RSS

About

Tuan empunya blog ini adalah seorang remaja biasa yang semakin menginjak dewasa. Lahir pada 23 Ogos di sebuah hospital kerajaan di Sarawak. Selalu keliru sama ada zodiaknya adalah Leo atau Virgo. Seorang yang membawa makna “mudah dan senang” dalam namanya. Ini membuatkan dia mudah dalam semua perkara seperti mudah tidur, mudah ketawa dan mudah juga terasa dan sangat mudah menangis.

Bila dia tidak tidur, dia suka membaca. Ideanya tentang syurga ialah bila dapat membaca sebuah buku yang bagus, di bawah selimut tebal, dengan air coklat panas di tangan, pada malam hujan lebat…~simply heaven.

Dia menyimpan impian untuk melawat Disneyland dan juga untuk menaiki belon udara panas. Impiannya yang agak mustahil ialah untuk berjumpa dengan Orlando Bloom. Impiannya yang paling mustahil ialah untuk melihat Israel dan Palestin berdamai dan manusia hidup aman tanpa perang.

Ini adalah blog ketiganya. Dia punya kegemaran aneh suka berpindah-randah blog. Dia seorang blogger yang agak kronik. Dan dia juga seorang blog-hopper yang sudah di tahap kritikal.

Itu saja tentang dia. Kalau ada apa-apa, nanti dia tambah lagi.

Terima kasih.

 

14 responses to “About

  1. copyninja

    August 20, 2008 at 6:40 am

    mintak izin nak link ok…?
    thanks…

     
  2. sUe

    August 20, 2008 at 3:17 pm

    aiks…lama tak nampak?
    silelah link…aiman tak kesah..;)

     
  3. ainunlmuaiyanah

    August 22, 2008 at 10:58 pm

    sue.. kenapa saya krang kenal kamu ya. tapi ada link saya di bloh kamu. kenalkan diri ya

     
  4. sUe

    August 22, 2008 at 11:08 pm

    aduh…ya ampun cik ainun…
    saya link tanpa izin…
    saya silent reader saja blog cik ainun…huhu.
    nanti saya singgah sana dan kenalkan diri ya?
    sorry again…huhu

     
  5. ainunlmuaiyanah

    August 25, 2008 at 2:18 pm

    aduhai sue, saya tak kisah kamu link senyap-senyap tapi sy ni penyegan orangnya.
    kan bagus kalau kita slaing kenal?

     
  6. sUe

    August 26, 2008 at 3:29 am

    hihi..baiklah cik ainun..
    marilah kita saling berkenal-kenalan…;)

     
  7. echo (the little swallow)

    July 19, 2009 at 11:05 pm

    salam sue,

    saya membaca ini;

    Bila dia tidak tidur, dia suka membaca. Ideanya tentang syurga ialah bila dapat membaca sebuah buku yang bagus, di bawah selimut tebal, dengan air coklat panas di tangan, pada malam hujan lebat…~simply heaven.

    tentangnya:

    5 tahun lepas, saya pernah nonton dokumentari tentang Lin Hwai-Min, kareografer terkenal dari Taiwan yang menubuhkan Cloud Gate Dance Theatre of Taiwan.

    Ketika ditanyai bapanya apa yang membuatkan dia berasa bahagia; Lin Hwai-Min menjawab;

    “Membaca buku sambil mendengar muzik yang indah, di dalam sebuah kamar yang dipenuhi buku-buku serta ditemani secawan kopi yang enak.”

    Jawab bapanya;

    “Kau adalah orang yang sangat mementingkan diri. Mahu duduk-duduk selesa mengisi keinginan dirimu semata-mata. Sedang di luar, rakyat hidup sengsara, tertindas dan menderita dalam segala kepayahan.”

    Menonton babak itu daripada dokumentari tersebut, saya berasa ditampar pipi dengan pernyataan bapa Lin Hwai-Min. Itu juga yang ingin saya lakukan sebelum ini. Membaca, mendengar muzik, minum kopi. Kesedaran saya juga sekaligus seperti ditempeleng. Setelah itu, tiga perkara enak tersebut tidak lagi dalam senarai keinginan saya. Sampai kini saya berterima kasih kepada bapa Lin Hwai-Min atas tamparan hebat kata-katanya.

    Dan setiap tahun Lin Hwai-Min bersama kumpulan teaternya Cloud Gate Dance Theatre akan membuat persembahan percuma selama beberapa bulan kepada penduduk-penduduk kampung, nelayan, petani dkk atas dasar kesedaran bahawa jika dia dapat menggembirakan orang lain dengan persembahannya, itu adalah perkara yang sebenar-benarnya membawa rasa bahagia.

    btw, tentang andrea hirata dan mimpi-mimpinya, saya sudah membaca laskar pelangi dan edensor. anggap sahaja saya sedikit lebih dewasa dari kamu, maka saya sudah menemukan ramai orang dengan kecerdasan dan kepintaran serupa andrea hirata. sayang sekali, ramai yang menjadi batu yang tenggelam begitu sahaja; seperti lintang, seperti bodenga. mungkin sahaja peraturan nasib memang begitu. untuk manusia-manusia seperti itu.

    bayangkan kalau orang serupa lintang benar-benar mendapat lorongan yang sama seperti si ikal. apakah andrea hirata masih mampu menggalas mimpi-mimpi ke sana sini?

    siapa tahu apa yang ada di siapa.

    yup! marilah kita doakan yang baik-baik sahaja untuk encik tukang conteng.

    echo (of) the little swallow
    dari negeri tukang conteng

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 9:31 am

      echo (of) the little swallow,

      tatkala membaca komen anda, entah kenapa darah menyerbu2 naik ke muka. bukan kerana marah, tetapi kerana MALU.

      ya, seperti anda, saya juga rasa sangat ditempeleng dengan kata2 ayah Lin Hwai-Min itu. sebelum ini saya sangkakan tidak ada apa yang salahnya dengan membaca buku bersendiri di kamar yang sunyi. kerana saya menganggap diri ini sebagai seorang yang ‘introvert’. tapi,mungkin menjadi ‘introvert’ itu juga adalah salah satu cabang dari menjadi ‘selfish’.

      mungkin.

      jadi, saya berterima kasih kepada anda kerana menyedarkan saya tentang sikap pentingkan diri ini. dan hakikat bahawa bahagia sejati adalah apabila kita boleh memberi dan berkongsi dengan orang lain.

      tentang andrea hirata, ya, saya kagum amat dengannya. kerana kegigihannya menuntut ilmu dalam serba kekurangan. tetapi, saya juga kagum amat dengan orang lain yang sepertinya:

      Dr Fadzillah Kamsah-adik-beradiknya 12 orang (kot). Hampir berhenti sekolah dan menoreh getah jika tidak kerana ibunya sudi menggadaikan gelang. terlalu amat suka ke sekolah hingga pernah dihalau balik ke rumah kerana mengidap sakit mata yang boleh berjangkit.

      Najmil Faiz – SPM pangkat 3 tetapi akhirnya bangkit membentangkan kajian sarjana di Parlimen Britain.

      Nik Nur Madihah – anak nelayan yang mendapat 20 A. kerap berpuasa kerana tiada makanan di rumah.

      dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

      pendek kata, jika mereka menghasilkan buku autobiografi, pasti sekali saya akan membeli. kerana saya sangat kagum dengan orang2 begini.

      tidak dinafikan, ramai yang seperti andrea hirata, tetapi takdir menewaskan mereka dan akhirnya tenggelam. memang malang nasib mereka.

      tetapi tidak salah bukan jika segelintir yang mampu bangkit itu bercerita pada dunia tentang kepayahan dan kesungguhan mereka untuk tatapan orang lain?

      lebih bagus jika orang seperti lintang mendapat lorongan yang sama seperti ikal. kerana ada dua mimpi yang boleh dibaca dan dijadikan pedoman.

      mimpi si ikal dan mimpi si lintang.

      bagus bukan?😉

      cuma, mungkin kerana lintang tidak bernasib baik, jadi ikal pun meneruskan perjalanan menggalas mimpi2 ke sana sini untuk memberitahu pada dunia, bhw ada org seperti lintang yg pintar tetapi kalah dengan takdir.supaya pihak yang bertanggungjawab sedar dan membantu manusia2 sebegini. supaya ribuan manusia lain akan bangkit dan terinspirasi.

      pernah dengar tentang aya kitou?

      remaja dari jepun itu menderita sejenis penyakit saraf. diari yang ditulis sebelum kematiannya (1 Litre of Tears) telah dibaca lebih 8 juta orang. diterjemahkan pula ke bentuk drama dan filem.

      jika tidak ada orang2 begini, yang sanggup menulis tentang kepayahan, kegigihan, dan kesengsaraan nasib mereka, sudah tentu kita akan menjadi insan yang miskin rasa peri kemanusiaan.

      tidak salah bukan, sekadar mengutip inspirasi dari manusia2 yang sanggup menjual mimpi ke sana sini?

      ouh maaf, panjang benar komen ini. tetapi, saya memang suka berdiskusi. dan sebarang komen dari anda memang sangat dialu-alukan.

      apa-apa pun, terima kasih atas sebuah komen yang begitu membina.
      🙂

       
  8. Nurul

    August 13, 2009 at 4:40 pm

    first time being here🙂

    hello.

    owh anda pon blogger kronik. uhm. rase2, saye pon, dah tahap nazak jugak. gile slalu pindah blog haha.

    love reading ur posts🙂

     
    • sUe

      August 13, 2009 at 11:14 pm

      ouh hello nurul;

      terima kasih sudi singgah.
      salam perkenalan dari saya.🙂

       
  9. Neala Annibale

    June 28, 2010 at 10:38 pm

    btw, tentang andrea hirata dan mimpi-mimpinya, saya sudah membaca laskar pelangi dan edensor. anggap sahaja saya sedikit lebih dewasa dari kamu, maka saya sudah menemukan ramai orang dengan kecerdasan dan kepintaran serupa andrea hirata. sayang sekali, ramai yang menjadi batu yang tenggelam begitu sahaja; seperti lintang, seperti bodenga. mungkin sahaja peraturan nasib memang begitu. untuk manusia-manusia seperti itu.
    +1

     
  10. ururu5

    December 23, 2011 at 4:42 pm

    owh. your blog menarik juge.. dah setahun x jumpe blog menarik.. and its a fellow utpian pulak tuh..

     
  11. Anonymous

    February 8, 2013 at 12:53 pm

    best blog cik..kwn bg link td

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 2:50 am

      Terima kasih. Kirim salam kat kawan. Hihu!😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: