RSS

ok, dah keliru.

01 Jul

Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya,

Perlukah wedding photographer yang harga sampai beribu?

Perlukah ada wedding video?

Perlukah?

Nanti adakah akan ditengok balik? Anak cucu akan membelek semulakah? Saya yang sudah berkedut nanti adakah akan mengimbau semula ‘zaman muda’ dengan menyelak album lama?

Perlukah?

Atau saya sahaja yang gatal mahu melompat bandwagon?

Dan bukankah semakin sederhana sesebuah majlis itu, semakin dekat ia dengan redha Tuhan?

Kalau kahwin sebab tangkap basah pun sederhana juga. Ha ha ha!

Ok, tak kelakar.😛

p.s: Saya sebenarnya pening dan hampir terjuling melihat harga-harga perkhidmatan fotografi perkahwinan sekarang ini. Nak cari yang murah tapi berkualiti, memanglah payah. Itu mengada-ngada namanya. *maki diri sendiri*

 
8 Comments

Posted by on July 1, 2013 in Uncategorized

 

8 responses to “ok, dah keliru.

  1. Luqman

    July 1, 2013 at 4:01 pm

    hmm… camne kalau..
    1) guna kamera sendiri.
    2) minta tolong dengan adik beradik, kenalan rapat, saudara saudari cikebum cikebum.
    3) beri mereka hadiah penghargaan.

    ape pendapat saudari?

     
    • sUe

      July 2, 2013 at 9:53 am

      hahaha boleh jugak idea itu.

      nanti saya cari “saudara-saudari-cikebum-cikebum” yang boleh memberi pertolongan.

      hak hak !😀

       
  2. hazwan

    July 1, 2013 at 6:02 pm

    belanja ikut kemampuan dik..ece
    jangan terlalu go with the flow.
    mari aku bagi contoh keadaan.

    1. kejap lagi ramai orang tanya “suhaila haritu aku tak sempat datang kenduri kau, bole tengok gamba?” dan mungkin jugak kejap lagi your in-laws-to-be akan tanya “siape yang pakai baju sekian-sekian warna yang duduk sebelah sekian-sekian haritu?” maka tu la fungsi gambar kawin. it happened to me before. senang aku nak cari muka sape bila orang tanye pasal sedara belah aku.

    2. wedding photog perlu sebab besok takkan kau nak suruh sedara kau jadi tukang amek gamba sebab musti dan jatuh wajib diorang akan dikerah buat benda lain (bagi goodies, running errands, pengiring, datang lambat bla bla). so maybe akan ada special moments yang terlepas apabila kau mintak orang multitasking.

    if you need wedding photog services, photomalaysia.com have a handful of choices for start

    cheers🙂

     
    • sUe

      July 2, 2013 at 9:55 am

      yes, that’s a valid reason bro.
      cuma yelah, tengok harga wedding photog yang aku dah riki2, agak sadis jugak bunyinya.

      skrg still contemplating nak pilih mana satu.
      yang berkualiti dan berbaloi dengan harga.

      btw, thanks a lot for the website.
      i’ll definitely check it out.🙂

       
  3. ainunlmuaiyanah

    July 2, 2013 at 10:07 am

    Ehem, kena ada wedding fotografi walaupun kawan sendiri. hiks🙂 supaya orang jauh macam saya boleh tengok keanggunan kamu jadi raja sehari L) ambil yang amatur pun kadang kala kualitinya OK. (Eceh, walhal tak pernah pun cari wedding fotografi)

     
    • CAHAYA MATA

      July 3, 2013 at 11:46 am

      yessss….!!
      saya pun nk tgk jgk cik sue jd permaisuri….🙂

       
  4. CAHAYA MATA

    July 3, 2013 at 11:45 am

    ye, cik sue…
    ambil la khidmat professional.. untuk kenang-kenangan diri sendiri.. lagipun bila ada professional fotografi ni, majlis jadi lebih meriah.. semua nak masuk dlm frame… hehehehe… *jangan lupa gambar free style… ewaahhh…

    selalu yg mahal tu sbb jenis album yg dipilih.. tak payah la pilih yg kaca ke segala.. yg biasa pun okey.. yg penting kualiti gambar dan shot2 menarik yg sebenarnya bergantung penuh pd kemahiran professional fotografi…🙂 and selalunya sekali dgn pakej tu dia akan print kan gambar size besar skali dgn frame utk kita gantung kt dinding.. tp saya x ambik yg tu sbb mmg x nak gantung2 gambar kahwin kt umah/bilik..

    satu lagi, selalu yg mahal tu sebab dh dipakejkan.. sekali dgn pre-wedding lah.. outdoor lah.. video nikah lah.. hehehehe.. macam saya dulu, x de pun semua tu.. pre-wedding memang x kan ada lah.. haram.. outdoor pun xde sebab kami dua2 x suka bergambar.. tp video nikah tu, dulu x trend lagi so kami x ambik.. skrng rasa nak patah balik ke 2010, nk ambik video nikah…boleh…? hahahaha..

    kenangan tu cik sue.. kenangan..
    *dan ubat pujuk hati bila gaduh2 manja dgn suami nanti… hahahaha.. bila sakit hati, cepat2 buka album kawin.. pas tu senyum sorang2… then, ok la.. x jadi gaduh dah… ngeeee…🙂

    but hati2 ye cik sue.. sekarang bnyk kes photographer penipu.. habis ribu2 tp gambar tak kunjung tiba.. kena buat research skit okeh..🙂 kalau nak saya suggestkan, try click sini http://www.hardyharun.com >> kawan satu opis dgn saya ni.. insyaAllah leh runding harga, ikut bajet cik sue…🙂

     
  5. CAHAYA MATA

    July 3, 2013 at 11:49 am

    pembetulan…!!

    err.. pre-wedding tu bukanlah HARAM seperti yg saya maksudkan.. kalau buat cara elok, x de lah haram… hehehehe… maaf.. maaf.. maaf… *silap saya.. ampun..🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: