RSS

Saya, suami dan ekzema (part II)

26 Feb

Sejujurnya saya agak terkejut. Dan berasa aneh. Ini kerana setelah hampir 8 bulan tidak menyentuh dan menulis walau sepatah aksara di blog ini, masih ada lagi yang sudi menjenguk ke sini. Graf pelawat juga walaupun tidaklah ramai, tapi rupa-rupanya masih ada.

Apa yang dicari sebenarnya?

Kemudian, setelah meneliti kata-kata carian manusia yang tersesat ke sini, dan membelek tulisan mana yang paling laku dibaca, rupa-rupanya tulisan saya tentang ekzema  yang paling menarik perhatian. Oh kasihan, ramai penderita ekzema di sini rupanya!😦

Oleh kerana itu izinkan saya menulis sepatah-dua-tiga-lebih-kurang-empat-ratus-patah kata mengenai ekzema, pengalaman saya yang pernah menderitainya, dan bagaimana saya akhirnya bebas (setakat ini, dengan izin Allah) daripada cengkaman keji ekzema.

Saya pernah menulis tentang bagaimana keadaan saya ketika mengidap ekzema, dan cara saya menghadapinya iaitu setelah berpuluh jenis ubat dan cream, ais kiub, cold pack, tuala yang direndam air suam dan segala macam petua saya guna untuk mengurangkan kegatalan ekzema di bahagian pelipat tangan, akhirnya, saya menjumpai petua yang benar-benar mujarab – iaitu green smoothie.

green-smoothie

Mula-mula sekali apa yang ingin saya tekankan adalah, kalau kita betul-betul-betul-betul seriuuuuussssssssss untuk sembuh dari penyakit, selain daripada niat dan doa, perlulah disertakan dengan USAHA. Maksudnya, kalau kau setakat rimas rasa gatal ekzema dekat kaki dan tangan, dan kemudian masih rasa selesa untuk terus makan ubat dan sapu krim untuk 10 tahun akan datang, tanpa ada USAHA untuk mencari alternatif lain, maka abaikan saja entri saya ini.

Tetapi saya yakin, jika kamu telah tersesat ke blog saya ketika menggugel tentang ekzema, maksudnya kamu ada USAHA. Syabas bettey!

Cuma mungkin boleh ditambah sedikit lagi usaha kamu dengan rajin-rajin menggunakan pakcik Google dan mencari lebih lagi tentang Green Smoothie. Ketika saya memulakan pengembaraan untuk merawat penyakit ini, lebih kurang seminggu juga saya cuba mencari, memahami, mencerna dan menghadam segala info tentang ekzema dan green smoothie.

Zaman sekarang semua informasi cuma di hujung jari, jadi rajin-rajinkan diri untuk mencari. Dan membaca dan membaca lagi.

Untuk memudahkan anda, ini antara website yang saya rasa berguna untuk kita kenal apa itu green smoothie. Dan sebenarnya, ada beribu juta website lagi tentang green smoothie, cuma rajin atau tidak saja untuk mencari. (Terima kasih Google)

http://simplegreensmoothies.com/

http://www.incrediblesmoothies.com/

http://www.rawfamily.com/

Ok, di dalam website tersebut, ada baaannnnyyyaaaakkkk resepi green smoothie. Jadi bolehlah kamu mencuba resepi-resepi tersebut. Dan ya, green smoothie juga sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Cuma search “green smoothie for baby/toddler” and voila – you’ll get the recipe.

Mengikut pengalaman saya, setelah mengamalkan green smoothie ini, Alhamdulillah dengan izin Allah, ekzema saya benar-benar hilang. Saya rasa cuma selepas sebulan mengamalkannya (2 gelas sehari), saya sudah dapat melihat kesannya. Dan sampai sekarang (hampir 2 tahun), ekzema sudah tidak lagi mengganggu kehidupan saya. Walaupun saya sudah jarang-jarang minum green smoothie (sebab malas nak buat dan beli buah), dan saya cuma minum mungkin sebulan sekali, tetapi Alhamdulillah, tangan saya masih lagi bebas dari ekzema. Dan saya sudah tidak lagi gatal-gatal-rasa-macam-nak-bunuh-diri seperti sebelum ini.

Pada pendapat saya, yang penting dalam mengamalkan green smoothie ini adalah komitmen yang tinggi dan keinginan yang meluap-luap untuk bebas dari seksaan ekzema. Kerana saya pernah menjadi penghidapnya, maka saya boleh faham betapa seksa tahap nerakanya bila kena ekzema. Jadi, persediaan mental pun diperlukan untuk mengamalkan cara ini.

Buat permulaan, cuba minum 2 gelas sehari selama 2 minggu. Lepas itu, lanjutkan ke sebulan. Kemudian 2 bulan. Dan seterusnya, sampai ekzema hilang (dengan izin Allah).

Baiklah, di sini saya ingin ceritakan satu hikayat.

Pada suatu petang yang hening, di dalam sebuah kereta, pada tahun 2013, tunang saya (kini sudah upgrade jadi suami) telah membuka bicara dengan kata-kata yang agak mendebarkan hati. Dialognya lebih kurang begini.

Tunang: Ila, abang ada rahsia nak bagitahu.

Saya: Rahsia apa?

Tunang: Abang nak bagitahu ni supaya Ila tak terkejut bila kita kahwin nanti. Abang sebenarnya ada penyakit.

Saya: Ouh….sakit apa? (jantung dah berdebar-debar. Dalam otak dah terfikir 1001 jenis penyakit merbahaya seperti AIDS, sifilis, diabetis, kanser hati, kanser otak, dan sebagainya)

Tunang: Abang sebenarnya ada gatal-gatal kat kaki kanan. Dia macam kulat. Doktor kata fungi. Dah lama dah abang kena, dah bertahun dah. Bila kena tu, dia gatal sangat. Abang garu sampai berdarah. Kalau Ila tengok kaki abang macam buruk je jangan terkejut ye….?

Saya: Ouuuuhhhhhhhhh……okaaayyyyy…. (tarik nafas lega…….kaki berkulat? Takde hal lah….heh heh)

Fuuhhhhh…..lega. Ingatkan sakit apa lah kan…. Sebetulnya saya pun tak pernah perasankan kaki beliau sebelum ini. Sebab apa kejadahnya nak tengok kaki orang bila keluar dating kan?

Fast forward beberapa bulan lepas kahwin, saya pun membeleklah kaki suami saya, dan memang benar, keadaan kulit kaki beliau agak teruk. Tak dapat saya bayangkan bertahun-tahun beliau terpaksa menderita dengan penyakit fungal di kaki itu.

Satu lagi masalah tentang penyakit kulit ini, tak kiralah ekzema, atau fungi atau jerawat atau psoriasis atau apa saja berkaitan kulit, kalau kau kena di bahagian yang orang senang nampak, muka, kaki atau tangan misalnya, ia sedikit sebanyak boleh menyebabkan tahap keyakinan diri kau jatuh ke paras bawah sifar. Kau akan rasa malu gila nak berjumpa dengan masyarakat. Mujurlah ekzema saya di bahagian pelipat tangan, jadi boleh disembunyi dengan baju lengan panjang. Dan suami juga, untuk menyembunyikan keadaan kakinya, dia akan pakai stokin untuk ke mana-mana.

Maka, sebagai seorang isteri penyayang (ceh ceh! Ayat masuk bakul) dan kasihankan suami yang kadang-kadang tergaru-garu kaki sebab gatal, maka saya pun cuba mempengaruhi beliau untuk mengamalkan green smoothie. Oh, sebelum itu, suami telah menggunakan pelbagai cara – ubat doktor, krim sapu, injection, etc – malangnya ia cuma bertahan 2 – 3 minggu, dan selepas itu kakinya akan gatal semula.

Disebabkan suami kerjanya selalu outstation, jadi memang payahlah untuk dia komited minum green smoothie berterusan selama sebulan. Apa yang saya buat, hanyalah bagi dia minum setiap kali dia ada di rumah. Mungkin 3 hari seminggu. Atau 2 minggu sekali. Pokoknya, tidak ada jadual yang tepat untuk dia minum. Bila-bila dia ada di rumah, dan bila-bila saya rajin, saya akan buatkan untuk dia minum. Kadang-kadang, selama sebulan saya tak buatkan langsung. Jadi, dia minum pun memang ikut suka hati dan mood saya untuk buatkan.

Sebetulnya saya bersyukur kerana suami bukanlah seorang yang cerewet pasal makanan. Saya sangat lega kerana dia seorang yang langsung tidak memilih makanan, dan akan makan apa saja yang dihidangkan di depan mata. Sebagai seorang yang pemalas dan tak tahu sangat masak seperti saya, ini adalah satu anugerah dari sorrrgaaaaa.😛 Saya agak risau pada mulanya kerana ada juga lelaki yang saya tahu, cerewet yang amat bab makanan, malah ada yang langsung tak makan sayur dan buah. Mujurlah suami saya – cuma tolak batu dan kayu dan meja dan kasut dan kerusi dan almari dan pasir dan laptop dan …. – ok, banyak jugak benda yang dia tak makan sebenarnya. Heh heh  =P

Setelah beberapa bulan, saya terperasan bahawa kakinya sudah semakin elok. Gatal-gatal di kaki sudah tak kelihatan. Malah kulitnya sudah semakin pulih. Alhamdulillah, dengan izin Allah suami saya sudah semakin sembuh dari penyakitnya. Lepas saya tengok kakinya sudah elok, saya pun minta izin untuk ambil gambar dan letak dalam blog. Kerana sekurang-kurangnya saya ada bukti akan keberkesanan green smoothie dalam merawat sakit kulit. Dan saya harap boleh membantu orang lain di luar sana yang ada penyakit kulit untuk mencuba cara ini.

Pada mulanya, beliau malu dan segan untuk kakinya dipertontonkan di khalayak ramai, tapi selepas saya memujuk dan meminta izin, dan demi kemaslahatan umat sejagat yang mengidap ekzema, maka dia pun izinkan.

Jadi inilah gambar kaki beliau – sebelum mengamalkan green smoothie (March 2014) dan selepas mengamalkan green smoothie (Februari 2015)

IMG_0051

IMG_0052

So yeah, kita boleh tengok perbezaan yang agak ketara antara gambar sebelum dan selepas.

Jadi, selepas pengalaman saya sendiri dan juga suami, saya memang sangat mengesyorkan cara ini sebagai salah satu usaha untuk merawat sakit kulit. InsyaAllah, saya harap dengan tulisan ini sedikit sebanyak boleh membantu kamu para eczemian di luar sana. Dan percayalah, Allah tidak memberikan penyakit tanpa Dia menciptakan ubatnya sekali. Dan ubat penyakit itu bukanlah terdapat pada bahan-bahan sintetik atau dadah yang diberikan doktor (yang kesannya cuma sementara) tetapi ia terdapat dalam alam semulajadi yang telah Allah bekalkan untuk kita.

Sekian tazkirah hari ini. Reset minda dan selamat beramal.🙂

p.s:

Ini satu lagi kisah bagaimana seorang wanita mengalahkan ekzemanya dengan cara semulajadi – dan penjelasannya lengkap dengan grafik yang boleh buat kita tercengang sekejap – http://eczema-natural-healing.com/eczema-remedies.html 

 
1 Comment

Posted by on February 26, 2015 in Uncategorized

 

One response to “Saya, suami dan ekzema (part II)

  1. julia naz

    October 29, 2016 at 12:28 am

    salam sue ..sy trbce entry tentang eczema sue ngn suami ..sy ade masalah yg sama ..dh 3thn masih blom baek ..sllu sy cri info tentang eczema ni ..boleh x klu sue email pd sy cara2 wat green smootie yg sue amalkan selama ni ..klu bole add di facebook lg bagus ..senang nk tanye ape2 .. https://www.facebook.com/skylar.rae.900

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: