RSS

Kronologi Ogos 2013

28 Aug

Bulan Ogos untuk tahun ini. Macam-macam perkara berlaku. Ini secara kronologi, seringkas mungkin.

1 Ogos 2013

Genap 2 tahun bekerja di Kuala Lumpur. Cepat sungguh masa berlalu. Untuk seseorang yang pernah belajar dan bekerja di tempat yang aman damai tenang sunyi seperti Gambang, Taiping dan Seri Iskandar, sememangnya menetap di KL adalah satu kejutan budaya buat saya.

kuala-lumpur-HDR

Antara yang membuatkan saya agak terkejut masa mula-mula menjejakkan tapak kaki di sini adalah:

  • The traffic jam. Ya Tuhan, unbelieveable. Di Taiping, saya cuma mengambil masa 7 minit untuk ke tempat kerja. Di sini saya perlu bertolak 30 minit / sejam lebih awal.
  • Adalah perkara biasa rupa-rupanya, untuk melihat jalan raya sudah penuh dengan kenderaan seawal 6.30 pagi. Jika di Taiping, kau masih boleh berguling-guling atas jalan pukul 7.00 pagi.
  • Sumpah, saya tak pernah tengok manusia yang begitu gila shopping sepertimana di KL. Seolah2 setiap warganya telah diprogramkan minda untuk menjadi hilang akal ketika musim sales. Saya melihat ini ketika singgah di Jusco untuk membeli sepasang stokin dan….humang aih, manusia ramai tak hengat. Rupa-rupanya hari itu adalah AEON JCard Day. Ouh-kay…Macam itu rupanya.
  • Lelaki dan perempuan boleh duduk serumah dan sesuka hati mengiklankannya di Mudah.My.
  • Kuala Lumpur adalah syurga pusat membeli-belah. Saya agak terkesima melihat besar-besar gedabak dan bersepah shopping complex di sini.
  • Kos sara hidup – tinggi tak ingat. Saya sewa sebuah rumah teres setingkat dengan harga RM150 di Taiping. Tapi jumlah sebanyak itu tak mampu lagi nak bagi kau sebuah bilik kecil di flat sempit.
  • Malam di Kuala Lumpur – heaven. Saya suka pemandangan KLCC waktu malam. Tengok banyak kali pun tak jemu.
  • Mindset MYOB (Mind Your Own Business) yang tinggi di antara warganya. Bersepah2 kereta rosak di tepi jalan, tapi jarang sangatlah tengok orang berhenti dan membantu. (termasuklah saya =P)

Ok, itu saja kejutan budaya saya. Tapi sekarang macam dah lali kot dengan keadaan di sini.

Tempat kerja yang sekarang – awesome. Cuti banyak, kawan-kawan best, boss sempoi, selalu ada makan-makan, flexible hours, ada insuran perubatan, etc etc. Seriously, no complaint at all. I’m happy here. (^_^)

8 Ogos 2013

Hari Raya Aidilfitri. Saya menyambutnya dengan baju raya 2 tahun lepas. Cuma duduk di kampung, melayan tetamu dan menghabiskan kuih raya. Ada juga beraya ke beberapa buah rumah, tetapi seperti biasa, semakin tua ini, raya semakin tiada jiwa.

12 Ogos 2013

Hari jadi dia. Yes, he’s a Leo guy. Lahir sama bulan dengan saya. Tak ada sambutan apa-apa. Saya belikan t-shirt sahaja (hadiah untuk lelaki yang paling mudah) dan mug bentuk lensa kamera. Dan ucapan hari jadi di dinding mukabuku.

A year older, and a year wiser.🙂

images (1)

17 Ogos 2013

Selamat menjadi tunangan orang. Masih lagi tidak percaya sampai sekarang. Malah saya sendiri tidak tahu apa bezanya sebelum dan selepas bertunang.

Benarlah, jodoh itu sungguh misteri dan kerja Tuhan itu memang hanya rahsia Dia. Saya sangkakan saya akan bertemu jodoh dengan seorang lelaki dari masa lalu. Mungkin rakan satu sekolah rendah atau sekolah menengah atau satu universiti, zaman diploma atau ijazah, atau mungkin, rakan satu tempat kerja sama ada kerja tetap atau sambilan.

Tapi tidak.

Garis takdir kami tidak pernah bertemu. Dia bersekolah, belajar dan bekerja di tempat lain dan kami tidak pernah terserempak di mana-mana. Dia tidak pernah ada dalam kanvas kenangan saya. Saya tidak pernah mengenali lelaki ini sehinggalah diperkenalkan pakcik pada Januari lalu. Dan tiba-tiba, saya sudah pun menjadi tunangan dia.

Walaupun perkenalan kami sangat singkat, tapi saya yakin, InsyaAllah, dialah orangnya. :) *ada kupu-kupu mabuk minum 2 liter Coke berterbangan dalam perut*

DSC_0337

23 Ogos 2013

Hari ulang tahun kelahiran saya.

Masih tidak tahu menunggang motosikal. Masih tidak tahu berenang. Masih tidak suka memakai kasut tumit tinggi dan tali pinggang keledar. Masih menjadi penagih tegar kicap. Masih pengidap selsema sepanjang tahun. Masih tidak pandai (baca: malas) memasak. Masih suka tidur. Masih bersin sebanyak 8 kali tanpa henti. Masih belum berpeluang menaiki belon udara panas. Masih meminati Orlando Bloom.

Dan paling penting, masih hidup dan bernafas hingga kini.

Alhamdulillah, genap 29 tahun mendapat nikmat wujud yang dianugerahkan Tuhan.

Terima kasih Ya Allah,

Atas setiap detak jantung, atas setiap hela nafas, atas setiap denyut nadi,

Dari dulu, hingga kini. Selama 29 tahun, tanpa henti.

Syukran Alhamdulillah.

images

24 Ogos 2013

Pukul 5.30 pagi. Saya mendapat panggilan telefon daripada ibu. Dalam esak tangis yang tertahan-tahan, dia memberitahu Anas Sufyan, anak saudara saya yang berusia 3 tahun itu, dimasukkan hospital kerana terminum thinner! Ya Tuhan, hampir pengsan saya mendengarnya.

Saya hubungi kakak. Sekadar menghantar mesej kerana tidak mahu mengganggu emosinya dengan panggilan telefon. Daripada balasan kakak, Anas masih sedar cuma suhu badannya naik mendadak. Doktor masih mengawasi suhu badannya kerana risau kemungkinan terkena jangkitan radang paru-paru.

Kakak berpesan, pada mak dan saya, untuk solat hajat mendoakan kesihatan anaknya. Saya pun berdoa, tak putus-putus supaya Anas tidak apa-apa.

Kata kakak, dia penat dihujani soalan orang sekeliling dan juga oleh doktor yang merawat “Macam mana boleh minum thinner??”

Kata kakak lagi, kalau dia tahu bagaimana, tentulah perkara itu tidak akan terjadi. Katanya, dia sedang mandi. Suaminya sedang tidur. Ibu dan bapa mertuanya juga tidak ada. Pekerja yang mengecat pagar rumah itu meninggalkan thinner di pagar.

Sedar-sedar mulut Anas sudah kebiru-biruan dengan bau thinner yang kuat menusuk keluar dari mulutnya.

Barulah saya faham akan perasaan ibu-ibu yang tertinggal anak di dalam kereta sampai meninggal. Mungkin mereka juga rasa penat dan nak mengamuk dengan soalan2 masyarakat yang tidak faham2 bahawa manusia ini fitrahnya lalai dan cuai.

“Macam mana boleh lupa anak dalam kereta?”

Seriously, kalau ibu-ibu ini tahu jawapannya, tentulah perkara itu tak akan terjadi. Tidak ada ibu di dunia ini yang mahu anaknya ditimpa malapetaka dan bencana. Tidak ada ibu yang sengaja tinggal anak dalam kereta. Tidak ada!

Masalahnya, manusia ini pelupa. Kadang-kadang tercuai. Jadi, cukup2lah membebani jiwa ibu-ibu ini dengan soalan2 kamu yang tak membina itu. Cukup2lah menambah rasa bersalah dalam dirinya. Cukup2lah mendera perasaan mereka yang sudah sedia gundah gulana.

Ya, mereka lupa. Mereka cuai. Mereka lalai. Tapi, itu tidak bermakna mereka tak sayangkan anak mereka.

Terbaru tentang Anas, saya baru dapat tahu, dia sudah dikeluarkan dari wad. Tapi suhu badannya masih tinggi.

Anas, Mak Ngah doakan Anas cepat sembuh dan harapnya tak ada apa-apa. *peluk erat cium banyak kali*

anas

Itu saja Ogos 2013 yang saya lalui. Berdebar, teruja, gembira, sedih, risau – segala-galanya bercampur baur menjadi satu. Harapan saya moga masih hidup untuk menempuh Ogos 2014 pula.

Amin.

 
4 Comments

Posted by on August 28, 2013 in famili, Kerja, Peribadi

 

4 responses to “Kronologi Ogos 2013

  1. CAHAYA MATA

    September 2, 2013 at 3:01 pm

    semoga menjadi tunangan yg baik ye Cik Sue… selamat berdarah manis.. jaga diri okehh..🙂

    semoga juga Anas cepat sembuh seperti sedia kala.. dan coretan ini jadikan lah peringatan utk ibu bapa di luar sana… Ya Allah.. ngeri baca kes-kes macam ni…😦

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:28 am

      terima kasih puan cahaya.
      Alhamdulillah, dah selamat bergelar isteri dah. Huhu.

       
  2. hazwan

    September 6, 2013 at 3:19 pm

    i hope this year’s was better than last year’s.
    and i pray next year’s will turn out better.
    insya allah buddy.

    and i pray for your nephew’s speed recovery. cute chap.

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:28 am

      Thank you very much hazwan!
      I hope so too.
      BTW, my nephew dah ok dah skrg.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: