RSS

Category Archives: Bengong

Antara kurma dan limau mandarin

Di sebuah pejabat di sebuah negeri di sebuah negara di sebuah planet

Minah bertanya “Eh nak bagi ke hadiah kurma pada Lim Tat?”

Tipah menjawab “Eh bagila. Kan dia dah nampak kita edarkan kurma pada semua orang. Apa dia kata nanti. Dia seorang tak dapat. Lagipun mesti dia nak bekas tupperware yang kita guna untuk isi kurma tu “

Atan menyampuk “Ah tak payah bagi lah kat dia. Kalau dia tanya kita jawab ‘ni untuk orang Islam yang berpuasa je. You bukan Islam so tak boleh dapat.”

Tiba-tiba Tipah terfikir:

Bayangkan kalau kau seorang sahaja, satu-satunya orang Melayu yang beragama Islam bekerja di sebuah syarikat yang 100% bangsa Cina, dan pada Tahun Baru Cina kau tengok semua orang dapat limau mandarin. Bila kau bertanya limau untuk kau mana, kawan sekerja bangsa Cina itu menjawab:

“Eh limau ini untuk bangsa Cina yang beragama Buddha saja. You bukan orang Cina so you tak boleh dapat”

Agak-agak apa lah perasaan kita? Kalau tak rasa disiat belati mungkin bagai dihiris sembilu.

Nak bergurau boleh. Berlawaklah apa saja. Tapi selalunya – lawak-lawak rasis, dan menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama ini – lawak-lawak sebegitu, memang sangat tak professional dan tak matang.

Dan tak kelakar langsung pun.

Macam mana nak mengajak orang ke agama Islam kalau akhlak Islam kita pun macam entah apa-apa.

#notetomyselftoo

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 27, 2014 in Bengong, Kerja, Manusia

 

Sabar

Baru-baru ini saya belajar satu perkara : bahawa kesabaran MEMANG ada batasnya. Dan saya bukanlah orang yang mudah hilang sabar – kepada orang yang tidak rapat dengan saya.

Walaupun begitu, saya akui, bahawa kesabaran yang TANPA BATASAN adalah terpaling baik. Dan manusia yang mampu bersabar walau dalam apa jua keadaan pun adalah manusia terpaling hebat.

Saya sedang belajar, melatih diri untuk lebih banyak bersabar.

Akan tetapi, tetap juga saya percaya, kadang-kadang, kita perlu marah, perlu suarakan apa yang kita rasa, perlu beritahu apa yang terbuku, supaya orang lain tahu.

Dan tak akan pijak kepala kita.

 

 
2 Comments

Posted by on January 31, 2013 in Bengong, Manusia

 

Permasalahan serupa. Di tempat berbeza. Dan sungguh menyerabutkan minda.

Eh dah Disember.

Eh cepatnya dah nak habis 2012.

Eh Nostradamus kata nak kiamat tahun ni.

Eh lamanya tak update blog.

Eh buat-buat terkejut pulak.

Ok, perkembangan terbaru, saya akan pindah rumah lagi. Hahahaha! *gelak sedih sambil menitiskan air mata* (T_T)

Dalam masa setahun, ini kali keempat saya akan berpindah. Mungkin akan menyamai rekod di Taiping dahulu, lapan kali dalam masa dua tahun.

Permasalahan yang sama.

Lelaki. Lelaki. Lelaki. Lelaki. Masuk rumah sesuka hati.

Dua minggu menyewa bilik di rumah baru, sudah 4 orang lelaki berbeza yang saya jumpa berkeliaran di dalam rumah. Kalau ditakdirkan waktu itu ada serbuan Jabatan Agama, maka nama saya akan terpampang di dada akhbar, ditangkap berkhalwat dan mendapat tajaan berkahwin secara percuma.

Saya sungguh penat dengan masalah begini sebenarnya.

Di Taiping juga begitu. Di sini juga, terjadi lagi.

Tak faham betul. Adakah muka saya ini mempunyai cop di dahi, yang bermaksud “Jika kamu mahu bawak masuk lelaki dalam rumah, sila ambil saya sebagai housemate kerana sungguh, I’m cool with that.”

Tak, hakikatnya, saya tidak boleh kompromi tentang itu.

Sebelum masuk lagi, saya sudah terangkan, tidak mahu kaum Adam di dalam rumah. Dan mereka kata, bukanlah tidak ada langsung kawan-kawan lelaki, akan ada juga yang datang ke rumah, sekadar hantarkan barang dan balik. Ok, saya boleh terima itu.

Tiba-tiba, balik rumah pukul 1 pagi, seorang lelaki sedang tidur di sofa, dengan bertuala menampakkan seluar dalam warna hitam, nyenyak tidur macam rumah bapak dia. Dan percayalah, itu adalah pemandangan yang sangat, sangat menjelikkan.

Bangun pagi mahu ke tandas pula, eh tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari bilik yang tidak berpenghuni, dan menonong saja keluar dari rumah.

Bermaksud, sepanjang malam yang ada cuma saya dan dia, di bilik berasingan.

Bermaksud, jika ditakdirkan Tuhan, diserbu JAWI, saya tidak ada alasan kenapa kami berdua saja di rumah,kerana alasan “Tak tahu menahu siapa manusia ini” adalah alasan yang mungkin seringkali didengar pegawai JAWI oleh pasangan berkhalwat.

Bermaksud, lelaki itu jika dikuasai syaitonnirrojim, boleh saja mengapa-apakan saya dengan sewenang-wenangnya.

Pada waktu ini, saya cemburu dengan kakak saya. Jika dia sekarang di tempat saya, tentu, dia akan memaki hamun kawan serumah dua orang itu yang sesuka hati memberi kunci menumpangkan kawan lelaki mereka. Tentu, dia akan menghambur sesedap rasa meluah segala amarah di dada.

Masalahnya sekarang, saya adalah seorang Suhaila, yang benci pada konfrontasi. Yang lebih senang berdiam diri. Yang tidak berani bersuara.

Jadi, yang mampu saya buat, adalah beritahu, secara diplomasi, kenapa saya mahu pindah rumah lagi sekali, menyatakan ketidakselesaan saya dengan situasi sebegini, dan mengatakan saya akan pindah selewatnya bulan Januari.

Masih lagi dengan diplomasi.

Padahal yang sebenarnya, yang mahu saya katakan kepada budak berdua itu adalah:

“Korang ni memang tak guna bawak lelaki tak bagitahu aku memang celaka pegi mati”

Dah, sekian.

Oh ada sambungan lagi:

Ini tips kepada perempuan di luar sana yang seperti saya, sedang mencari-cari rumah/bilik sewa yang sesuai di ibu kota. Jika kamu melayari laman web Mudah.My mencari rumah/bilik sewa, janganlah terkejut jika ada iklannya yang memberitahu terus-terang, tidak kisah duduk serumah lelaki perempuan.

Contoh iklan:

  1. Open to couple, female or male.
  2. Rumah sekarang ada dua perempuan dan seorang lelaki.
  3. Tak kisah lelaki atau perempuan, janji bayar sewa tepat pada masa.
  4. Dan yang sewaktu dengannya.

Pada mulanya, saya juga menjadi jakun dan terkejut beruk dengan keadaan begini. Tapi lama-lama macam dah tak hairan. Antara iklan paling menakjubkan yang saya pernah jumpa:

  1. Mahukan lelaki lembut sahaja
  2. Penyewa mestilah memahami keadaan kami yang bercinta sesama gegirl. Hik hik hik. (ya betul, ada ‘hik hik hik’ di hujung ayat)

Jadi, modus operandi saya adalah mencari iklan yang mengatakan ‘Bilik untuk penyewa perempuan sahaja”.

Tetapi malang, M.O saya itu masih ada kekurangan. Tidaklah bermakna jika mereka mahukan ‘Perempuan sahaja’ sebagai penyewa rasmi, mereka tidak membawa masuk lelaki sebagai penyewa tidak rasmi.

Jadi nasihat saya adalah, cari iklan yang tertulis secara spesifik:

  1. Mahukan muslimah yang tidak sosial
  2. Lelaki tidak dibenarkan langsung dalam rumah.
  3. Lelaki adalah diharamkan sama sekali menjejakkan kaki walau seinci
  4. Dan yang sewaktu dengannya.

Happy house/room hunting! Wish me luck guys. Moga-moga ini peng’hijrah’an bilik terakhir untuk tahun ini. Dan tahun depan. Dan tahun-tahun akan datang.

Penat weh angkat barang. (T_T)

 
7 Comments

Posted by on December 1, 2012 in Bengong, jiwa kacau, Manusia, Pengalaman

 

I need to stay away from Mark Zuckerberg’s creation for a while.

“Mak, sorry lupa nak bgtau. Org dah sampai kl semlm”

“Takpe. Mak dah tau. Dalam facebook”

“…………………..”

vongok vongok vongok vongok vongok vongok *acara-memaki-hamun-diri-sendiri-dalam-hati-secara-marathon-selama-8-jam-tanpa-henti-pun-bermula*

Apa kes?

Mak sendiri dapat tau anak dah balik KL melalui Facebook?

Apa kes?

Mintak maap mak. Ampun anakmu takkan buat lagi.

p.s: I have personally apologized to her. Supaya dia takkan cakap “Mak dah baca permohonan maaf dalam facebook Ila. Mak maafkan Ila.” Tragis gila kalo nak mintak maaf pun dalam FB.

*gua salahkan Mark Zuckerberg. Ini agenda Yahudi untuk memecahbelahkan hubungan ibu dan anak. =P*

 
Leave a comment

Posted by on October 11, 2012 in Bengong

 

kelakar nak mati. eh silap. nak mati pun kelakar. =)

 

Kau rasa, berapa kalikah lelaki ini perlu ditembak supaya dia dapat berhenti menjerit? 🙂

Kesimpulannya, kalau kena tembak, tolong diam dan mati (atau buat-buat mati) lah dengan  cepat. Kalau tidak, kau akan ditembak lagi, dan lagi, dan lagi.

Kalau saya jadi perempuan itu pun, saya akan tembak banyak kali. Bukan sebab nak dia mati, tapi nak suruh diam. 🙂

 
Leave a comment

Posted by on October 4, 2012 in Bengong

 

Pencarian bilik pun bermula

Jadi, saya pun melayari internet untuk mencari bilik sewa. Ini kali ke-3 saya berpindah rumah di KL dalam masa setahun. Kira ok lah lagi, kerana semasa di Taiping, saya pindah rumah 8 kali dalam masa 2 tahun.

Tak tahulah kenapa, antara saya dengan rumah sewa macam tak kacip. (bak kata Pipiyapong). Ada saja masalahnya. Mungkin dalam darah saya ada keturunan orang nomad agaknya. Hidup berpindah randah.

Kali ini, saya akan berpindah lagi.

Jadi, ketika melayari laman Mudah.my, telefon sana sini, mencatat segala info, mata saya tertancap pada satu iklan bilik sewa:

Kemasukan untuk bulan 10 (Oktober 2012)
4 Minit jalan kaki ke LRT Cempaka

Kemudahan Rumah:

[Ruang Tamu] 32’ LCD TV, Kabinet TV, Astro, , Sofa 
[Dapur] Peti Sejuk, Dapur Gas, Microwave, Cerek Elektrik, Water Filter, Meja Makan.
[Bilik] Katil, Almari Pakaian, Cermin, Kipas, Tilam dan Bantal
[Lain-lain] Mesin Basuh, Shower Water Heater, Iron. 

Perempuan sahaja.

Ok, bunyi menarik.

Jadi, saya pun menelefon tuan rumah.

Dan perkara pertama yang saya tanya adalah:

“Jadi, rumah ni dekat dengan LRT Celaka ye?”

Ya Tuhan, malunya rasa macam nak tanam muka dalam tanah.

Sejak detik itu, saya berjanji tidak akan menyumpah lagi. (T_T)

p.s: Saya jarang menyumpah sebenarnya. Kecuali ‘shitake’ atau ‘fukushima’ atau ‘damn’ atau ‘bengong’ atau ‘sial’ atau … eh banyaklah pula. 😛 .Tapi tak tau lah macam mana boleh keluar ‘celaka’ itu. Haih!

 
2 Comments

Posted by on October 4, 2012 in Bengong

 

Salam “1 Malaysia” di dalam bahasa Sanskrit purba membawa maksud Salam “saya Yahudi”. Sila sebarkan!!

Satu benda yang saya belajar:

Jika mahu sesuatu idea itu cepat tersebar dengan pantas bak kelajuan cahaya, sila sebarkan berita-berita yang ada perkataan “Illuminati” , “Freemason”, “murtad”, “menghina Rasulullah”, “menghina Islam” atau “agenda Yahudi”.

Contoh :

Maksud ‘Pokemon’ bukan bermaksud ‘Pocket Monster’ tetapi adalah “Saya Yahudi”. Bertaubatlah dan insaflah. Sebar-sebarkan demi menjaga akidah kita sesama saudara seIslam . (p.s: Boleh baca di sini untuk penjelasan)

Lagu Doraemon ada agenda Illuminati. Sebarkan! Sebarkan!

IPhone 4G adalah agenda Yahudi. Jika membelinya, anda dikhuatiri murtad. Astaghfirullah hal ‘azim. Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan, buat mereka yang tidak tahu.

Kartun Upin dan Ipin itu juga adalah agenda Yahudi untuk menyesatkan Islam.

Gangnam Style itu adalah agenda Yahudi untuk menghina Rasulullah.

dan banyak lagi kebodohan, kebodohan, kebodohan yang lain.

Tolonglah, nak sebarkan benda pun biarlah ada bukti. Ada fakta. Jangan pakai sebar sesuka hati saja. Saya fikir sebagai bangsa Melayu dan umat Islam, janganlah kita hanya tahu nak menakut-nakutkan orang dan paranoid tak tentu pasal.

Oh ya,  Upin dan Ipin yang ajar benda-benda baik pada budak-budak (contoh: berpuasa, solat terawih, baca doa sebelum makan, sebelum tidur) pun agenda Yahudi yer? Oooo…..cenggitu…*whatever* tangan di bahu mata pandang atas*

Oleh itu saya juga mahu menyebarkan:

Bahawa lagu tema kemerdekaan “Janji Ditepati”  itu adalah sebenarnya agenda Yahudi yang mahu menghapuskan rakyat Islam di Malaysia. Lirik lagu “kini masa balas budi” adalah ditujukan kepada Israel supaya membalas budi kerajaan Malaysia yang telah banyak menaikkan produk Yahudi di Malaysia. Jika menyanyikan lagu ini anda dikhuatiri akan syirik dan murtad.

Sebarkan! Sebarkan!

Disclaimer: Perenggan dan tajuk entri di atas hanya rekaan semata-mata. Sila jangan tangkap dan masukkan saya ke dalam ISA.

Gangnam style juga agenda Yahudi. Silalah berasa takut sekarang juga!

Oh ya, sila jangan menggunakan Facebook kerana ia adalah ciptaan Mark Zuckerberg, yang terang-terangan seorang Yahudi. Sekian.

Updated:

Bukti tiada perkataan ‘Upin’ dalam Bahasa Aramaic. (rujuk sini) Dan kamus bahasa Syriac juga di link ini. Juga tiada perkataan ‘Ipin’ di dalamnya. Tetapi, saya perlu juga memuji si penyebar berita, kerana sekurang-kurangnya, saya baru tahu bahawa bahasa Aramaic dan bahasa Syriac itu wujud rupanya di muka bumi ini.

 
11 Comments

Posted by on September 11, 2012 in Bengong, Manusia