RSS

Sebelum dan selepas

07 Feb

Percintaan itu seperti mendambakan satu baju paling cantik yang pernah kau tengok dalam hidup kau tapi mahal harganya dan kau masih belum mampu beli. Kau pergi ke kedai dan tengok baju itu tiap-tiap hari. Belek dan cuba dan belek dan cuba dan dalam masa yang sama – simpan duit untuk membeli baju itu.

Perkahwinan adalah apabila kau dapat beli baju itu. Kau pakai tiap-tiap hari. Koyak kau jahit. Kotor kau cuci. Tiap-tiap hari kau pakai sampai jadi lunyai. Sampai kau lupa kenapa kau suka sangat baju itu pada mulanya. Baju itu dah menjadi sebahagian dari diri kau. Ia dah jadi kulit kau. Tapi bila baju itu satu hari tiada, baru kau rasa rindu. Baru kau rasa kehilangan.

Alam percintaan adalah segala-gala perasaan untuk memiliki dia yang kau dambakan

Alam perkahwinan adalah apabila dia sudah menjadi sebahagian dari diri kau, menjadi rutin dalam harian kau tapi jika dia tiada, kau mula rasa rindu dan kehilangan.

Cinta sebelum dan selepas kahwin memang tidak sama rupanya.

Tak sama langsung.

Cinta – moga makin mekar dan subur. Moga sentiasa mekar dan subur.

 
1 Comment

Posted by on February 7, 2014 in Uncategorized

 

One response to “Sebelum dan selepas

  1. hatikiara

    February 10, 2014 at 10:27 am

    wow..menarik nampaknya entri ni..kena huraikan lagi rasanya..haha

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: