One’s life must matter, Dennis.

Beyond all the cooking, and the cleaning, and the children. One’s life must mean more than that.

I cannot die washing a tea cup”

– Margaret Roberts when being proposed by her future husband, Dennis Thatcher –

Sumber dari filem The Iron Lady mengenai Perdana Menteri UK, Margaret Thatcher.

 
Leave a comment

Posted by on July 1, 2012 in Filem

 

You Might Be A Zombie and Other Bad News (Pt 1)

Saya baru saja selesai membaca buku ini dan membuatkan saya rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding sambil menjerit “Tipah tertipu! Tipah tertipu!”. Seriously, buku ini (kalau betul2 apa yang dikatakannya adalah fakta) menunjukkan banyak benda yang saya tak tahu, dan jika ada benda yang saya tahu pun rupa-rupanya ia adalah tipu dan fiksi dan mitos semata-mata.

Oleh kerana saya tertekan dan dengki orang lain tidak rasa tertipu seperti saya, jadi saya juga mahu menulis di sini supaya kamu juga rasa tertipu sama. Marilah kita sama-sama berasa tertipu secara berjemaah.

Hahahaha!!! *gelak keji* 😀

FIVE MOVIE BASED ON TRUE STORIES (THAT ARE COMPLETE BULLSHIT)

Saya mahu tulis dua sahaja. Sebab cuma dua filem saja yang saya tengok.

1. A BEAUTIFUL MIND.

Ok, saya peminat setia Russel Crowe. Kebanyakan filemnya adalah brilliant! Jadi, saya juga ada menonton filem ini. Ia adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang Professor Matematik bernama John Nash yang mengidap schizophernia.Filem ini berkisar tentang pergelutan beliau dengan penyakitnya itu, dan akhirnya memenangi Nobel Prize in Economics Science pada tahun 1994.

1. Versi Hollywood:

John berhalusinasi bahawa dia ada seorang kawan baik bernama Charles Herman, anak saudara perempuannya, dan dia juga nampak seorang agen dari Agensi Pertahanan bernama William Parcher yang merekrutnya untuk bekerja dengan kerajaan untuk memecah kod rahsia Rusia.

Fakta sebenar:

Prof. John Nash tidak pernah melihat apa-apa halusinasi. Penyakitnya hanyalah melalui pendengaran sahaja (auditory), dan dia langsung tak nampak atau berjumpa dengan Charles mahupun William.

2, Versi Hollywood:

Isteri John adalah seorang yang setia dan mempunyai ciri-ciri isteri mithali kerana berada bersama John di saat susah dan senang. Dari awal kahwin sampailah dapat Nobel Prize.

Fakta sebenar:

Mereka sebenarnya bercerai pada tahun 1963 (6 tahun lepas kawin)  dan cuma berkahwin semula pada tahun 2001 (7 tahun lepas Prof. John Nash dapat hadiah Nobel)

3. Versi Hollywood:

Di akhir cerita, Prof John memberi ucapan pada hari penerimaan Hadiah Nobel beliau. Dan dalam ucapannya, beliau memberi kredit kepada isterinya, yang digambarkan sebagai simbol kekuatan dan tulang belakang beliau selama ini.

Fakta sebenar:

Beliau sebenarnya langsung tidak dibenarkan memberi ucapan kerana penganjur Anugerah Nobel risau beliau akan bercakap merapu-tak-tentu-hala atas pentas jika penyakitnya datang.

Oklah, dah panjang. Penipuan-penipuan seterusnya akan ditulis lagi di masa akan datang. Itupun kalau rajin. 😛

Hollywood: 100 – Penonton : 0 (heh!)

p.s: Hollywood  memang hebat bab-bab bikin filem yang menarik penonton, walaupun mereka terpaksa tokok tambah atau mengada-adakan benda yang tak benar. Jadi kalau ada filem yang based on true story, ia sebenarnya membawa maksud “based on true story after we edit, cut and add some fictional stories…. ” 🙂

 
4 Comments

Posted by on May 19, 2012 in Buku, Filem

 

The Vow

Ok, kalau kau seorang yang hopeless romantic at heart,

jenis dalam hati ada taman bunga,

suka layan novel Nicholas Sparks atau Nora Roberts atau Judith McNaught atau yang suka novel BM pulak selalunya yang terbitan Alaf 21,

masa zaman sekolah layan novel jiwang Ahadiat Akashah,

suka lagu-lagu cinta yang meleret-leret syahdu macam lagu Celine Dion atau Richard Marx atau lagu Rindu Serindu-rindunya dari Spoon,

dan gambaran suami ideal tidak perlu ada ijazah atau kerja bagus, tapi kalau boleh mesti bagi sekuntum bunga ros setiap minggu dan wajib ingat semua tarikh-tarikh penting (pertama kali jumpa, pertama kali keluar, pertama kali ucap ‘I Love You’, tarikh nikah, beranak, etc etc), maka wajiblah menonton filem ini.

Filem ini adalah untuk orang yang a true romantic at heart.Yang memegang falsafah, kuasa cinta boleh menakluk segalanya. Demi cinta, lautan api sanggup direnangi. Dan segala bagai lagi.

Saya menonton filem ini, dan walaupun saya bukanlah orang yang terlampau romantik jiwanya, (saya lebih idealis dan feminis) , tidak boleh tidak, saya juga terkesan dan tersentuh dengan ceritanya.

“You tengok la filem ni. I tengok pun sedih wooo…. kena sedia tisu banyak2…” kata apek kedai DVD.

“Aiyoh…you lelaki pun menangis ka?” saya mengusik. (p.s: Kadang-kadang kasihan juga jadi lelaki. Menangis pun kena kutuk. Hehe :P)

“Ini bukan kira lelaki ka perempuan ka…ini cerita bikin hati sedih. Kalau you tak nangis, you mesti alien punya…bukan manusia….hahaha!” jawab apek.

Rupa-rupanya memang betul cakap apek.

Habis 4 helai tisu saya guna. 🙂

Filem ini bagus. Saya bagi 4.5 bintang. 🙂

Quotes yang saya suka:

[ I chose to stay with him for all the things he’s done right; not the one thing he’s done wrong. I chose to forgive him – Paige’s mother ]

[ I vow to help you love life, to always hold you with tenderness,  to have the patience that love demands, to speak when words are needed, and  to share the silence when they are not,  to agree to disagree about red velvet cake,  to live within the warmth of your heart,  and always call it home. – Paige]

[  I vow to fiercely love you in all your forms, now and forever. I promise to never forget that this is a once in a lifetime love. No matter what challenges that keeps us apart, we’ll always find a way back to each other. – Leo ]

 
Leave a comment

Posted by on May 19, 2012 in Filem

 

“We never know the love of a parent till we become parents ourselves.” – Henry Ward Beecher

Tatkala menonton The Color of Paradise minggu lepas, tidak boleh tidak saya ter’perasan’kan sesuatu. Tidak tahulah sama ada ini hanya pendapat saya seorang, atau sememangnya keadaan sebenar adalah begitu.

Menurut pemerhatian saya, masyarakat Iran begitu amanah dan setia dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ia semacam satu kewajipan bagi mereka. Jika mereka tidak menjaga ibu atau bapa mereka yang sudah tua, mereka akan dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat.

Ia dapat dilihat dalam filem The Color of Paradise dalam satu babak apabila nenek Mohammad mahu meninggalkan rumah kerana kecewa dengan sikap anak lelakinya yang telah meninggalkan cucunya yang buta itu, Hashem Ramezani (iaitu bapa Mohammad) begitu bersungguh-sungguh merayu supaya ibunya kembali semula kepadanya.

Hashem:  Mother! Come back. For God’s sake, please come back. You will get ill. I beg you. I will kiss your hand. Let’s go back. I will lose face.

Dan satu lagi yang menunjukkan bahawa anak lelaki Iran memang bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa mereka adalah di dalam filem A Separation. Apabila Simin ingin bercerai dengan Nader, kerana Nader (suami) enggan mengikutnya ke luar negara.

Simin: He won’t come with me.

Nader: My father. I can’t leave him.

Simin: Your father has Alzheimer. Does he even realize you are his son?

Nader: But I know he is my father.

Kalaulah memang benar budaya dan nilai masyarakat Iran begitu, alangkah bertuahnya kaum ibu bapa di sana.

Tiba-tiba saya teringatkan sebuah artikel di Harian Metro, mengenai seorang lelaki tua, yang diambil pulang dari Rumah Orang Tua-tua oleh anaknya.

Hanya untuk satu jam.

Sekadar dibawa ke pejabat tanah untuk menanda-tangani persetujuan menyerahkan tanah kepada anak-anaknya yang seramai 7 orang (tapi semuanya tak guna).

Dan kemudian dipulangkan semula ke rumah Orang Tua-tua.

*menyedihkan. tak tahu nak cakap apa 😦 *

p.s: Saya masih belum tengok filem A Separation ini. Teringin sangat nak tengok sebab menang Anugerah Academy untuk Filem Asing Terbaik. Hanakirana pun ada menulis tentang filem itu di sini. Harap2 DVD filem ini ada dijual nanti.

.

 
2 Comments

Posted by on April 26, 2012 in Filem

 

The Color of Paradise

Saya pernah menulis, dahulu, di laman Twitter, bahawa saya sangat teringin untuk menonton kesemua filem arahan Majid Majidi, pengarah tersohor dari Iran itu. Saya jatuh cinta dengannya setelah menonton Children of Heaven yang pada pendapat saya, adalah sebuah filem yang sangat hebat. Ini membuktikan bahawa kau boleh buat filem yang bagus tanpa perlukan bajet juta-juta.

Jadi, apabila saya menemui filem The Color of Paradise di dalam You Tube, saya rasa seperti nak membuat lompat bintang akibat terlampaulah gembira. Terima kasih tak terhingga kepada hamba Allah yang sudi berkongsi kesemua bahagian filem ini.

Dan sekali lagi, memang patutlah filem ini layak dipertandingkan dalam Academy Awards sebagai Filem Asing Terbaik. Sebab it touched my heart to the deepest chord. Seperti ada tangan halimunan yang mencucuk-cucuk hati saya tatkala menontonnya. Majid Majidi memang manusia yang pakar dalam menyentuh perasaan penonton filemnya.

Jika anda peminat tegar filem tipikal Melayu, lupakan sajalah hasrat untuk menonton filem ini. Kerana di dalamnya tidak ada babak-babak klise seperti adegan menari dalam disko atau

adegan merempit atau

adegan ustazah berkemban mandi di telaga atau

adegan orang bunian berkemban (lagi sekali) bersantai di atas batu atau

adegan Mak Limah hidangkan sarapan pada keluarga kaya atau

adegan Datuk Jonid baca surat khabar dalam kereta atau

adegan ranjang lelaki dan perempuan atau

adegan perempuan kena rasuk hantu sampai mata merah terbeliak atau…….(letak sendiri adegan tipikal filem/drama Melayu tipikal)

Tidak ada. Dan ia juga tidak ada adegan2 klise filem Hollywood seperti10 biji  kereta meletup atau hero lari walau ditembak 5 juta kali tapi tetap tak mati-mati atau apa-apa saja lah adegan klise lain.

Ia adalah sebuah filem yang mudah. Dengan adegan yang mudah. Simple. Tetapi menusuk masuk terus meresap dalam jiwa.

Filem ini mengisahkan tentang Mohammad, seorang kanak-kanak yang buta (dan memang betul2 buta. bukan pelakon yang celik tapi berlakon buta.) yang tinggal di asrama untuk kanak-kanak cacat dan dibawa balik bercuti musim panas oleh ayahnya ke kampung halaman. Ayahnya menganggap Mohammad adalah anak yang membebankan dan dia malu mempunyai anak yang buta sepertinya. Mohammad kemudiannya dihantar kepada seorang tukang kayu buta untuk belajar bertukang. Akhir sekali, ayahnya sedar akan kesilapannya, tetapi malang, ia sudahpun terlambat.

Filem ini menyentuh akan pencarian Mohammad mencari Tuhannya. Dia mencari Tuhan pada angin yang disentuh, pada butir-butir pasir di kaki, pada biji-biji gandum di ladang, pada suara unggas dan burung yang bersahutan di hutan. Dia mencari Tuhan di dalam apa saja yang disentuh dan didengarnya. Salah satu dialog yang sungguh terkesan di hati saya adalah ketika Mohammad, dalam esak tangisnya berkata,

Our teacher says God loves the blind more because they can’t see but I told him if it is so, He would not make us blind so that we can’t see Him. My teacher answered “God is not visible. He is everywhere. You can feel Him. You see Him through your fingertips.” Now I reach everywhere for God till the day my hands touch Him, and tell Him everything even all the secrets in my heart.

Saat in air mata saya mengalir bukan lagi seperti Sungai Lui, tapi dah jadi macam Air Terjun Niagara agaknya. Deras mencurah-curah. Sedih sungguh.

Filem ini adalah tentang menghargai apa yang kita ada, dan apa yang ada di sekeliling kita. Filem ini adalah tentang pencarian seorang hamba yang rindukan Tuhannya, dan rupa-rupanya Tuhan itu ada di mana-mana. Filem ini bercerita tentang keindahan yang ada di dalam kelopak bunga yang segar, di dalam bunyi burung dan unggas di hutan, di dalam dingin air di sungai, di deras angin yang berhembus, di dalam detak jantung anak burung yang jatuh dari sarang, di dalam bulu-bulu ayam yang berterbangan di dalam reban, dan semua keindahan ini dirasakan, ironinya, oleh seorang budak yang tidak boleh melihat.

Patutlah Hellen Keller yang pekak dan buta itu pernah berkata “I see life is very beautiful.” Dan kita yang celik ini, pernahkah menghayati dan merasai keindahan yang seperti mereka?

This movie is heart-wrenchingly beautiful.

Majid Majidi, I salute you.

 
6 Comments

Posted by on April 17, 2012 in Filem

 

Schindler’s List (ini bukan rebiu)

Saya baru usai menonton Schindler’s List. Filem yang memenangi Oscar pada Anugerah Akademi 1994 itu telah membuatkan saya depresi beberapa jam selepas menontonnya. Hati saya bagaikan dihiris dan dibelah dan dicincang halus-halus dengan pisau belati tajam.

Ia adalah mengenai Oskar Schindler yang telah menyelamatkan lebih 1000 orang Yahudi daripada peristiwa holocoust ketika Perang Dunia Kedua. Ya, saya tahu Yahudi adalah puak Israel yang memerangi Palestin sekarang. Tetapi, saya fikir tidak ada justifikasi untuk sebarang jenis kekejaman. Sama ada yang dilakukan oleh Yahudi atau kepada Yahudi. Malah siapa sahaja yang melakukan kekejaman, atas nama ‘penghapusan etnik’ regardless of what religion they are is still cruel beyond imagination.

Jadi bagi saya, tidak ada beza Nazi yang menghapuskan Yahudi dengan puak Taliban yang menghapuskan etnik Hazara di Afghanistan.

Kedua-duanya kejam. Kejam gila. Sangat-sangat.

Salah satu babak yang melekat seperti dicacah tatu di dalam minda saya adalah ketika Amon Goth, komanden Nazi baru bangun dari tidur, dengan tidak berbaju dan berseluar pajama sambil mengepit sepuntung rokok, beliau duduk di balkoni rumahnya. Mengacu senapang jarak jauh, membuat sasaran, dan menembak beberapa Yahudi yang sedang bekerja di kem tersebut. Kemudian, beliau bangun dari tempat duduk, menguap, menggaru-garu perut, mengeliat, pergi ke bilik air, dan kencing.

Saya fikir jika semua, seluruh ais batu di Kutub Utara dan Kutub Selatan disatukan, tetap tidak akan, tidak mampu untuk menandingi betapa sejuk, beku dan dinginnya hati seorang Amon Goth sehingga beliau tidak ada secebis belas pun kepada nyawa manusia.

“When we saw Goth, we saw death” kata Poldek Pfefferberg, salah seorang Yahudi yang terselamat.

Filem ini bagus. Saya bagi 5 bintang.

 
2 Comments

Posted by on October 28, 2011 in Filem