RSS

Category Archives: Buku

Awek Chuck Taylor (satu)

ACT-Kaver-Baru

Jadi, saya pun membeli buku Awek Chuck Taylor ini. Dan menghabiskannya dalam masa sehari. Sampai berpinar-pinar bijik mata nak tahu apa kesudahan buku ni. Secara jujurnya, tak berniat pun nak beli. Tapi, lepas  merayau2 di MPH, tiba-tiba macam berminat pulak nak beli sebab dia letak di rak paling depan. Good marketing, by the way. 🙂

Saya beli buku ini pun sudah terlambat sebenarnya. Ketika cetakan yang ketujuh. Kalau buku ni adalah nasi, boleh dikatakan saya makan nasi sejuk. But still, sedap. 😛

Ada banyak benda yang saya nak tulis tentang buku ini. Tak tahu mana nak mula.

Buku ini memang menarik. Sebab kalau sesebuah buku itu boleh buat saya tak mahu tidur semata-mata untuk menghabiskannya, maka bolehlah dikatakan buku ini ada kuasa magis tersendiri. Kerana jika anda kenal saya, anda akan tahu, tidur adalah perkara yang paling saya cinta, lebih cinta dari makan dan buang air. Sanggup tahan lapar atau tahan buang air kalau dah mengantuk tahap cipan angkasa.

Ok, abaikan tentang tabiat tidur melampau saya itu.

Buku ini mengisahkan tentang Hafiz, dan hubungan-hubungan (memang plural sebab banyak gila perempuan yang hadir dalam hidup mamat ni) cintanya. Tapi, ia lebih memfokus kepada hubungan cinta Hafiz dengan seorang gadis yang suka memakai kasut Chuck Taylor bernama Mira, dan adiknya Nana.

Hafiz, lelaki yang kena repeat STPM sebab kena tendang Universiti, makhluk serabai suka pakai baju bundle, agak menyedihkan sebab sering saja dihimpit kesulitan wang, tidak berapa stabil dari segi ekonomi, tapi agak terror bab-bab hati dan perasaan wanita. Oh, dan dia sangat banyak membaca dan tahu banyak benda bab-bal falsafah, ekonomi, politik, dan benda-benda serius tapi membosankan di dunia ini.

Hafiz bertemu dan bercinta dengan Mira, seorang gadis urban yang cool. She’s into hip hop, skate board, fasih dalam 8 bahasa, belajar taekwondo, judo, muay thai dan capoiera, peminat tegar Celtic, hardcore environmentalist dan agnostik (ok, yang ini tidak cool). Oh, dan Mira ni jugak sangat banyak membaca dan tinggi pengetahuan am.

Peliknya Mira ini adalah, dia garang dan dalam masa yang sama, brutal gila. Dia boleh baling botol nescafe pada orang sebab mengamuk nescafe habis.Dia selamba badak lempang orang dan belasah budak yang nak buli adik dia. Dia baling kek hari jadi sebab mengamuk jugak, dia tunjuk jari tengah pada keluarga yang datang meminang dia, dan dia cabar ustazah yang tak bagi dia masuk kelas sebab tak pakai tudung dengan quote Akta Hak Asasi Manusia apa benda tah.

Mira panggil aku Bie. Alasannya, kalau aku berkelakuan baik, aku dipanggil baby. Kalau aku jahat, aku dipanggil, babi.

Brutal kan minah ni?

Hafiz dan Mira juga, mereka adalah pasangan yang aneh.

Mereka berbual pasal Solidarnosc (whatever it is), Lech Walesa pemimpin Poland menentang kerajaan diktator Stalinist. Mereka boleh bertekak pasal anarki, kapitalis dan segala macam falsafah di muka bumi ini.

Kemudian, ada pula Nana, adik kepada Mira yang totally different 360 degrees daripada kakaknya. Kalau Mira gajah, Nana semut. Kalau Mira siang, Nana malam. Kalau Mira bulat, Nana empat segi. Berbeza tapi saling melengkapi.

Nana lemah lembut, cakap cuma perlu (sebab dia ada masalah gagap), penyayang pada binatang, suka puisi, into poems and arts, agak kebudak-budakan, dan selalu ada masalah kesihatan (asma, alergi kacang, dsb)

Buku ini mengisahkan tentang perhubungan dan konflik yang berlaku apabila adik-beradik ini mencintai orang yang sama iaitu Hafiz. Kesudahan buku ini juga agak menyedihkan.

Beza buku ini dengan buku Alaf 21 atau Ahadiat Akashah adalah, buku ini based on true stories. Kalau kamu mengikuti blog penulisnya Nami, kamu akan tahu siapa sebenarnya Hafiz, Mira dan Nana di dalam buku ini.

Saya ada terbaca dalam Tumblr Nami yang ada orang bukan nak hayati kisah dalam buku ini, tapi lebih kepada nak point out kesalahan tatabahasa dan grammar yang tunggang langgang di dalamnya. Bagi saya, tak ada masalah untuk buku ini ditulis dalam bahasa campur BM-BI, guna ayat-ayat rojak dan sebagainya. Kerana ia adalah satu buku indie dan selalunya, bahasa macam itu lah yang kita guna pun dalam percakapan seharian.

Kecualilah kalau kau adalah salah seorang yang bekerja di Jabatan Pelajaran Negara dan diberi tanggungjawab untuk memilih buku sastera yang sesuai untuk subjek Bahasa Melayu mengikut KBSM sekolah menengah, maka kau akan mendapati buku ini sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan rujukan. Kerana ia penuh dengan cacian, carutan, makian, kesalahan tatabahasa, dan sebagainya.

Tapi, jika kau orang biasa seperti saya, maka baca sajalah buku ini tanpa sebarang prasangka.

Banyak perkara yang ingin saya ulas daripada buku ini. Tapi, nantilah, saya sambung lain kali.

Adieu.

Advertisements
 
4 Comments

Posted by on August 14, 2013 in Buku

 

Serigala Besar yang Jahat (Big Bad Wolf)

1362301771338

1362302383408

1362301830865

1362301820390

Pengajaran yang saya dapat pada Big Bad Wolf tahun ini:

1. Pergi awal pagi. Kalau tak mahu bersesak mencari tempat letak kereta.

2. Kalau jumpa parking jauh sedikit tak apa. Terus saja parking dan jalan kaki. Sebab memang tak akan ada masa untuk berlengah-lengah memusing-musing cari tempat parking yang dekat dengan pintu.

3. Paling penting! Sila makan terlebih dahulu sebelum pergi BBW. Kalau tak, kau akan rasa nak muntah sebab tengok buku yang terlampau banyak ditambah dengan perut yang dah masuk angin.

4. Pergi pada waktu pagi atau waktu yang tak perlu terkejar-kejar untuk solat. Supaya boleh berjalan-jalan membelek buku dengan tenang.

5. Tak perlu tanya buku yang kau nak dari petugas BBW. Contoh “Eh nak tanya, buku-buku dari Paulo Coelho kat mana ya?” sebab memang HARAM la mereka nak tahu di mana.  Ada 3 juta buku yang perlu diorang sort out dan kau suruh diorang ingat kedudukan buku yang spesifik, memang nak kena pelangkung lah jawabnya.

6. Bawak beg troli. Supaya tidaklah terhegeh-hegeh menghangkut beg plastik yang berat dan penuh dengan buku-buku kemudian menapak pula ke tempat parking yang jauh.

7. Beli buku kulit keras / tebal sebab buku2 begitu adalah lebih mahal kalau di kedai buku biasa.

8. Kalau kau masih belum habis baca buku-buku yang dibeli masa BBW Disember lepas, tapi dah berhabis duit pula beli buku-buku pada BBW kali ini, maknanya kau bukanlah suka membaca, tetapi suka membeli buku sahaja. *tunjuk diri sendiri*

Sekian.

 
1 Comment

Posted by on March 6, 2013 in Buku

 

Tiger, Tiger, a memoir by Margaux Fragoso

TigerTiger

Membaca Tiger, Tiger, sebuah memoir karya Margaux Fragoso, adalah satu pengalaman emotional roller coaster yang memenatkan. Ia adalah sebuah buku yang disturbing, menyesakkan, dan depressing. Membacanya, saya rasakan emosi seperti sedang berada dalam sebuah roller coaster. Emosi sedih, marah, benci, kasihan, bercampur-baur, turun naik silih-berganti.

Dan pengakhiran buku ini adalah sebuah perasaan anti-klimaks.

Seperti beriya-iya mengikuti siri drama Prison Break selama 4 tahun, dan pada siri terakhir, rupa-rupanya watak Michael Scofield yang kacak lagi tampan itu mati di hujung cerita.

Seperti menonton sesebuah cerita dan akhir sekali, mendapat tahu, cerita itu hanyalah mimpi rupanya.

Sungguh anti-klimaks.

Tiger, Tiger adalah buku yang dibeli ketika Big Bad Wolf Disember lepas, dibaca, dan dikhatamkan selepas 3 hari, dan kini terperuk di dalam beg, tidak disentuh lagi.

Buku ini menceritakan sebuah kisah benar, sebuah memoir penulisnya, Margaux (disebut Margo) Fragoso.

Ketika Margaux berusia 7 tahun, beliau adalah seorang kanak-kanak yang lincah, sukakan ais krim dan bebola getah (tetapi tidak suka yang berwarna merah), menganggap puzzle adalah membosankan, mempunyai seorang ibu yang sakit mental dan seorang ayah yang kaki minum dan suka mendera.

Pada usia 7 tahun, dia bercinta dengan Peter Curran, seorang yang berambut kelabu, mempunyai potongan ‘bowl’ seperti The Beatle, tinggal di sebuah rumah yang penuh dengan binatang peliharaan eksotik seperti iguana dan buaya.

Oh ya, dan kekasih Margaux ini berusia 51 tahun.

Obviously, buku ini adalah tentang seorang pedofilia, dan mangsanya. Dan apa saja tentang pedofilia mengingatkan saya akan buku Lolita, karya kontroversi Vladimir Nabokov. Cuma, buku ini jauh lebih disturbing daripada Lolita.

Apa yang disturbing tentang buku ini adalah – hubungan Margaux dan Peter yang digambarkan dengan begitu grafik dari segi seksualnya membuatkan seolah-olah saya sedang membaca buku ‘lucah lembut’ (soft porn). Tetapi, sekurang-kurangnya saya faham bagaimana seorang pedofilia meyakinkan mangsanya.

Bermula dengan permainan ‘tickling game’ diikuti dengan ‘kissing game’ berlanjutan pula kepada sentuhan di tempat tidak sepatutnya dan berlanjutan ke seks oral dan seterusnya dan seterusnya. Dan Margaux, sebagai kanak-kanak yang sangat dahagakan kasih sayang dan perhatian – lantaran ibu bapanya yang bermasalah – jatuh ke dalam perangkap Peter yang mengatakan “This is something that people in love, like we are, do together”

Buku ini terus menceritakan hubungan ‘cinta’ Margaux dan Peter yang berlanjutan selama 15 tahun dan hanya berakhir apabila Peter membunuh diri dengan terjun ke dalam gaung pada usia 66 tahun.

Apa yang menyedihkan bagi saya, adalah bagaimana Margaux memilih untuk mengakhiri memoirnya.

“So many pictures of me with the rusted watering can, standing barefoot by the green gate. On the hammock, my head against his chest; he twirls my hair in one finger, my expression is lazy. In one picture I had never seen before, Karen and I are in the bathtub and I am washing her hair with a baby shampoo. Winnie-The-Pooh bath toys are bobbing between us. The cameraman is unseen, of course. He makes up words and the music to go with them, he is a-jack-of-all-trades, and handsome.

And he loves us very much”

Ayat terakhir itulah yang amat mengganggu fikiran saya.

“And he loves us very much”

Bagaimana mungkin Margaux menganggap bahawa Peter sangat sayangkan dirinya?

Cinta bukanlah justifikasi untuk apa saja yang telah dilakukan Peter kepada dirinya. Menyuruh seorang kanak-kanak melakukan seks oral bukan cinta. Mengajar kanak-kanak menonton video lucah bukan cinta. Mencabul kanak-kanak, yang tidak tahu apa-apa tentang seks, juga sama sekali bukan cinta.

Apa saja perlakuan Peter kepadanya, bukanlah sebuah cinta. Tetapi adalah nafsu semata-mata. Datang dari seorang manusia yang sedang sakit tenat jiwanya.

Mungkin, Margaux masih belum menerima kenyataan bahawa dia adalah mangsa kepada seorang pedofilia. Mungkin ini adalah satu kes klasik Stockholm Syndrom. Mungkin, instead of berdendam dan membenci, Margaux memilih untuk memaafkan dan mencintai.

Mungkin, seperti apa yang ditulisnya sendiri:

“Spending time with a paedophile can be like a drug high. And when it is over, for people who have been through this, it is like coming off of heroin, and for years, they can’t stop chasing the ghost of how it felt”

Dan ternyata, Margaux masih belum benar-benar bebas daripada ‘heroin’nya.

Tidak ada bintang untuk buku ini. Although it is very well written, but it is disturbing to the core.

Ini adalah buku yang saya beli dan baca dan habiskan selepas 3 hari. Dan akan saya simpan di adalam rak, dan mungkin, tidak akan dibaca lagi.

p.s: Mungkin saya perlu beralih daripada membaca buku genre berat dan depressing seperti ini kepada buku-buku yang lebih ringan seperti chick lit misalnya. I will read some Sophie Kinsella’s for a start. Oklah, nak pegi baca gosip artis kat Beautifulnara. 😛

 
1 Comment

Posted by on February 13, 2013 in Buku

 

Still safe and sound.

1. Hye!

2. Ok, I know it has been a while.

3. And I know you missed me… Muehehe *gedik*

4. Perkembangan terbaru – sudah berpindah ke rumah baru. Kali ini, teman-teman serumah juga adalah jenis yang allergic dengan makhluk berhalkum di dalam rumah. Harapnya, teman-teman ini adalah yang sama sampai bila-bila, dan harapnya saya dapat tetap di rumah ini, at least for 1 year. (ya, saya tak pernah duduk lama di sesebuah rumah sewa melebihi setahun)

5. Beberapa bulan lalu, telah berlaku satu peristiwa-sedih-yang-tidak-perlu-dinyatakan dalam hidup saya, dan peristiwa-sedih-yang-tidak-perlu-dinyatakan itu membuatkan saya rasa bersalah, sedih dan gundah gulana. Maka, untuk melupakan peristiwa-sedih-yang-tidak-perlu-dinyatakan itu, saya dengan mengada-ngadanya telah menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.

6. Kelas renang, kelas piano, berjinak-jinak dengan paint-by-number, menjadi sukarelawan dalam badan-badan kebajikan adalah antara aktiviti yang saya sertai dengan tujuan untuk menyibukkan diri. Hasilnya,  saya benar-benar-benar-benar sibuk. Setiap masa ada saja aktiviti yang menuntut tenaga dan masa saya. Sehingga kadang-kadang saya terabaikan perkara-perkara yang paling utama dalam hidup – ibadah, kesihatan dan keluarga.

7. Terlampau lama tidak bersenam membuatkan saya rasa bersalah pada tubuh badan yang diamanah Illahi.

8. Terlampau lama tidak pulang ke kampung juga membuatkan saya rasa bersalah, terutama kepada nenek yang seringkali bertanya bila saya akan pulang menjenguknya, kerana mungkin dia sunyi, barangkali.

9. Saya baru sahaja mengkhatamkan buku The Kid dari Kevin Lewis yang saya beli pada BBW yang lalu. Ia adalah sebuah memoir yang agak depressing tetapi mempunyai pengakhiran yang baik. Sememangnya, pasti ada jalur perak di sebalik awan kelabu. Buku ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada manusia2 yang berasakan hidupnya adalah yang paling ‘tahi’ dalam dunia, yang sudah putus asa dengan nasib yang dihulurkan takdir kepadanya. Sememangnya, di luar sana, ada ramai lagi manusia yang lebih malang nasibnya dari kita, tetapi berjaya bangkit semula, melawan sekuat tenaga dan akhirnya, ada bahagia yang menanti di hujung sana.

x11423

10. Cukuplah sepuluh dahulu. Akan datang, saya akan tulis sepuluh lagi. Maaf ya, komen2 anda masih belum berbalas. Akan saya usahakan. Oh by the way, saya suka lagu ini. Stay safe and sound everyone. 🙂

 
2 Comments

Posted by on January 30, 2013 in Buku, jiwa kacau, lagu

 

You Might Be A Zombie and Other Bad News (Pt 1)

Saya baru saja selesai membaca buku ini dan membuatkan saya rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding sambil menjerit “Tipah tertipu! Tipah tertipu!”. Seriously, buku ini (kalau betul2 apa yang dikatakannya adalah fakta) menunjukkan banyak benda yang saya tak tahu, dan jika ada benda yang saya tahu pun rupa-rupanya ia adalah tipu dan fiksi dan mitos semata-mata.

Oleh kerana saya tertekan dan dengki orang lain tidak rasa tertipu seperti saya, jadi saya juga mahu menulis di sini supaya kamu juga rasa tertipu sama. Marilah kita sama-sama berasa tertipu secara berjemaah.

Hahahaha!!! *gelak keji* 😀

FIVE MOVIE BASED ON TRUE STORIES (THAT ARE COMPLETE BULLSHIT)

Saya mahu tulis dua sahaja. Sebab cuma dua filem saja yang saya tengok.

1. A BEAUTIFUL MIND.

Ok, saya peminat setia Russel Crowe. Kebanyakan filemnya adalah brilliant! Jadi, saya juga ada menonton filem ini. Ia adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang Professor Matematik bernama John Nash yang mengidap schizophernia.Filem ini berkisar tentang pergelutan beliau dengan penyakitnya itu, dan akhirnya memenangi Nobel Prize in Economics Science pada tahun 1994.

1. Versi Hollywood:

John berhalusinasi bahawa dia ada seorang kawan baik bernama Charles Herman, anak saudara perempuannya, dan dia juga nampak seorang agen dari Agensi Pertahanan bernama William Parcher yang merekrutnya untuk bekerja dengan kerajaan untuk memecah kod rahsia Rusia.

Fakta sebenar:

Prof. John Nash tidak pernah melihat apa-apa halusinasi. Penyakitnya hanyalah melalui pendengaran sahaja (auditory), dan dia langsung tak nampak atau berjumpa dengan Charles mahupun William.

2, Versi Hollywood:

Isteri John adalah seorang yang setia dan mempunyai ciri-ciri isteri mithali kerana berada bersama John di saat susah dan senang. Dari awal kahwin sampailah dapat Nobel Prize.

Fakta sebenar:

Mereka sebenarnya bercerai pada tahun 1963 (6 tahun lepas kawin)  dan cuma berkahwin semula pada tahun 2001 (7 tahun lepas Prof. John Nash dapat hadiah Nobel)

3. Versi Hollywood:

Di akhir cerita, Prof John memberi ucapan pada hari penerimaan Hadiah Nobel beliau. Dan dalam ucapannya, beliau memberi kredit kepada isterinya, yang digambarkan sebagai simbol kekuatan dan tulang belakang beliau selama ini.

Fakta sebenar:

Beliau sebenarnya langsung tidak dibenarkan memberi ucapan kerana penganjur Anugerah Nobel risau beliau akan bercakap merapu-tak-tentu-hala atas pentas jika penyakitnya datang.

Oklah, dah panjang. Penipuan-penipuan seterusnya akan ditulis lagi di masa akan datang. Itupun kalau rajin. 😛

Hollywood: 100 – Penonton : 0 (heh!)

p.s: Hollywood  memang hebat bab-bab bikin filem yang menarik penonton, walaupun mereka terpaksa tokok tambah atau mengada-adakan benda yang tak benar. Jadi kalau ada filem yang based on true story, ia sebenarnya membawa maksud “based on true story after we edit, cut and add some fictional stories…. ” 🙂

 
4 Comments

Posted by on May 19, 2012 in Buku, Filem

 

The Tales of Beedle the Bard

Jika di dunia magis ada pencipta fairy tale atau kisah kanak-kanak seperti Hans Christian Andersen atau Brother Grimms, maka Beedle the Bard adalah orangnya.

Beliau (seperti yang digambarkan JK Rowling) adalah seorang ahli sihir atau wizard yang hidup pada abad ke 15 di Yorkshire. Beliau seorang yang menyukai Muggle (golongan manusia biasa dan tidak mempunyai kuasa magic) dan begitu menentang penggunaan dark magic.

Jika anda kipas-susah-mati atau peminat tegar siri Harry Potter, anda akan tahu bahawa buku Beedle the Bard ini ada disebut dalam buku terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows. J.K Rowling telah menulis buku ini dengan teliti lantas menjadikannya begitu menarik. Di dalam buku ini, diselitkan juga nota-nota yang ditulis oleh Prof Albus Dumbledore, mengulas tentang setiap cerita di dalam buku ini.

Jika zaman kecil kita dihiasi dengan kisah-kisah dongeng pakcik Andersen atau adik-beradik Grimms seperti Snow White, Rapunzel, Sleeping Beauty, Thumbelina, Red Riding Hood, dan lain-lain lagi, maka zaman kecil para witch dan wizard di dalam dunia sihir dipenuhi dengan kisah dongeng Beedle the Bard seperti The Wizard and The Hopping Pot, The Fountain of Fair Fortune, dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik adalah perbezaan kisah-kisah dongeng mereka dengan kita. Jika heroin kita seperti Rapunzel, Snow White, Cinderella atau Sleeping Beauty lebih selesa menunggu dan menunggu sehingga sang putera datang menyelamatkan mereka untuk hidup, tetapi heroin dalam kisah dongeng Beedle the Bard adalah wanita-wanita yang berani, tangkas, berdikari dan berhati waja dalam menentukan takdir mereka sendiri.

Ketika Rapunzel masih setia menunggu di atas menara, ketika Snow White masih ‘koma’ di dalam keranda kaca, ketika Cinderella masih menunggu putera datang memulangkan selipar kacanya dan ketika Sleeping Beauty masih tidur nyenyak menanti satu  ‘ciuman cinta sejati’ yang dapat menghancurkan satu sumpahan durjana, ketika itulah watak Asha, Altheda, dan Amatha, ahli sihir wanita di dalam kisah dongeng Beedle the Bard berkelana mencari cara-cara untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa mengharapkan pertolongan daripada mana-mana putera atau jejaka.

Ouh, dan satu lagi, kisah dongengnya tidak lah asyik diakhiri dengan … “and they lived happily ever after…”

Disebabkan JK Rowling menulis dengan begitu berkesan dalam suara ‘orang lain’ membuatkan saya terpaksa mengingatkan diri berkali-kali bahawa buku ini yang sebenarnya ditulis oleh JK Rowling, bukan Albus Dumbledore mahupun Beedle the Bard, kerana kedua-duanya adalah watak fiksi semata-mata dan tidak wujud sama sekali dalam dunia nyata.

Buku ini bagus. Menarik. Saya bagi 4 juta bintang daripada bintang-bintang di Galaksi Andromeda.

 
4 Comments

Posted by on May 9, 2012 in Buku

 

Pesan Paman yang ada benarnya.

“Kejarlah cita-citamu,boi.Kau boleh menjadi apa sahaja. Pedagang, guru, seniman, tidak mengapa. Namun, pesanku, jangan sekali-kali kau menjadi ahli politik, boi. Nanti semua benda milikmu disangka orang daripada duit rakyat.”

-Padang Bulan, Andrea Hirata-

 
2 Comments

Posted by on January 10, 2012 in Buku