RSS

Apabila hati wanita sudah penat.

18 Aug

Kau ada paranoia yang aneh.

Iaitu kau akan sentiasa risau berganda-ganda jika orang yang kau sayang perlu pergi ke sesuatu tempat dan menempuh perjalanan yang lama.

Ini kerana kau masih ingat wajah nenek yang jatuh terduduk dan menangis sambil beristighfar “Ya Allah anak aku, anak aku Ya Allah” bila mendapat panggilan telefon yang mengatakan Pak Su kemalangan motosikal 20 tahun yang lalu.

Ini kerana kau dapat bayangkan betapa hancurnya hati makcik bila dapat tahu anaknya meninggal akibat kemalangan pada malam hari raya, beberapa tahun yang lalu.

Ini kerana, kau sudah tengok berpuluh drama melayu yang ada babak ini – panggilan telefon berdering, pelakon angkat telefon, kemudian muka terkejut sambil berkata “Apa? Dia kemalangan??”, gagang telefon terlepas, dan pelakon mengongoi sedih.

Jadi, seboleh-bolehnya kau tak mahu melalui keadaan yang sama. Oleh sebab itu, kau amat particular pasal ini. Kalau keluarga kau pulang ke kampung naik kereta, menempuh perjalan yang beratus kilometer, kalau tidak mereka yang telefon kau, mesti kau yang akan menghubungi mereka. Bertanya sudah sampai atau belum. Dan kalau gagal dihubungi, kau akan cuba juga, berkali-kali sampai dapat. Walau kau terpaksa berjaga sampai pukul 4 pagi.

Begitu juga dengan diri kau. Kalau kau perlu memandu jauh, kau akan terus maklumkan pada keluarga yang kau sudah selamat sampai. Supaya mereka juga tidak perlu risau.

Jadi, apabila seseorang yang sudah kau nobatkan sebagai antara manusia yang kau sayang mahu menempuh perjalanan dari utara ke selatan, perlu melalui beberapa buah negeri di antaranya dengan jarak beratus kilometer, paranoid kau pun kembali.

Kau tinggalkan mesej seperti biasa, meminta dia agar memberitahu diri ini andai sudah tiba ke destinasi.

Dia bertolak tengahari dan sepatutnya sampai petang. Kau tunggu sehingga malam. Masih tiada apa-apa berita. Kau telefon berkali-kali tetapi dimasukkan ke mel suara. Kau tinggalkan beberapa mesej bertanya lagi dan lagi, tetapi mesej juga tidak dapat disampaikan sebab mungkin, handphonenya kehabisan bateri.

Kau tunggu lagi. Mungkin bila dia sudah sampai, dia akan cas handphonenya dan terus menghubungi dan maklumkan pada kau yang dia sudah selamat sampai. Lagipun kau tak mahu terlampau kerap menghubungi kerana tidak mahu di’cop’ wanita psycho atau over possessive sampai merimaskan dirinya.

Jadi kau pun tunggu. Dan tunggu.

Sampai tengah malam, kau mula risau. Kau telefon dia lagi tapi masih tidak dapat. Kau telefon adiknya yang bersama dengannya dalam perjalanan, tapi tidak berangkat. Kau tinggalkan mesej, tidak berbalas.

Kau panik. Darjah paranoid kau naik mendadak. Kau mula terbayang benda bukan-bukan.

Macam mana kalau dia kemalangan tapi keluarganya lupa nak beritahu kau, dan kau cuma dapat tahu seminggu kemudian?

Macam mana kalau kereta dia terbakar dan mayatnya tak boleh dikenal pasti kerana semua dokumen pengenalan diri pun terbakar, dan dia sekarang terbaring di bilik mayat hospital, tanpa dituntut keluarga dan diberi nama “John Doe”?

Macam mana kalau keretanya jatuh gaung dan tak ada siapa yang lalu dan berikan bantuan?

Dan segala macam andaian negatif bermain dalam fikiran kau.

Kau tidur pukul 1 pagi dengan handphone di tangan dan terjaga pukul 3 pagi. Kau mimpi buruk tentang dia. Kau bangun dan ambil wuduk. Buat solat hajat minta tolong pada Tuhan lindungi dia dan keluarganya. Kerana kau masih belum bersedia untuk hidup tanpa dia, jadi kau merayu sangat2 pada Tuhan, dengan linangan air mata, meminta agar Tuhan hantarkan seribu malaikat memayungkan dia dari segala bencana dan malapetaka.

Kau telefon dia lagi, masih tidak dapat.

Tiba-tiba kau terfikir untuk hubungi nombor kedua dia, yang jarang-jarang dia guna dan selalunya nombor itu kau tak dapat tembusi pun sebenarnya.

Pukul 3.30 pagi, kau dail nombor itu. Kau betul-betul tak sangka, ada nada dering di hujung talian. Kau diam dan menanti.

Tiba-tiba kau dengar suara mengantuk dia berkata “Hello…..”

Kau diam. Dan kau letakkan telefon tanpa berkata apa-apa.

Kau pergi basuh kaki dan tidur. Cuba untuk tidur walau mata kau sudah macam empangan pecah. Bantal kau basah dek air mata kau yang tumpah. Kau lega sebab dia selamat, tapi hati kau pecah belah.

Payah sangatkah untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai? Susah sangatkah untuk menaip 3 patah perkataan di mesej yang berbunyi “Saya sudah sampai”? Adakah memerlukan kudrat yang terlampau besar untuk menaip cuma satu mesej tersebut?

Untuk satu malam, kau biarkan diri kau berendam air mata. Kau berendam, malah berenang atau mungkin, sudah boleh scuba diving dalam air mata kau sendiri.

Tapi cuma untuk satu malam ini.

Satu malam sahaja.

Esok, kau berjanji pada diri sendiri, tidak akan membazirkan lagi masa, tenaga dan air mata kau untuk merisaukan dia. Amatlah tidak berbaloi.

Kau tidak akan lagi peduli sama ada dia sampai atau tidak, di mana-mana saja destinasi, kau tidak mahu ambil tahu lagi, dan kau mahu berhenti untuk terlalu mengambil berat dan terlalu menyayangi. Tidak perlu. Kerana dia juga tidak ambil berat akan perasaan kau. Jadi, tidak ada guna untuk kau terlalu merisaukan dia melampau-lampau.

Jika dia mahu telefon memberitahu, kau hargai dan ucapkan terima kasih. Jika dia tidak ingat atau lupa, kau juga tidak akan terhegeh-hegeh bertanya. Sebab kau sudah penat untuk merisaukan dia, yang tidak mengambil endah akan kerisauan kau.

Jika (minta dijauhkan), tetapi jika terjadi juga, satu hari kau mendapat panggilan telefon mengatakan dia kemalangan, kau tetap akan memberi reaksi sama macam orang lain juga.

Terkejut, menangis, sedih, hancur luluh hati, kemudian pergi melawat dia di hospital atau di tanah perkuburan – jika sudah sampai ajalnya. Memberikan dia buah tangan dan bunga di atas meja atau membacakan doa di pusara – sekali lagi jika sudah sampai ajalnya.

Dengan berhenti untuk mengambil berat akan keselamatan dirinya, kau sebenarnya sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan, jika terjadi bencana atas dirinya.

Dan bersedia untuk hidup tanpa dia.

 
6 Comments

Posted by on August 18, 2013 in Peribadi

 

6 responses to “Apabila hati wanita sudah penat.

  1. CAHAYA MATA

    August 21, 2013 at 1:38 pm

    faham perasaan berenang-renang dan ber”scuba-diving” dalam airmata tgh malam-malam buta tu… faham sangatttt… tapi.. well, “man from mars, woman from venus” kannn…!! mana la depa kaum lelaki ni faham…. payah nak bagi depa paham…😦

    mcm ni lah, jgn putus asa bagi kasih sayang dan perhatian kita pada org yg kita sayang… mungkin dia tak tahu menghargainya sebab dia tak paham.. tapi kalau kita keep on buat perkara yg sama, nanti lama2 dia akan faham juga..

    bahkan, mungkin itu satu2 hal yang dia paling suka pada kita.. yg tak ada pada org lain yg dia jumpa..🙂

    *jgn hidup dalam penafian lah…tak elok..sejauh mana sangat kita “bersedia hidup tanpa dia”..cakap kt mulut boleh laaaa…hehehehe…🙂

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:33 am

      wahh…nice advice puan cahaya.
      terima kasih banyak2!!
      skrg ni pun saya tengah baca men are from mars and women from venus tu.
      sebab nak fahamkan macam mana otak lelaki ni berfikir.
      haha!

       
  2. misz inz

    August 25, 2013 at 3:34 pm

    kak sueee~~~ sy phm perasaan tuu…huhu.. kita perempuan memang selalu macam tu sebab cara kita dibesarkan begitu. but not with guys usually.

    it takes time for them to change and get use to our overly concern nih. huhu. kena banyak3 bersabar and discuss blk dgn dia. (selalunye sy akn luahkn lepas die perasan dan minta maaf). kalau tak, harapanla. hihi.

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:32 am

      nabila pun sama ek?
      memang perempuan macam ni kot.
      sebab tu kita ni boleh jadi ibu, sebab kita concern in every trivial matters.
      kalau bandingkan ayah dan ibu, memang ibulah yang akan lebih2 take care pasal benda-benda yg nampak kecik dan mudah kan?
      kadang2 tu kena ingatkan balik diri ni, yg lelaki dan perempuan memang takkan sama.
      huhu!

       
  3. Azhan Uthman

    August 29, 2013 at 7:03 pm

    bukan tak peduli, cuma serius terlupa. dan sendiri tak tahu kenapa terlupa.

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:29 am

      memang lelaki selalu pelupa kot benda2 macam ni.huhu.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: