RSS

Category Archives: Dunia

And in your life? What is it that you desire most?

Entah berapa ramai anak yatim atau orang kurang upaya yang tidak jadi saya hulurkan derma kerana teragak-agak bimbang itu hanyalah sindiket semata-mata.

Entah berapa ramai makcik, pakcik, lelaki atau wanita yang menjinjing bungkusan berat di tepi jalan yang tidak saya tumpangkan dengan kereta saya kerana teragak-agak untuk berhenti secara mengejut dan risau kereta saya dilanggar dari belakang atau khuatir mungkin lelaki atau pakcik itu penjenayah yang dicari.

Teragak-agak dalam membuat kebaikan.

Itu adalah masalah yang masih sedang cuba saya atasi.

Lelaki dalam iklan tersebut telah memberi saya pengajaran yang berharga. Beliau tidak berkira-kira dalam membuat kebaikan. Tidak teragak-agak dan membuatnya dengan sepenuh hati. Walaupun dia tidak memdapat apa-apa wang atau materi sebagai balasan.

Tetapi hanya dengan melihat senyuman dan kegembiraan di wajah orang lain, sudah cukup membuat dia bahagia. Itu yang mahal dan tak mampu dibeli.

Mulai saat ini, mari cuba untuk tidak teragak-agak dalam membuat kebaikan.

Hati yang Allah anugerahkan itu, mari gunakan tanpa syak dan ragu.

Sekian, pesanan khidmat masyarakat yang tidak ditaja. 🙂

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 4, 2014 in Dunia, Manusia

 

Syeikh Raed Salah – ceramah tokoh pembebasan Palestin di Malaysia. (Ini betul-betul) Tolong sebarkan!

 

Tolong sebarkan. Sama-sama kita meramaikan majlis dan mendengar ceramah dari tokoh ulung pembebasan Palestin ini.

 

Maulana Ihsaan Hendricks, Pengerusi Perundangan Islam Afrika Selatan,

“Nampaknya rakyat Malaysia belum ramai yang benar-benar mengenali siapakah Syeikh Raed Solah yang dibawa ke Malaysia kali ini. Jika mereka tahu, sudah pasti mereka akan meninggalkan aktiviti mereka untuk mengutamakan berjumpa dengan beliau.”

 

Aman Palestin

“Bila lagi Syeikh Raed Solah akan datang ke Malaysia selepas ini? Kami rancang nak bawa jelajah ke seluruh negara bertemu dengan seluruh rakyat Malaysia jika ada peluang lagi.”

Jawab beliau sambil tersenyum,

“Insya Allah, mungkin saya tidak akan datang lagi. Saya akan berjumpa dengan mereka yang tidak sempat berjumpa saya di Malaysia ketika kita bersolat di Masjid Al-Aqsa nanti setelah ia dibebaskan.”

Biodata Sheikh Raed Salah dalam Wikipedia, tetapi saya beri amaran bahawa artikel tersebut terlampaulah biased towards Israel. Untuk mencari lagi info tentang beliau, hanya perlu Google dan keluarlah lebih 800,000 carian.

Dalam rakyat Malaysia teruja kedatangan William dan Kate, saya rasa tidak salah untuk kita turut sama teruja dengan kedatangan tokoh pembebasan Palestin. Malah, saya kira kedatangan beliau lebih layak seribu kali untuk di’teruja’kan daripada kedatangan putera puteri British yang tidak menyumbang kepada syiar Islam.

Wawancara Sheikh Raed Salah dengan wartawan Malaysia pada 6 Sept 2012 di sini. (untuk mengetahui lebih jelas tentang kehidupan saudara-saudara kita di Palestin sekarang)

 

 
Leave a comment

Posted by on September 12, 2012 in Dunia, Manusia

 

tiga titik

1. Baru dapat tahu penulis buku “The 7 Habits of Highly Motivated People” dan motivator terkenal Stephen Covey sudah meninggal dunia beberapa minggu lalu.

2. Baru tahu juga, di Aurora, Colorado ada mass shooting dalam panggung wayang. Jumaat lepas. Masa filem Batman. 12 orang meninggal. 51 lebih cedera. Penembaknya adalah seorang pemuda berusia 24 tahun yang sedang belajar Neuroscience peringkat phD.

3. Sebenarnya kau takkan tahu apa yang ada dalam minda orang lain sampai mereka boleh membunuh sesuka hati.

4. Ternyata, mempunyai phD atau minda yang bijak bestari bukanlah penjamin kau adalah stabil dari segi mentaliti. Minda dan mental – dua benda yang tak sama rupanya.

5. Pembunuhan dan penyembelihan di Syria juga adalah sesuatu yang sangat disturbing. Sampai tak tahu nak cakap apa dah.

6. Membaca buku Veronica Decides to Die karya Paulo Coelho membuatkan saya terfikir – hidup yang monotonous adalah sesuatu yang menakutkan. Sampai ada yang sanggup mati dari menjalani hidup sebegitu.

7. Walaupun saya tak setuju dengan Veronica, tapi sekurang-kurangnya saya faham apa yang dia rasa.

8. Psikiatri adalah satu profesion yang sama seperti doktor gigi. Orang takkan pergi kalau tak terdesak. Tak ada orang yang suka mengadap pakar psikiatri. Sebab tak ada siapa yang nak mengaku dia ada masalah jiwa atau sakit jiwa atau dalam erti kata mudah – gila.

9. Apabila ada manusia yang mengatakan “Ah, psikiatri itu pun sebenarnya orang gila”, Ia membuatkan saya teringin nak belajar psikologi. Tentu, saya juga akan disangka gila.

10. Tapi, sebelum itu banyak benda lagi nak belajar sebenarnya.

Belajar tukar tayar kereta, menunggang motosikal, berenang, menjahit (walau sebiji butang baju), buat kek, bahasa Jepun, seni pertahanan diri (apa-apa saja), belajar main snooker, bowling, dan banyak lagi.

11. Kadang-kadang, manusia terlampau mencari apa erti hidup sampai manusia sendiri lupa untuk benar-benar hidup.

12. Rest In Peace (pada semua jiwa-jiwa yang terkorban) Mereka ini tak berdosa sekelumit pun pada si pembunuh.

13. Dosa mereka hanyalah kerana bersifat idealistik untuk pergi ke panggung wayang dan menonton filem paling dinanti-nanti abad ini, dan menganggap mereka akan hidup lepas 2 jam 40 minit di dalamnya tanpa menyangka akan ada pembunuh gila yang menembak mereka sesuka hati.

14. Apa pula dosa kanak-kanak di Syria? Hanya kerana mereka lahir di Syria – pada waktu yang salah di tempat yang salah.

15. Rest In Peace.

 
Leave a comment

Posted by on July 23, 2012 in Dunia, jiwa kacau, Manusia

 

Points to Ponder

” Only after the last tree has been cut down,

Only after the last river has been poisoned,

Only after the last fish has been caught,

Only then will you find that money cannot be eaten”

– An old Cree Indian saying-

(found in a friend’s FB page)

 
2 Comments

Posted by on April 10, 2012 in Dunia

 

Perihal Facebook 2

Ia bermula apabila ada seorang kawan sepejabat yang sudah tiga hari tidak datang kerja. Apabila saya bertanya kepada kawan-kawan lain, mereka berkata,

“Sue, kak Z tak datang sebab tengkorak kepala anak dia retak masa di rumah pengasuh”

“Ya Allah, ye ke?”

Saya terkejut.

Seriously, gila khinzir punya terkejut.  Ini kerana anak beliau adalah seorang bayi yang mega comel. Super duper punya comel. Dan ia membuatkan saya hairan kenapa nasib begitu menimpa seorang makhluk Allah yang secomel itu. Sudahlah masih kecil, anak sulung pula. Tentu Kak Z sedih.

Kemudian kawan saya itu menegur:

“Sue, benda tu kitorang dah tau lama dah Sue. Kitorang dah terkejut awal-awal lagi. Kalau Sue ada FB, semua benda jadi dalam ofis ni Sue boleh tau.

Jadi, itulah antara sebab  saya membuka akaun FB.

Kerana semangat Makcik Bedah* yang membuak-buak dalam diri membuatkan saya pun akhirnya mempunyai akaun FB. Itupun seorang kawan saya Kak N yang tolong buatkan.

Beliau sebenarnya merungut kerana banyak perkara yang ingin dibincangkan kepada saya asyik melalui telefon sedangkan kami boleh saja berchatting di FB, jika saya ada FB. (Yahoo Messenger tak boleh buka di tempat saya).

Jadi, apabila Kak N merungut :

“Eee..kau ni Sue payah betullah tak ada FB”

Maka, saya dengan selambanya berkata:

“Akaklah tolong buatkan. Sue bagi email dan masukkan password”

Dan sungguh, beliau pun membuatkan akaun saya. Siap memasukkan gambar, mencarikan kawan-kawan dan memasukkan data peribadi. Wah, hebat! *tepuk-tepuk* Terima kasih tak terhingga kepada beliau. 🙂

Sebenarnya saya penat asyik ‘ketinggalan keretapi’ ketika berbual dengan rakan-rakan lain. Apabila saya menyampuk ‘eh korang berborak pasal apa ni?’, mereka akan menjawab “itulah Sue…tak ada FB”. Jika saya bertanya “Eh, kereta sapa tu?”, mereka akan menjawab “Sue tak tau sebab tak ada FB”.

Kiranya sekarang ini, FB sudah seperti satu cop mohor untuk membolehkan kita tahu every single thing yang berlaku di sekeliling kita. Jika tak ada, kau akan terpinga-pinga sebab tak tahu apa benda. Kau dah jadi macam katak puru di bawah tempurung, yang kemudian ditanam di dalam tanah dan dibina pula bangunan sepuluh tingkat di atasnya. Menggambarkan betapa payahnya kau nak keluar dari tempurung tersebut. Ya, begitulah gambaran betapa ketinggalan zamannya kau jika tak ada FB.

Gambar lukis sendiri yang huduh.

Apabila menggunakan FB, saya mendapati beberapa perkara.

Ok, sambung lagi sebab dah panjang.

* Perkataan Makcik Bedah atau Makcik Joyah adalah metafora kepada sikap penyibuk dan suka ambil tahu hal orang lain. Ini kerana selalu dipaparkan di kaca tv, makcik-makcik di kampung yang gemar benar menjaga tepi kain orang. Sambil mulut memuncung-muncung atau menenyeh curut dan mengunyah sirih, makcik-makcik ini akan bertanya itu ini pada orang lain tanda sifat ingin tahu yang terlebih ekstrim.

 
10 Comments

Posted by on March 31, 2012 in Dunia, Manusia

 

Perihal Facebook 1

Jadi, saya sudah pun ada Facebook.

Maka sekarang, secara rasminya saya pun tergolonglah dalam 500 juta pengguna website ciptaan Mark Zuckerberg ini.

*senyum sinis*

Sejujurnya, Facebook adalah satu-satunya website yang seboleh-bolehnya tidak mahu saya libatkan diri. Saya fikir dengan lebih 500 juta pengguna, ia sudah terlampau crowded dan tidak perlulah saya juga melompat bandwagon untuk menyertainya. Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya, most of Facebook users are heavily and dangerously addicted to it.

FB adalah satu-satunya website yang pelbagai cerita dan perkara terjadi kerananya. Manusia seolah-olah sudah terlampau obses dan fanatik dengan FB ini sehingga ke tahap yang tak terfikirkan. Ini adalah senarai perkara-perkara paling gila dan mengarut dan tak senonoh kerana FB atau ada kaitan dengan FB.

1. Pernahkah kau dengar suami yang memukul isteri kerana website Google atau Amazon misalnya? Tak ada, tetapi kerana Facebook ada.

Mangkuk hayun yang bernama Benito Apolina dari Texas itu telah membelasah isterinya kerana si isteri tidak memberi comment atau sekurang-kurangnya menekan butang ‘like’ pada status updatenya yang terbaru.

Kata mangkuk tersebut,

‘That’s amazing everyone likes my status but you, you’re my wife. You should be the first one to “like” my status,’

Hoi mangkuk, kau dah berkahwin lebih 15 tahun dan sanggup pula membelasah isteri kau semata-mata seketul imej ibu jari tegak yang bodoh itu? Seriously, how stupid is that?

2. Kemudian seekor lagi makhluk Allah telah membunuh satu pasangan suami isteri kerana mereka telah ‘unfriend’ anak perempuannya di FB. Boleh baca di sini dan sini.

Amaran tak rasmi kerajaan:

Kalau perempuan ni nak add kau dalam FB, sila jangan accept. Kalau kau dah friend dia, maksudnya kau dah mempertaruhkan nyawa kau. Once you unfriend this girl, it means you have signed your death warrant. Careful people. =/

3.  Lelaki ini pula telah ditahan kerana menelefon 911 untuk menghalau isterinya yang asyik sibuk nak duduk di sebelah semasa lelaki ini khusyuk main FB. Tapi, at least ok lah. Dia tak pukul isterinya macam mangkuk hayun pertama. Dia telefon 911 jer.

4. Wanita ini yang namanya Hayley Jones, telah dibunuh oleh bekas suami selepas menukar status FB daripada ‘married’ kepada ‘single’. Hanya kerana sepatah perkataan, enam huruf, iaitu S.I.N.G.L.E, wanita ini hilang nyawanya, ibu bapanya hilang seorang anak perempuan, dan 4 orang anaknya jadi anak yatim. Menyedihkan bukan?

Sebenarnya, jika kau cari di internet dengan kata carian ‘killed over FB status’, kau akan jumpa berpuluh kes yang serupa. 😦

5.  Apabila kebanyakan gadis-gadis berumur 15 tahun menulis di ruangan HOBI di FB mereka ialah membeli-belah, Taylor Swift, mendengar muzik, atau yang sewaktu dengannya, makhluk Allah bernama Alyssa Bustamante ini menulis ‘killing people’ sebagai hobinya. Dan sungguh, dia telah membunuh seorang jirannya, Elizabeth Olten, 9 tahun. Mencekik, menikam dan mengelar lehernya. Apabila ditanya kenapa dia melakukan jenayah itu, jawabnya:

“I just wanted to know what it felt like”

Ini adalah gambar profilenya di FB. Sekali tengok saja, kita boleh meneka bahawa gadis ini mempunyai masalah mental yang merbahaya.

Kau boleh baca banyak lagi kisah aneh dan bodoh dan gila tentang FB (dan ada juga tentang MySpace) di sini  . Dan kalau kau cari di internet, ada beratus malah mungkin beribu kes-kes bangang yang kau boleh jumpa yang ada kaitan dengan FB.

Ok, oleh kerana terlampaulah banyaknya benda-benda tak senonoh yang dipaparkan di media tentang FB membuatkan saya berazam tidak mahu membuka akaun FB. Walau jenuh dipujuk keluarga (ibu dan ayah saya pengguna tegar FB), kawan-kawan dan jiran tetangga (ok, ini tipu. Tak ada jiran yang sibuk suruh saya buka FB), tetapi tetap juga saya berkeras tidak mahu menggunakannya. Malah seorang kawan mengatakan saya ini ‘anti-sosial’ dan ‘tidak suka berkawan’ hanya kerana tidak mempunyai FB.

Ya, FB sekarang sudah menjadi satu macam status sosial seorang homosapiens. Sama seperti kereta mewah, rumah besar, jawatan hebat. Kalau tak ada FB, kau tidak cool. ~sigh.

Tekad saya untuk tidak mempunyai FB ditambah pula apabila menonton filem The Social Network yang menunjukkan bahawa Mark Zuckerberg sebenarnya mencuri idea asal daripada si kembar Cameron dan Tyler Winklevoss ketika dia menuntut di Harvard dahulu dan telah pula mengkhianati sohabat karibnya, Eduardo Saverin membuatkan saya semakin tidak minat untuk menyertai laman sosial ini.

Akan tatapi (bak kata Hanakirana), sebelum anda mengkeji, mencemuh dan mengutuk saya kerana beriya-iya mengkondem FB, biarlah saya cerita bagaimana hati saya terbuka untuk mempunyai akaun FB.

Nantiilah, di entri berikutnya pula. Dan panjang pulak entri ini.

 
2 Comments

Posted by on March 30, 2012 in Bengong, Dunia, Manusia

 

gaya hidup masa kini

I

kawan: so, macam mana you kenal your husband?

dia: ouh actually before this he’s my housemate. for nearly a year dia sewa bilik kat rumah sewa I. then, my mom tanya “sampai bila nak buat maksiat?” That’s why we get married. *senyum selamba*

kawan: *ternganga*……………………………….owh…..i…..see…………………………………………………..

II

Ketika sedang mencari bilik sewa di kawasan Cheras dan Ampang menggunakan perkhidmatan online *senang.my, saya melalui beberapa pengalaman aneh.

Pengalaman 1:

saya: hello? Saya difahamkan encik ada nak sewakan bilik di Kondo Putih Tengah Kota kan?

EMdI: Ya ada ada.

saya: sekarang ni berapa orang ya penyewa dalam tu?

EMdI: include saya, ada 2 orang.

saya: Huh? Encik pun tinggal sekali ke?

EMdI: Ye lah, dah itu rumah saya. Habis u expect I nak duduk mana? *ketawa kecil*

saya: Takdelah. Saya ingat encik beli rumah itu untuk sewakan saja. Encik duduk tempat lain dengan family.

EMdI: Ouh tidak. Saya tak kahwin lagi. So kalau awak nak duduk bolehlah. Ada satu vacancy bilik lagi.

saya: Yang penyewa seorang lagi tu perempuan ke lelaki?

EMdI: Perempuan.

saya: Ouh I see. Tak pelah. I prefer ALL FEMALE housemates. Thanx.

*EMdI stands for Encik Melayu dan Islam*

Pengalaman 2

saya: hello? Saya difahamkan ada nak sewakan bilik di Kondo Tinggi Mencecah Awan ya?

CMdI: Yes ada.

saya: erm, so…ada berapa orang ya sekarang ni dalam tu?

CMdI: Tiga orang including me. Kita ada 3 bilik. I duduk satu bilik. Satu couple duduk satu bilik.

saya: errr…couple? Means ada lelaki lah dalam tu?

CMdI: Errrr….yeaaa…….but…..diorang selalu tak keluar bilik sangat. Kitorang kat sini buat hal sendiri-sendiri je. So jangan risau la. That guy pun baik bukan jenis serial killer ke apa. hahaha!! *akward laugh*

saya: Erm….takpelah kalau macam tu. I prefer ALL FEMALE housemate. Thanx.

*CMdI stands for Cik Melayu dan Islam*

III

Seorang kawan yang ingin mencari rakan serumah juga berdepan dengan situasi yang aneh ini. Beliau mengiklankan bilik untuk disewa di laman sesawang yang sama (senang.my). Tiba-tiba beliau dihujani dengan pelbagai SMS dan panggilan telefon dari makhluk bernama lelaki, sedangkan di dalam iklan itu sudah terang lagi bersuluh cahaya matahari bahawa beliau hanya mahukan penyewa perempuan.

Beliau merungut-rungut kepada saya, betapa lelaki-lelaki ini tidak faham bahasakah atau memang tidak kisah duduk campur lelaki dan perempuan.

“Eh akak peliklah Su. Memang dah biasa macam ini ke? Atau kita dua je orang kampung?”

IV

Kesimpulannya, saya ingin bertanya kepada anda yang sudah biasa dengan kehidupan kota ini, al-maklumlah, saya ini orang kampung, mentaliti masih jakun, kolot, tidak hip, tidak trendy, tidak moden, tidak up-to-date dengan gaya hidup kotaraya ini, jadi saya nak tanya lah kan:

a) Memang biasakah lelaki dan perempuan Melayu dan Islam duduk menyewa sekali? Siap boleh iklankan dalam laman sesawang “Penyewa lelaki atau perempuan tidak kisah. Couple pun boleh. Asalkan bayar sewa on time”. Seriously?

V

Saya harap akan terus bermentaliti ‘kolot’ sampai bila-bila. Amin.

 
3 Comments

Posted by on September 14, 2011 in Bengong, Dunia, Manusia