RSS

refleksi

25 Oct

Hari ini Diana Amir akan melangsungkan pernikahan. Dengan mahar sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran. Dan hanya sekitar 250 orang jemputan.

Jujurnya, ini membuatkan saya menyelidik balik ke dalam diri dan berfikir panjang2.

Kadang2 dalam keterujaan kita (iaitu saya) membuat persiapan perkahwinan, kita terlupa apa yang palling penting, dan apa yang sebenarnya kita mahu.

Mahu menghalalkan sebuah ikatan, atau mahu bermegah dengan rakan taulan?
Mahu menyempurnakan separuh iman, atau mahu menghebah jumlah hantaran?
Mahu meramaikan umat Nabi Akhir Zaman, atau mahu bermewah membazir disorak syaitan?

Diana Amir membuatkan saya malu dengan diri sendiri. *haih*

Apa-apa pun, mahar saya sudah ditetapkan.
Persiapan sudah pun siap separuh jalan.
Saudara-mara pun ramai menghulur bantuan.

Saya tidak tahu berapa banyak dosa dan pahala yang keluar masuk di dalam proses beberapa bulan ini.
Saya cuma mampu berdoa, semoga majlis itu nanti, bagaimana pun keadaannya, semoga mendapat redha Tuhan.
Dan dosa2 saya, sama ada sengaja atau tidak sengaja, segala kekhilafan, kealpaan, kelalaian, kelemahan itu, moga-moga Tuhan ampunkan.

“Sometimes we are too focused on a wedding, that we loose sight of what really matters. A MARRIAGE”

 
Leave a comment

Posted by on October 25, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: