RSS

saya manusia paling hebat sebab ada ijazah. *sinis*

10 Feb

Suami dan pakcik ada program memberi ceramah kepada pelajar2 UiTM tentang peluang pekerjaan dalam bidang survey dan geomatik. Ketika bertanyakan biodata penceramah, mereka agak terkesima apabila mendapat tahu kelulusan pakcik dan suami adalah diploma sahaja.

“Encik diploma je ke?” tanya mereka berkali-kali.

Malah semasa sesi soal jawab ada soalan berbaur provokasi yang berbunyi “Encik tak ada degree. Sampai bila encik nak freelance je?”

Agak menyedihkan sebenarnya apabila ada manusia yang bergelar mahasiswa ini mengukur kejayaan dengan sekeping kertas sahaja.

Di manakah silapnya sistem pendidikan kita jika mahasiswa yang dilahirkan bersikap angkuh dan memandang rendah pada orang lain?

Adik-adik, ini pesan akak. Tak kira jika adik ada ijazah atau master atau phd sekalipun, tapi di luar sana, di alam pekerjaan sana, semua itu tak dikira. Kalau adik tak ada usaha nak majukan diri, semua nak disuap saja, tak mahu nak belajar berdikari, silap-silap, yang menjadi ketua adik adalah orang yang ada diploma sahaja.

Ya, tak dinafikan, mempunyai ijazah, master dan phd adalah satu bonus. Bersyukurlah kerana anda ada peluang untuk melanjutkan pelajaran. Tapi jangan sekali-kali memandang rendah kepada manusia yang tidak ada peluang itu. Kerana mereka juga, bekerja keras untuk membuktikan mereka mampu dan setaraf dengan orang lain yang ada degree.

Ketahuilah, kejayaan bukannya bererti kita tidak pernah gagal langsung. Kejayaan adalah apabila kita GAGAL dan GAGAL dan GAGAL lagi tapi tetap tidak putus asa untuk BANGKIT dan BANGKIT dan BANGKIT lagi!

Dan untuk En Suami, kalau orang tanya “Eh, encik ada diploma je?”
Silalah jawab “Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg pun tak ada degree dik. Agak-agak berapa harta diorang sekarang?”

Jangan rasa diri hebat. Mati nanti tetap dimakan ulat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.🙂

“I tell people, “Yeah, I went to Harvard University.” What I don’t tell them is I was only there for five minutes delivering a pizza.
” ― Jarod Kintz, The Merits of Marthaism, and How Being Named Susan Can Benefit You

p/s: Ini adalah luahan saya di Mukabuku. Saya salin dan tampal saja di sini. Sebetulnya saya masih lagi tidak berpuas hati dengan pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan jika saya yang mendengar pun panas hati, entah bagaimana agaknya perasaan pakcik dan suami yang ‘terkena’ sendiri. Kasihan adik-adik ini. Baru belajar universiti, sudah rasa diri hebat tahap dewata raya. Orang yang menang Anugerah Nobel pun tak angkuh macam ini agaknya. Alaaaahaaaaaaiiiiiii…….. (-_-“)

 
2 Comments

Posted by on February 10, 2014 in Uncategorized

 

2 responses to “saya manusia paling hebat sebab ada ijazah. *sinis*

  1. hazwan

    February 12, 2014 at 5:36 pm

    soalan camtu ko kena jawab supaya diorang tak berani tanya lagi.
    “kalau ada degree pun, cgpa setakat 2 lebih, ape benda tu?”
    “kalau ada degree tapi kalau nak buat split second decision pun tak reti, ape benda tu?”

    your husband kerja surveyor? land sr ke?
    high five from another surveyor.
    am a quantity sr tho.

     
    • sUe

      February 21, 2014 at 12:47 pm

      yup. my husband is a surveyor.
      but he’s a land surveyor specialized in hydrography.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: