RSS

hari membebel sedunia

29 Jul
  • Melayari laptop ayah, saya jumpa laman blog ini berada di bahagian bookmark. Diam-diam, saya padamkannya. Entah kenapa, sampai bila-bila pun rasa tidak selesa itu masih ada, jika ahli keluarga membaca blog ini.
  • Maaf kepada siapa-siapa yang masih bertanya, adakah saya masih menjual buku-buku teks Chemical Engineering zaman belajar dulu. Tidak ada. Saya sudah tidak menjual buku-buku tersebut. Ada yang telah saya jual sedikit, dan selebihnya, biarlah disimpan saja.
  • Ramadhan dah 20 hari. Progress iman – masih nil.
  • Sejak akhir-akhir ini, asyik risaukan mati. Tidak tahu kenapa. Takut mati – tanda masih belum cukup persediaan. Ya, tidak akan pernah bersedia untuk mati. Mengenangkan dosa-dosa yang menggunung itu, hanya mampu berharap diberi peluang untuk mencari jalan pulang. Walau sepuluh ribu kali sesat, tetap mahu pulang. Tetap.
  • Saya selalu serba-salah jika orang2 terdekat ditimpa kesusahan. Tidak tahu bagaimana mahu menenangkan. Kerana saya tidak berada di situasi dia. Tidak berdiri dengan kasutnya. Tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk memberi kata semangat. Kerana khuatir akan dikatakan “kamu tidak faham sebab kamu tidak rasa apa yang saya rasa”. Jadi, apa yang mampu saya lakukan adalah mendengar dan mendengar. Dan berada di situ jika dia memerlukan. Dan memberi sedikit kata-kata perangsang. Harap dia baik-baik saja. Harap semangatnya tidak luntur sepenuhnya. Harap dia bangkit semula. *peluk kuat*
  • Jiwa agak runsing. Entah kenapa.
  • Baru lepas membaca buku ‘Commitment’ dari Elizabeth Gilbert. Ada banyak persoalan yang bermain di minda. Nantilah, lain kali akan saya tulis tentangnya.
  • Tahun ini, seperti biasa tidak ada baju raya. Saya sudah berhenti membeli baju raya sejak 4 tahun lepas. Kerana selalunya, emak yang akan membelikan baju untuk saya sejak kecil sampailah habis belajar. Apabila sudah bekerja, saya jadi malas pula membeli baju raya sendiri. Cuma tahun lepas, saya beli juga, selepas puas dipujuk dan dibebel oleh emak.
  • Tiba-tiba terasa mahu kembali ke UTP. Kali terakhir ke sana 2 tahun lepas. Dengar cerita kawasan Seri Iskandar macam dah banyak kemajuan. Ada Tesco, McD, bagai.
  • Hidup masih lagi rutin. Yang itu-itu juga. Politik masih lagi memualkan. Dunia masih lagi penuh dengan darah dan peperangan. Yang menambah sedikit excitement dalam diri adalah ketika membuat persiapan perkahwinan. Bukan kerana berfikir mahu kahwin, tapi persediaan untuk event itu agak mengujakan. Mungkin saya patut jadi wedding planner satu hari nanti.
  • Saya tak faham kenapa ramai sungguh umat manusia yang beratur di McD semata-mata untuk mendapatkan seketul patung minion yang lepas 3 bulan akan disepah-sepahkan tak tahu letak di mana?
  • Saya suka rumah sewa sekarang. Sudah tak ada masalah lelaki suka hati masuk dalam rumah. Housemates pun ok.
  • Saya agak bosan membeli di bazaar ramadhan. Tapi saya malas masak. Jadi, tak tahu nak berbuka apa. Seorang kawan mencadangkan “Makan saja dinding-dinding rumah tu kalau dah malas tak tahu nak makan apa” Ok, itu sarkastik.😛
 
2 Comments

Posted by on July 29, 2013 in Bebelan saya

 

2 responses to “hari membebel sedunia

  1. Bintang Menyinar

    July 30, 2013 at 3:36 am

    i terharu no.5, i like no.13…

     
  2. Lee

    July 31, 2013 at 10:13 pm

    Hello Sue, this coming to you from Canada. Bahasa saya sebelum Merdeka, da out of tune. But boleh faham 37%, ha ha.
    Its always good to read these books. Knowledge once gained is never lost.
    Salam ceria selalu dan jangan lupa gembira di hati.
    Bagaikan sentiasa kedengaran alunan lagu merdu.
    Lee.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: