RSS

Setelah 2 bulan

15 Jun

1. Saya tahu, sudah terlalu lama jari-jari saya tidak menari di aksara, menabuh gendang kata-kata sehingga mereka jadi canggung untuk berdansa.

2. Saya juga sedia maklum, bahawa sudah terlalu amat lama saya meninggalkan blog ini, sesuatu yang dahulu cukup dekat di hati, yang mampu membuat saya kecil hati jika hobi menulis blog ini diperkecil-kecil, yang mampu membuat saya menunduk malu jika perihal blog ini diperkatakan oleh rakan-rakan sepejabat, kerana blog ini adalah teman saya, tempat saya meluah segala rasa.

3. Dan ya, saya tahu, apabila saya mengabaikan blog ini, secara tidak langsung saya juga tidak mempedulikan kamu yang mengikuti blog saya ini (walau mungkin, bilangannya sedikit cuma)

4. Jadi, ya, saya mohon maaf. Membiarkan blog ini sepi tanpa berita dan cerita. Ah, rindu benar saya pada kamu. Ya, kamu yang membaca. Terima kasih. Kerana masih sudi menjenguk di sini. Walau ia terbiar kosong dan sepi.

5. Sebetulnya, terlalu banyak perkara berlaku kepada saya sepanjang April dan Mei ini. Tidak tahu saya dimana harus saya mulakan. Otak saya sarat dengan peristiwa dan cerita yang berebut-rebut mahu keluar untuk dirakamkan di sini, sehingga sukar untuk saya pilih mana satu yang harus saya dahulukan.

6. April dan Mei – kedua-dua bulan ini menghadiahkan saya seribu suka, sejuta gembira, sepuluh juta bahagia, dan infiniti nikmat yang tak terhingga. Terlalu banyak perkara yang terjadi, sukar untuk saya coretkan semua di sini.

Nanti-nantilah, ya?🙂

 
4 Comments

Posted by on June 15, 2013 in Uncategorized

 

4 responses to “Setelah 2 bulan

  1. Luqman

    June 15, 2013 at 7:26 pm

    2 bulan ke? Sy rasa dah mcm dua tahun =]
    Komen yg x membina. Sori

     
    • sUe

      June 18, 2013 at 6:32 pm

      hahaha…

      tak apa. insyaAllah, saya akan update dengan lebih kerap lagi.
      tak mahu kamu ternanti-nanti. (cewah!)😉

       
  2. hatikiara

    June 21, 2013 at 9:31 am

    kak sue, lame gile hilang. g mane? cepat2 update blog yeee

     
    • sUe

      July 2, 2013 at 9:47 am

      ye syuk!!
      sekarang tgh berusaha mengupdate blog dengan gigihnya.

      hahaha!😀

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: