RSS

Dan benarlah sesungguhnya jodoh itu rahsia Tuhan

28 Jun

Dia itu baru saya kenali. Dia datang menyapa di awal Januari. Kemudian mendiamkan diri dan menyepi tanpa berita selama 2 purnama.

Kemudian, muncul pula secara tiba-tiba ketika April menjelma.

Dan kini kami dalam perjalanan mahu menguatkan hubungan ke sebuah ikatan yang sah, hujung tahun ini.(InsyaAllah…amin)

Kiranya, jika dicampur didarab ditolak bahagi, usia perkenalan kami tidak sampai 2 bulan, terus sahaja berjumpa ibu bapa, dan kemudian terus sahaja mahu menuju ke alam perkahwinan, tentunya jika diizin Tuhan.

Sebetulnya saya sangat bersyukur. Kerana usia perkenalan kami tidak lama, dan terus sahaja kami mengambil keputusan untuk ke peringkat seterusnya. Ini kerana, Tuhan saja yang tahu, betapa penat, letih, lelah, jemu, dan jelaknya saya dengan perhubungan cinta lama-lama-lama-lama tapi akhirnya tidak kesampaian.

Jadi, saya sudah menyimpan hasrat di dalam hati. Cukuplah berkenalan dan bercinta sekejap saja, dan selebihnya, bercintalah lagi selepas sah menjadi suami isteri pula.

Saya juga bertanya, banyak kali, berpuluh kali, kepada diri sendiri. Apakah betul keputusan ini? Benarkah dia jodoh yang saya cari? Apa betulkah dia yang tertulis sebagai suami? Betulkah namanya yang ditakdirkan dengan saya sejak azali?

Dan saya juga tertanya-tanya – adakah saya sudah terdesak, mahu dikaut dan dihangkut sahaja sesiapa yang sudi, kerana sudah terlampau jemu bersendiri? Dan lebih-lebih lagi mengenangkan usia yang bukanlah semakin muda, lantas saya tidak kisah berkahwin dengan sesiapa sahaja yang melamar saya?

Berkali-kali saya tanyakan soalan ini.

Dan semakin hari saya semakin pasti. Bukanlah kerana terdesak. Bukanlah kerana risau. Bukanlah kerana bimbang atau gusar akan usia sendiri. Tapi, sebenarnya, kami memang benar-benar serasi. Dan sememangnya, dia telah membuat saya tersungkur berdebuk-debuk jatuh hati. Dan sungguh, apabila yang dikata jodoh itu sudah tiba, kamu tidak akan ragu-ragu lagi.

Dan saya sangat pasti, cuma wajah dia yang mahu saya tatap, setiap waktu setiap ketika setiap hari setiap minggu setiap bulan setiap tahun setiap dekad setiap abad.

Jadi, dalam perjalanan ini,ย untuk menoktahkan sebuah pencarian, untuk menamatkan sebuah penantian,

Saya berdoa, semoga Tuhan permudahkan segala urusan.

Dan semoga dapatlah kami menyempurnakan separuh iman.

Amin.

 
9 Comments

Posted by on June 28, 2013 in Peribadi

 

9 responses to “Dan benarlah sesungguhnya jodoh itu rahsia Tuhan

  1. hatikiara

    June 29, 2013 at 1:42 pm

    Alhamdulillah. Akhirnya giliran kak sue. gembiranya dapat tau berita ni. Sungguh, semuanya rahsia Allah. Its will reveal at the perfect time. Happy for you darling sister!!

     
    • sUe

      July 2, 2013 at 9:50 am

      Terima kasih syuk sayang..
      Doakan untuk kak sue ye? Moga-moga dipermudahkan segalanya.
      Kak sue jugak doakan syuk jumpa jodoh yang dicari.
      Jangan putus asa. Tuhan dengar doa kita, cuma Dia suruh tunggu sebab nak jumpakan dgn yang terbaik.
      Take care and happy always dear…๐Ÿ™‚

       
      • hatikiara

        July 24, 2013 at 3:21 pm

        sebak pulak baca kak sue reply. love u lots kak sue. U too take care.

         
  2. ainunlmuaiyanah

    June 30, 2013 at 2:06 pm

    Sue, akhirnya. Saya fikir saya juga mahu begitu๐Ÿ™‚ tahniah sayang๐Ÿ™‚

     
    • sUe

      July 2, 2013 at 9:51 am

      terima kasih cik yana.
      ya, moga2 awak juga begitu.
      Amin…๐Ÿ™‚

       
  3. anis

    July 1, 2013 at 12:07 am

    tahniah kak sue

     
    • sUe

      July 2, 2013 at 9:51 am

      thanks anis!๐Ÿ˜€

       
  4. CAHAYA MATA

    July 3, 2013 at 11:30 am

    assalamualaikum…

    alhamdulillah dan tahniah… akhirnya… hehehehe..
    (jap nak lompat bintang 20 kali)

    hehehehe… semoga semua dipermudahkan cik sue.. enjoy saat perit jerih membuat persiapan kahwin ni ye.. seksa.. tapi sungguh bermakna.. dan akan diingat sampai bila2.. expecially bila kahwin “express” mcm kita-kita ni… banyak dugaan nanti.. tp percayalah dugaan itu semua akan mematangkan kita dan memberi nilai tambah utk ikatan suci yg akan diikat nanti..

    InsyaAllah… saya doakan yg baik2 utk kamu dan si dia…๐Ÿ™‚

     
  5. misz inz

    July 12, 2013 at 1:07 pm

    salam.

    Kak sue!! saya minta maaf sebab walaupun berita nih dah basi saya baru mahu komen.๐Ÿ™‚

    im so happy for you kak sue! alhamdulillah. saya doakan yang terbaik untuk kak sue dan bakal..ehe..

    jgn lupe jemput!๐Ÿ™‚

    doakan sy & syuk ye kak sue. moga dimudahkan urusannya juga..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: