RSS

We all have wounds, but you can’t let that be an excuse to sit on the sidelines. Sometimes in life you have to play in pain. -Joel Osteen

24 Mar

Bayangkan senario ini,

Kau ada kawan. Atau teman. Atau saudara. Atau keluarga. Atau siapa-siapa yang kau anggap paling rapat di dunia. Kawan atau teman atau saudara itu adalah yang paling dekat dengan kau. Kau kenal dia seumur hidup kau. Kalian susah senang bersama.  Kalian berkongsi suka duka ketawa dan air mata. Dia tahu segala jatuh bangun kau. Dan kau tahu segala bangkit rebah dia.. Kau sayang dia. Dan kau mahu dia gembira sentiasa. Kalau boleh, selama-lamanya.

Pokoknya, kau sayang dia. Dan vice versa. 

Tapi masalahnya, kawan atau teman atau saudara kau itu ada tabiat yang agak kasihan. Hatinya sering dihancur-lumatkan oleh orang lain, dan lebih malang lagi, beliau sendiri tidak mahu keluar dari perhubungan neraka itu.

Contoh #1

Kawan baik kau ada teman lelaki yang suka mendera, mentally and physically. Saban hari dia mengadu pada kau:

“Rudy mengamuk lagi semalam. Dia maki aku macam-macam. Pelacur, jalang, perempuan murahan. Punca satu je, dia call masa aku tengah engage. Aku ckp mak aku yang call, dia tak percaya.”

atau

“Dia lempang aku lagi semalam. Depan orang ramai. Kat KLCC. Aku malu sangat. Semua orang tengok”

atau

“Aku dah tak tahan, Lia. Dia kuat cemburu sangat. Malam tadi dia hantuk kepala aku kat dashboard sebab ada office mate aku call masa kitorang keluar”

Dan macam-macam lagi. Dan saban hari, kau pun mendengar setiap kisah malang, keluhan, tangisan, kesedihan kawan baik kau. Dan sesekali kau cuba melarikan mata kau dari melihat setiap lebam dan bengkak di tubuh kawan baik kau, dan setiap kali itu juga hati kau bagai dikeronyok pilu.

Kau pun menasihat, bukan sekali, bukan dua kali, tapi berpuluh juta kali kau menasihat untuk tinggalkan saja lelaki-tak-guna-sesen-pun itu. Kau cakap, ini baru bercinta, kalau sudah kahwin macam mana? Kau yakinkan dia yang dia itu cantik dan menarik dan baik, pasti ada lelaki yang lebih layak untuknya di luar sana. Kau terangkan kepada dia bahawa lelaki gila seperti itu cuma akan membawa bahana dalam rumah tangga.

Dan berpuluh-puluh juta sebab dan alasan kukuh yang kau bentangkan pada dia.

That she deserved better this. Yang dia cuma menganiaya diri sendiri jika berterusan begini.

Tapi sudahnya?

Kawan baik kau itu masih dengan lelaki itu dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Kerana katanya: “Aku tahu dia macam tu. Tapi aku cinta sangat pada dia, Lia. Aku tak dapat bayangkan hidup tak ada dia. Aku harap lepas kahwin nanti dia akan berubah”

Contoh #2

Sepupu yang paling rapat dengan kau, punya suami yang kaki perempuan. Lima juta kali dia ditipu hidup-hidup. Berkahwin senyap-senyap bukan sekali, malah dua tiga kali. Kahwin cerai sudah jadi perkara lumrah. Dia pun sudah tidak kenal yang mana satu madu, yang mana satu ‘bekas’ madu, dan yang mana satu ‘bakal’ madu.

Dan saban hari dia pun mengadu pada kau, menelefon dalam esak tangisnya akan nasibnya yang malang sering dipermainkan hati oleh sang suami.

“Aku bagi duit aku semua pada dia. Ini balasan dia pada aku”

atau

“Aku tak boleh tahan tengok muka dia. Aku asyik terbayang apa yang dia buat dengan perempuan tu”

atau

“Aku susah-susah besarkan anak, kerja cari duit, rupanya dia kat luar ada perempuan lain huk huk huk *mengongoi sedih*”

Dan yang sewaktu dengannya.

Lalu sebagai sepupu yang paling rapat, kau pun berikan nasihat. Berikan perangsang. Berbuih-buih mulut kau menasihatkan dia. Kau suruh dia cuba hidup sendiri. Cuba berdikari. Jangan bergantung sangat pada suami. Jangan senang-senang bagi duit lagi. Bla bla bla bla.

Dan sudahnya,

Kau dapat telefon dari sepupu kau

“Aku dengan suami dah berbaik dah. Aku dah maafkan dia dah. Ye, aku tahu ni kali ke lapan belas juta dia buat perangai, tapi aku tak mampu la nak berpisah dengan dia. Aku masih sayangkan dia. Dia pun janji tak akan buat lagi”

“Oh dan lagi satu, duit hasil jual tanah mak aku tu,  semua aku dah bagi dia untuk langsaikan hutang. Kesian aku tengok suami aku tu berkerut je muka tiap bulan. Apa guna suami isteri kalau tak boleh saling membantu kan?”

***********

Berapa ramaikah di antara kita yang mempunyai kenalan atau kawan atau saudara yang seperti ini?

Berapa ramaikah di luar sana yang pernah mengalami situasi seperti ini?

Jika anda tidak pernah ada dan tidak pernah mengalami, tahniah untuk anda. Sesungguhnya, anda telah terlepas dari satu beban emosi yang maha hebat.

Percayalah, tidak ada apa yang lebih menyakitkan daripada melihat orang yang kau sayang berduka dan menangis sedih. Akan tetapi, yang paling menyakitkan adalah apabila dia, orang yang kau sayang itu, tidak ada usaha pun untuk keluar daripada kedukaannya itu.

Dan jika terjadi lagi perkara-perkara celaka, kau lah yang akan dicari untuk mendengar masalahnya. Dan secara tidak langsung, kau juga turut teremosi, menjadi marah dan benci pada sang suami atau sang teman lelaki yang tegar menghancur lumatkan hati orang yang kau sayang.

Masalahnya,

Makhluk Allah itu sendiri tidak mahu keluar dari masalahnya. Sentiasa mencari-cari alasan dan justifikasi untuk terus kekal di dalam kesedihannya.

Analoginya,

Kau nampak dia lemas. Dia menjerit mintak tolong. Kau pun campakkan pelampung. Tapi dia buat tak nampak. Dia tak nak capai pelampung. Dia nak lemas sendiri. Tapi dia tak habis-habis mintak tolong, lagi dan lagi.

Manusia sebegini adalah manusia yang kasihan. Mereka sebenarnya lemah dan tidak ada kekuatan untuk bangun melawan keadaan. Mereka tetap saja mahu terus menerus terperangkap dalam masalah mereka. Dan mereka cuma mahukan pendengar, untuk meluahkan rasa hati dan meraih simpati.

Seriously, it is exhausting. It is emotionally draining. Bila melihat orang yang kau sayang, sanggup menjatuhkan diri berkali-kali ke dalam kecelakaan, tanpa mahu bangkit pun melawan keadaan.

Dan sudahnya, apa yang kau boleh buat hanyalah:

Duduk di tepi tebing, tongkat dagu, memandang dia yang sedang meminta tolong dan berkata “Kau lemas ke? Kesiannya…..” sambil geleng kepala tanda simpati. Dan hanya mampu berdoa supaya satu hari nanti, dia boleh belajar berenang sendiri.

Disclaimer: Dua kisah di atas hanyalah contoh semata-mata. Tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Semua nama watak adalah rekaan semata-mata. Sekian.

self-worth-3

intention-self-worth

self-worth

 
4 Comments

Posted by on March 24, 2014 in Uncategorized

 

4 responses to “We all have wounds, but you can’t let that be an excuse to sit on the sidelines. Sometimes in life you have to play in pain. -Joel Osteen

  1. Anonymous

    April 9, 2014 at 2:56 pm

    mungkin dia sanggup hidup dengan suaminya kerana itu lebih baik daripada tiada suami langsung dan nak harapkan para yang memberi simpati…. hanya memberi simpati tanpa dapat menolong lebih daripada itu…..

     
    • sUe

      April 14, 2014 at 4:44 pm

      Ya, orang yang mendengar cuma boleh memberi simpati dan nasihat.
      Tetapi diri sendiri yang perlu ada kemahuan untuk mengubah keadaan.
      Kita bertanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri, bukan orang lain.
      Mungkin sesetengah org sanggup dipukul / ditipu oleh suami / teman lelaki asalkan mereka sentiasa ada di sisi.
      Terpulanglah.
      Definisi bahagia adalah berbeza untuk setiap org.

       
  2. Anonymous

    April 10, 2014 at 5:37 pm

    mungkin sebab sepupunya tak mempunyai harapan yang tinggi kepada para penasihat yang hanya pandai menasihat tapi sekupang pun tak sua untuk makannnya dan anak2… sepupu begitu banyak ditepi longkang yang tak perlu dijadikan penasihat..

     
    • sUe

      April 14, 2014 at 4:42 pm

      Itulah point saya sebenarnya.

      Bahawa jika memang sudah tidak ada inisiatif untuk bangkit membaiki diri sendiri atau mengubah keadaan, tidak perlulah mencari orang lain untuk meluah masalah, meminta nasihat atau meraih simpati.

      Kerana orang yang mendengar masalah itu pun akan turut terbeban sama.

      Seperti penagih dadah atau perokok tegar yang setiap hari mengadu kepada kawannya:

      “Aku dah tak larat. Asyik sakit-sakit dada saja. Tak boleh tidur malam sebab asyik batuk-batuk”

      Tapi langsung tak ada inisiatif pun untuk berhenti merokok.

      Lebih baik masalah disimpan diam-diam sahaja dalam hati, daripada diluah kepada orang lain berulang-ulang kali, jika diri sendiri pun tidak ada kemahuan untuk berubah.

      Selalunya, orang yang mempunyai masalah yang akan mencari orang lain untuk meminta nasihat. Bukanlah sebaliknya,

      Just my 2 cents.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: