RSS

126 hari.

06 Mar

Genap 4 bulan. Atau 18 minggu. Atau 126 hari. Atau 3024 jam. Atau 181,440 minit. Atau 10,886,400 saat.

Saya bergelar isteri.

126 hari yang lalu, pada pukul 4.30 petang, saya berada di dalam masjid, sedang mengucap syukur yang tidak terhingga setelah sah lafaz akadnya di hadapan kadi.

126 hari yang lalu, kami berdua berganding tangan, memegang status baru sebagai suami dan isteri.

126 hari yang lalu, saya ke sana ke mari, melayan tetamu yang hadir, sambil menahan sakit akibat berkasut tumit tinggi.

Sudah 126 hari rupanya dia menjadi suami.

Apakah yang saya belajar sepanjang 126 hari ini? Apakah perbezaan antara 126 hari ini dengan hari-hari sebelumnya?

Saya belajar bahawa perkahwinan bukanlah tentang hal-hal besar semata-mata seperti hubungan intim misalnya. Ia bukan tentang melepaskan naluri manusia yang ingin berhubungan fizikal sahaja.

Perkahwinan rupa-rupanya adalah perkara-perkara kecil tetapi terasa begitu istimewa.

Ia tentang kerja sebagai satu kumpulan. Seperti bersama-sama menggantung langsir rumah. Atau mengemas bilik yang bersepah. Atau bersama di dapur memasak dan membasuh pinggan.

Ia tentang kesepakatan. Seperti mengambil keputusan untuk membeli barang-barang dapur. Atau menentukan jenama mesin basuh yang mana yang berbaloi untuk dibeli. Atau sama-sama bersetuju dengan warna rak buku yang ingin dimiliki.

Ia tentang perkongsian. Berkongsi suka duka. Cerita dan rahsia. Angan-angan dan impian.

Ia tentang toleransi dan tolak ansur. Mengalah dan memaafkan. Meredakan dan mendamaikan.

Banyak lagi yang telah saya belajar tentang perkahwinan, selama 126 hari ini. Dan lebih banyak, banyak dan banyak lagi yang perlu saya pelajari pada masa-masa akan datang.

Saya akui bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyesuaikan diri pada mulanya. Bertahun-tahun sendiri, tiba-tiba ada seorang lelaki yang ditakdirkan untuk tinggal serumah dengan saya, memanglah payah pada mulanya.

Malah, pada hari pertama saya kembali bekerja, saya terus saja memandu ke Ampang setelah balik dari kerja. Dan kemudian baru tersedar yang rumah di Ampang adalah rumah yang disewa dengan kawan-kawan. Rumah saya sekarang adalah di Shah Alam, bersama suami. (-_-“)

Ketika di fasa  dua minggu pertama, pernah sekali saya terjaga dari tidur, melihat suami yang baru masuk ke bilik membuatkan saya yang sedang mamai mula menyusun atur neuron-neuron otak untuk mengenalpasti siapakah dan bagaimanakah ada lelaki boleh masuk ke bilik saya, sebelum saya tersedar “Oh, aku dah kahwin lah. Haish!” dan kemudian, terus berasa lega dan sambung tidur semula.

Ya, saya mempunyai medula oblongata yang memang pelupa tahap dewa. Kasihan suami saya.😛

Dan sampai sekarang, saya masih lagi berasa janggal jika disebut sebagai Puan Suhaila.

Kerana saya masih lagi di fasa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Saya sedang menyesuaikan diri dengan perkara-perkara tentang lelaki seperti krim rambut, kain pelikat, seluar pendek, dan sebagainya. Tetapi saya lebih kasihan kepada suami, kerana jika saya cuma perlu membelek krim rambut dan pencukur janggutnya, dia pula perlu membega-bega pelbagai jenis krim, serum, pencuci muka, toner,moisturizer, masker, dan 5 juta lagi barang kecantikan wajah yang saya ada. Itu belum lagi peralatan mandi saya yang telah menguasai dua pertiga bilik air kami.

Dan antara perkara yang paling aneh adalah, walaupun baju-baju saya lebih banyak berkali-kali ganda daripadanya, tetapi tetap juga saya akan termenung di depan almari sambil merungut “Tak ada baju lah nak pakai hari ni…” sedangkan suami, persoalan baju apa yang nak dipakai adalah benda paling remeh dalam dunia. Dia sentiasa boleh menyambar apa saja baju dan tidak pernah merungut apa-apa.

Jika kami ke shopping complex, dia boleh ingat dengan mudah di mana tempat letak kereta sedangkan saya, jika tidak ditangkap gambar nombor tiang dengan handphone, alamat melilau lah saya berjam-jam mencari kereta.

Tinggal serumah dengan suami membuatkan saya semakin takjub dan kagum betapa berbezanya Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan. Seperti langit dan bumi. Seperti bulan dan matahari. Berbeza tetapi saling melengkapi.

Dan kerana itulah, saya bersyukur dipertemukan dengannya, yang telah menjadi pelengkap hidup saya.😉

Now we functioned as two instead of one. As a duet instead of a solo. 

“I believe that two people are connected at heart, and it doesn’t matter what you do, or who you are, or where you live. There are no boundaries or barriers if two people are destined to be together”

-Julia Roberts

 
1 Comment

Posted by on March 6, 2014 in Uncategorized

 

One response to “126 hari.

  1. CAHAYA MATA

    March 11, 2014 at 3:33 pm

    ini adalah sweet……….🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: