RSS

Rahsia Jodoh

14 Nov

1422627_10201873911883612_792659155_n

RAHSIA JODOH

Berpasangan engkau telah diciptakan
Dan selamanya engkau akan berpasangan
Bergandingan tanganlah dikau
Hingga sayap-sayap panjang nan lebar lebur dalam nyala
Dalam ikatan agung menyatu kalian

Saling menataplah dalam keharmonian
Dan bukanlah hanya saling menatap ke depan
Tapi bagaimana melangkah ke tujuan semula

Berpasangan engkau dalam mengurai kebersamaan
Kerana tidak ada yang benar-benar mampu hidup bersendirian
Bahkan keindahan syurga tak mampu menghapus kesepian Adam

Berpasangan engkau dalam menghimpun rahmat Tuhan
Ya, bahkan bersama pula dalam menikmatinya
Kerana alam dan kurniaan Tuhan
Terlampau luas untuk dinikmati sendirian

Bersamalah engkau dalam setiap keadaan
Kerana kebahagiaan tersedia,
Bagi mereka yang menangis
Bagi mereka yang disakiti hatinya,
Bagi mereka yang mencari,
Bagi mereka yang mencuba
Dan bagi mereka yang mampu memahami erti hidup bersama
Kerana mereka itulah yang menghargai pentingnya
orang-orang yang pernah hadir dalam kehidupan mereka

Bersamalah dikau sampai sayap-sayap sang maut meliputimu
Ya, bahkan bersama pula kalian dalam musim sunyi
Namun biarkan ada ruang antara kebersamaan itu
Tempat angin syurga menari-nari di antara bahtera sakinahmu

~Khalil Gibran

 

 
5 Comments

Posted by on November 14, 2013 in Uncategorized

 

5 responses to “Rahsia Jodoh

  1. hazwan

    November 26, 2013 at 1:31 pm

    congratulations on your wedding buddy. welcome to the club.
    really sorry sebab tak dapat datang.

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:50 am

      It’s ok pal. =)
      Thanks for the wish. Hehehe!🙂

       
  2. ainunlmuaiyanah

    December 1, 2013 at 12:03 am

    Awakkk tahniah untuk penikahan ini. Saya mendoakan semoga kekal hingga ke syurga…. Sob sob, kenal awak dan blog ini dari student, sekarang dah jadi isteri orang🙂

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:49 am

      Hahaha. Terima kasih! (^_^)
      Memang dah lama kita kenal di alam maya kan???
      Dari zaman belajar sampai dah kerja…huhu.
      p.s: Saya add awak dalam fb. Barulah tahu rupa cik ainun yang selama ni kenal online je. Heeeee…😉

       
  3. CAHAYA MATA

    January 20, 2014 at 11:06 am

    comelnya cik sue….!! hehehehe… Selamat Pengantin Baru tau..🙂

    suka puisi ni.. dah copy paste kat fb saya.. hehehe..
    selamat melayari alam perkahwinan.. selamat berbahagia.. selamat bercinta…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: