RSS

Monthly Archives: August 2016

3. Omran

Ini kisah berpuluh tahun yang lampau. Ada seorang anak kecil, umurnya 5-6 tahun, sedang bermain dengan adik perempuannya. Di ruang tamu di hadapan tv. Tiba-tiba siaran berita menunjukkan tentang peperangan Bosnia dan Serbia. Letupan, debu, mayat, dan darah merata-rata.

Untuk sebuah jiwa yang masih naif seperti anak kecil tadi, dia akan tertanya-tanya “Kenapa? Kenapa? Kenapa Tuhan biarkan semua orang itu mati? Kenapa?”

Akhirnya, dia membesar menjadi seorang ‘agnostik’ – iaitu satu kepercayaan bahawa ‘tidak pasti Tuhan itu ada atau tidak jadi saya memilih tidak mahu beragama’

Betapa besarnya impak sebuah peperangan – boleh mengubah akidah dari beragama Islam kepada ketidakpercayaan kepada ketuhanan. Kerana baginya, jika Tuhan itu ada, pasti, Dia yang Maha Pengasih takkan membiarkan kanak-kanak dan wanita dan orang tua yang tak bersalah itu mati bergelimpangan begitu.

Itu baru melihat peperangan di televisyen. Bagaimana agaknya perasaan kanak2 yang menghadapi peperangan? Bayangkan betapa besarnya kesan ke atas diri mereka, psychologically, mentally, physically. Mereka boleh memilih untuk menjadi seperti phoenix – bangkit dari abu dan menjadi manusia yang mengubah dunia. Atau mereka mungkin memilih untuk menjadi depresi dan menyalahkan takdir dan mungkin, terjerumus ke lembah yang lebih menghancurkan. Dan ini bukan salah mereka.

Untuk tangan-tangan yang memusnahkan, menghancurkan, dan merosakkan jiwa-jiwa suci ini, kamu pasti, pasti akan ditanya Tuhan. Dan moga balasan Tuhan yang lebih dahsyat tersedia untuk kamu.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 19, 2016 in Uncategorized