RSS

Piano

09 Jan

playing-grand-piano

Disebabkan saya telah kuchiwa dalam percintaan 2 tahun lepas, maka saya mengambil keputusan untuk menyibukkan diri sendiri dengan pelbagai aktiviti demi mengubat luka di hati. Wah, rhyme gittew. =P

Antara aktivitinya adalah belajar piano.

Sebetulnya, sudah lama saya berminat untuk belajar piano. Sejak kecil lagi. Tapi memandangkan ibu bapa saya bukanlah orang kaya-kaya yang boleh nak menghantar anak ke kelas piano, berenang, taekwondo, dan segala-macam-mak-nenek-lagi-sampai-macam-tak-ada-life-budak-tu, maka hasrat itu saya pendamkan sahaja.

Ketika sekolah menengah pula, saya masih belum ada duit untuk belajar piano sendiri. Dan malu nak minta duit mak ayah hanya kerana nak belajar piano, padahal banyak benda lain lagi yang perlu diutamakan dulu, maka hasrat itu saya pendamkan lagi sekali.

Sekarang, setelah sudah bekerja dan merasa pegang duit sendiri, barulah saya berani untuk mendaftar ke kelas piano walaupun bermula sangat lewat dan tak tahu lah jika otak saya masih boleh menghadam segala not-not muzik tersebut.

Sekarang lepas setahun, bolehlah dikatakan pengetahuan muzik saya ada kemajuan sedikit berbanding sebelum ini, sepatah halal tak tahu dan not-not muzik hanyalah umpama berudu yang sedang berenang sahaja bentuknya.

Baiklah, apa yang ingin saya ceritakan sebenarnya adalah, apabila saya belajar piano level 1 ini, saya mendapati banyak old folk song atau lagu nursery rhymes yang agak pelik dan tak berapa sesuai untuk kanak-kanak.

Sebagai contoh, lagu ini yang bertajuk As The Hearse Goes By. Liriknya bercerita tentang kematian dan melodinya pun boleh tahan seram.

Have you ever thought as the hearse goes by

That sooner or later you’re going to die?

Yo ho! Yo ho!

They wrap you up in a big white sheet

And drop you down about six feet deep

Yo ho! Yo ho!

The worms crawl in, the worms crawl out,

The worms play pinochle on your snout

Yo ho! Yo ho!

Memang sesuai lagu ni untuk Halloween party. 😛

Ini satu lagi lagu kanak-kanak yang saya rasa agak menyedihkan. Ia tentang seorang lelaki yang kerjanya melombong dan telah kematian anak perempuan yang disayanginya, Clementine kerana mati lemas. Memang liriknya syahdu habis walaupun melodinya rancak. Kalaulah saya belajar lagu ini masa umur 7 tahun, mungkin air mata menitik-nitik sambil petik piano.

Clementine

In a cavern, in a canyon,
Excavating for a mine
Dwelt a miner forty niner
And his daughter Clementine

  • Chorus:

Oh my darling, oh my darling,
Oh my darling, Clementine!
Thou art lost and gone forever
Dreadful sorry, Clementine

Light she was and like a fairy,
And her shoes were number nine
Herring boxes, without topses,
Sandals were for Clementine.

Drove she ducklings to the water
Ev’ry morning just at nine,
Hit her foot against a splinter
Fell into the foaming brine.

Ruby lips above the water,
Blowing bubbles, soft and fine,
But, alas, I was no swimmer,
So I lost my Clementine.

How I missed her! How I missed her,
How I missed my Clementine,
But I kissed her little sister,
I forgot my Clementine.

Ok, saya kongsikan lagu itu di sini supaya kita dapat berasa sedih secara berjemaah. Dan semoga roh Clementine aman di ‘sana’. (T_T)

 
Leave a comment

Posted by on January 9, 2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: