RSS

Awek Chuck Taylor (satu)

14 Aug

ACT-Kaver-Baru

Jadi, saya pun membeli buku Awek Chuck Taylor ini. Dan menghabiskannya dalam masa sehari. Sampai berpinar-pinar bijik mata nak tahu apa kesudahan buku ni. Secara jujurnya, tak berniat pun nak beli. Tapi, lepas  merayau2 di MPH, tiba-tiba macam berminat pulak nak beli sebab dia letak di rak paling depan. Good marketing, by the way.🙂

Saya beli buku ini pun sudah terlambat sebenarnya. Ketika cetakan yang ketujuh. Kalau buku ni adalah nasi, boleh dikatakan saya makan nasi sejuk. But still, sedap.😛

Ada banyak benda yang saya nak tulis tentang buku ini. Tak tahu mana nak mula.

Buku ini memang menarik. Sebab kalau sesebuah buku itu boleh buat saya tak mahu tidur semata-mata untuk menghabiskannya, maka bolehlah dikatakan buku ini ada kuasa magis tersendiri. Kerana jika anda kenal saya, anda akan tahu, tidur adalah perkara yang paling saya cinta, lebih cinta dari makan dan buang air. Sanggup tahan lapar atau tahan buang air kalau dah mengantuk tahap cipan angkasa.

Ok, abaikan tentang tabiat tidur melampau saya itu.

Buku ini mengisahkan tentang Hafiz, dan hubungan-hubungan (memang plural sebab banyak gila perempuan yang hadir dalam hidup mamat ni) cintanya. Tapi, ia lebih memfokus kepada hubungan cinta Hafiz dengan seorang gadis yang suka memakai kasut Chuck Taylor bernama Mira, dan adiknya Nana.

Hafiz, lelaki yang kena repeat STPM sebab kena tendang Universiti, makhluk serabai suka pakai baju bundle, agak menyedihkan sebab sering saja dihimpit kesulitan wang, tidak berapa stabil dari segi ekonomi, tapi agak terror bab-bab hati dan perasaan wanita. Oh, dan dia sangat banyak membaca dan tahu banyak benda bab-bal falsafah, ekonomi, politik, dan benda-benda serius tapi membosankan di dunia ini.

Hafiz bertemu dan bercinta dengan Mira, seorang gadis urban yang cool. She’s into hip hop, skate board, fasih dalam 8 bahasa, belajar taekwondo, judo, muay thai dan capoiera, peminat tegar Celtic, hardcore environmentalist dan agnostik (ok, yang ini tidak cool). Oh, dan Mira ni jugak sangat banyak membaca dan tinggi pengetahuan am.

Peliknya Mira ini adalah, dia garang dan dalam masa yang sama, brutal gila. Dia boleh baling botol nescafe pada orang sebab mengamuk nescafe habis.Dia selamba badak lempang orang dan belasah budak yang nak buli adik dia. Dia baling kek hari jadi sebab mengamuk jugak, dia tunjuk jari tengah pada keluarga yang datang meminang dia, dan dia cabar ustazah yang tak bagi dia masuk kelas sebab tak pakai tudung dengan quote Akta Hak Asasi Manusia apa benda tah.

Mira panggil aku Bie. Alasannya, kalau aku berkelakuan baik, aku dipanggil baby. Kalau aku jahat, aku dipanggil, babi.

Brutal kan minah ni?

Hafiz dan Mira juga, mereka adalah pasangan yang aneh.

Mereka berbual pasal Solidarnosc (whatever it is), Lech Walesa pemimpin Poland menentang kerajaan diktator Stalinist. Mereka boleh bertekak pasal anarki, kapitalis dan segala macam falsafah di muka bumi ini.

Kemudian, ada pula Nana, adik kepada Mira yang totally different 360 degrees daripada kakaknya. Kalau Mira gajah, Nana semut. Kalau Mira siang, Nana malam. Kalau Mira bulat, Nana empat segi. Berbeza tapi saling melengkapi.

Nana lemah lembut, cakap cuma perlu (sebab dia ada masalah gagap), penyayang pada binatang, suka puisi, into poems and arts, agak kebudak-budakan, dan selalu ada masalah kesihatan (asma, alergi kacang, dsb)

Buku ini mengisahkan tentang perhubungan dan konflik yang berlaku apabila adik-beradik ini mencintai orang yang sama iaitu Hafiz. Kesudahan buku ini juga agak menyedihkan.

Beza buku ini dengan buku Alaf 21 atau Ahadiat Akashah adalah, buku ini based on true stories. Kalau kamu mengikuti blog penulisnya Nami, kamu akan tahu siapa sebenarnya Hafiz, Mira dan Nana di dalam buku ini.

Saya ada terbaca dalam Tumblr Nami yang ada orang bukan nak hayati kisah dalam buku ini, tapi lebih kepada nak point out kesalahan tatabahasa dan grammar yang tunggang langgang di dalamnya. Bagi saya, tak ada masalah untuk buku ini ditulis dalam bahasa campur BM-BI, guna ayat-ayat rojak dan sebagainya. Kerana ia adalah satu buku indie dan selalunya, bahasa macam itu lah yang kita guna pun dalam percakapan seharian.

Kecualilah kalau kau adalah salah seorang yang bekerja di Jabatan Pelajaran Negara dan diberi tanggungjawab untuk memilih buku sastera yang sesuai untuk subjek Bahasa Melayu mengikut KBSM sekolah menengah, maka kau akan mendapati buku ini sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan rujukan. Kerana ia penuh dengan cacian, carutan, makian, kesalahan tatabahasa, dan sebagainya.

Tapi, jika kau orang biasa seperti saya, maka baca sajalah buku ini tanpa sebarang prasangka.

Banyak perkara yang ingin saya ulas daripada buku ini. Tapi, nantilah, saya sambung lain kali.

Adieu.

 
4 Comments

Posted by on August 14, 2013 in Buku

 

4 responses to “Awek Chuck Taylor (satu)

  1. hazwan

    August 20, 2013 at 2:59 pm

    besok kau keluar pergi bukit bintang, kau pergi beli jack purcell atau onitsuka
    nanti minggu depan aku start karang buku gadis jack purcell/onitsuka
    selamat hari kebangsaan

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:34 am

      haha. selamat hari kebangsaan jugak.🙂

       
  2. CAHAYA MATA

    August 21, 2013 at 1:31 pm

    yes, citer ni best…!! dah baca.. suka.. puas.. dan dpt banyak ilmu baru…hehehehe…🙂

    err…Jabatan Pelajaran Malaysia kott… ada lagi ke Jabatan Pelajaran Negara….? ngeee..

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:34 am

      hahaha adeh silap plak.
      Jabatan Pelajaran Malaysia eh?
      Main belasah tulis je…hehe

      BTW, citer ni memang best kan? *high five*

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: