RSS

Saya dan ekzema.

23 Mar

Saya mula mengalami gatal-gatal di bahagian pelipat tangan ketika usia saya 22 tahun. Semasa mula-mula saya masuk ke UTP. Dan perkara itu makin teruk setiap kali perubahan cuaca (terlalu sejuk atau terlalu panas), tahap stress yang melampau (waktu final exam) , dan ketika badan berpeluh.

Gatal di bahagian pelipat tangan ini pada mulanya hanyalah seperti setompok ruam, tetapi makin lama, apabila digaru, ia merebak dan membesar menjadi seperti peta dunia di tangan saya. Dan perasaan gatal ini adalah tidak dapat digambarkan. Orang yang gatal nak kahwin pun rasanya tak gatal macam ni.

It is so unbearable, believe me.

Semakin saya garu, semakin gatal dan kadang-kadang sehingga berdarah-darah tangan ini saya kerjakan. Saya mencuba cold pack atau tuala yang direndam air panas untuk mengurangkan rasa gatal, tetapi tidak berkesan. Dan kepuasan yang tidak terhingga saya kecapi hanya dengan menggaru dan menggaru hingga luka. Kadang-kadang, kerana tidak tertahan penderitaan yang saya alami (ceh ceh) hingga saya terfikir untuk mengelar tangan dengan pisau, dan memerah air limau ke atas luka itu, untuk menghilangkan rasa gatal yang amat-tak-tau-nak-cakap-rasa-macam-nak-menggelupur-pun-ada.

So, you get the picture how itchy my arms were during that time.

Saya sudah berjumpa dengan doktor dan ahli farmasi, dan pelbagai sebab yang saya dapat. Kurang vitamin C, kurang air dalam badan, terlampau stress menyebabkan perubahan hormon, dan lain-lain. Mereka memberikan krim putih ( yang saya dapat tahu namanya cortisone) yang akan menyebabkan kulit saya pulih, tapi cuma untuk beberapa minggu, dan penyakit tersebut akan datang semula, dan saya terpaksa terus menerus menyapu cortisone.

Jadi, apabila saya berjumpa seorang doktor yang baik hati, pada usia saya 28 tahun (selepas lebih 6 tahun mengalami kegatalan tersebut), alangkah terkejutnya saya apabila, dengan hanya melihat sekali sahaja ruam di tangan saya, beliau menggeleng-geleng kepala dan berkata:

“My dear friend, what you have here is ECZEMA”

Hah??? Apakah??

Ia seperti halilintar membelah kepala tatkala mendengar perkataan tersebut. (wah, hiperbola gila) Saya ada kawan yang mengidap eczema, tetapi penyakit ini masih asing bagi saya. Kemudian, saya pun menggugel segala-galanya yang boleh saya tahu tentang penyakit ini, dan cara mengatasinya.

Kebanyakan info yang saya dapat, untuk menyembuhkan penyakit ini in natural ways adalah dengan mengubah diet. Dan meminum green smoothie.Β  Ia adalah kombinasi sayur-sayuran dan buah-buahan yang diblender menjadi hancur seperti smoothie.

green-smoothie-pic

Lantas saya pun cuba mengamalkan green smoothie dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, eczema saya hilang, kulit di pelipat tangan kembali licin, dan saya sudah tidak mengalami gatal-gatal. Saya mula minum 2 gelas besar sehari (lebih kurangΒ 1 liter), selama hampir 5 bulan, and the result is amazing! (Ok, serius macam testimoni pelanggan untuk produk kuruskan badan..huhu.. :P)

Walaupun warnanya hijau, dan rupanya agak huduh (boss saya kata macam muntah badang), tapi percayalah, rasanya sedap!πŸ™‚

Ini resepi yang saya suka:

  • Sayur-sayuran (tak kisah sayur apa asalkan berwarna hijau, contoh: bayam, sawi, kangkung, etc etc)
  • 3 biji pisang (mesti pisang yang dah masak dan kalau boleh, yang ada tompok hitam di kulit pisang tu)
  • 2 biji limau
  • Secawan strawberri
  • Air secukup rasa

Campurkan semua dan blender sesuka hati sampai hancur, dan minum setiap hari.

Kamu juga boleh cuba google dan cari resepi green smoothie yang lain. Dan saya juga mencuba-cuba juga pelbagai resepi lain.

So, to all eczemian (apakah perkataan ini?) out there, you should give green smoothie a try. It is so totally worth it.πŸ˜‰

Vitamix_Green-Smoothie

Ini adalah Vitamix, blender berkuasa tinggi. Ia paling popular di kalangan peminum green smoothie yang hardcore. Ini kerana smoothie yang dihasilkan betul-betul hancur dan menjadi lemak berkrim disukai ramai. Harganya lebih kurang RM3000. Saya sedang berjimat-cermat menyimpan lima puluh sen sehari untuk memilikinya. (T_T)

 
28 Comments

Posted by on March 23, 2013 in Pengalaman, Peribadi

 

28 responses to “Saya dan ekzema.

  1. hazwan

    March 25, 2013 at 1:41 pm

    woi woi eczemian checking in here. kulit manja kata orang. sensitif sangat. kuat emo. ubat sapu, makan, telan, minum. you name it. but havent tried this one yet. thanks for sharing. +1

     
    • sUe

      April 1, 2013 at 12:25 pm

      Eh eh kau pun eczema jugak rupanya…haha!
      Takpe, cuba minum green smoothie.
      Then roger kat aku ok ke tak hasilnya keyh?πŸ˜‰

       
  2. nisa

    March 28, 2013 at 9:04 am

    assalamualaikum. mana awak dapat resepi smoothie ni?

     
  3. Pical

    May 23, 2013 at 5:49 am

    Another eczemian here! Haha. Maksudnya, kalau ambik smoothie ni, dalam tempoh 5 bulan baru nampak kesan? Sepanjang ambik smoothie, xperlu ambik apa2 ubat sampingan atau vitamin?

     
    • sUe

      June 15, 2013 at 6:43 pm

      Another eczemian? *high five!*
      Maybe boleh bukak kelab eczema kat sini. Hahaha!
      Ok, ikut pengalaman saya, bukanlah lepas 5 bulan baru nampak kesan.
      Lepas sebulan pun dah kurang.
      Tapi nak bagi betul-betul hilang, kesannya dalam 3-5 bulan.
      Minum constantly, 2 kali sehari, pagi dan malam.
      Lepas itu, minum sebulan sekali pun dah ok.
      (macam saya sekarang, dah jarang dah minum. sebab malas dan sibuk. tapi, Alhamdulillah, eczema tak menyerang langsung dah)

      Tapi ikut jugaklah tahap eczema itu macam mana.
      Kalau teruk, mungkin lambat sikit nak nampak kesan.
      Dan boleh je makan ubat atau vitamin.
      Cuma tak perlu dah pakai cream cortisol atau any cream yang maybe ada steroid.
      Sebab ia melambatkan lagi proses pemulihan.

      Pokoknya di sini, bila eczema tu hilang, memang dia betul-betul hilang.
      Kalau berhenti minum pun, masih lambat dia nak datang balik.
      Tapi sementara nak hilang tu, kena konsisten minum smoothie ni.

      Hope this info helps!! Good luck in your way to beat eczema.πŸ˜€

       
  4. Bunga Tulip Aznin

    June 18, 2013 at 3:46 am

    salam, saya ekzemian juga.. alhmdulilah sembuh guna ramuan sendiri mcm cik blogger try suggest smoothies… nin guna spau kulit dalam 2-3hari dah reda luka, gatai2, ruam2, bintik2 termasuk sunburn…. boleh melawat fb untuk yang nin guna… dulu guna sendiri, kemudian ada kawan tegur cakap tengok kulit makin ok, xnampak dah merah2 mnyala mcm duduk bawah matahari…

    harap2 dpt bantu mslah ekzemian semua….

    page fb “Dyranin Official” siap ada komen kwn ekzemian juga yg guna 2 hari.. dia ckp guna ubat sapu doktor je… skrg dia guna ramuan nin buat tu untuk ekzema dia… ^_^

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:16 am

      Thank you for the info.πŸ™‚

       
  5. Rus Darine

    July 18, 2013 at 8:32 pm

    akak limau tu pkai limau pe??

     
    • sUe

      July 19, 2013 at 8:34 am

      limau sunkist.πŸ™‚

       
  6. noor

    July 22, 2013 at 2:21 pm

    nak cuba jugak!!thanks for sharing this infoπŸ™‚..harap2 mmbantu lah..sbb eczema sy makin merebak terok..huhuhu

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:16 am

      InsyaAllah boleh cuba.
      Semoga berkesan, dengan izin Allah.πŸ™‚

       
  7. aishahrosli

    August 14, 2013 at 5:42 pm

    Menarik… Family sorang ade eczema, saya pun kulit sensitif jugak. Kalau takde eczema pun elok jugak minum green smoothie ni kanπŸ™‚ jadi nak tanya, kalau guna blender biasa buat smoothie ni boleh ke? takmau la rosakkan blender pulak hehe

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:21 am

      Blender biasa pun boleh guna.
      Cuma dinasihatkan jangan campur blender smoothie dengan blender lain (contoh: kisar cili kering)
      Maksudnya, cuba khaskan satu blender sahaja untuk green smoothie supaya dapat kekalkan rasa tu.

       
  8. mujibarbain

    October 21, 2013 at 2:47 am

    tgh mencari2 ubat utk ni . nak mkn dan guna ubat doktor amat2 la x larat. terjumpa blog ni akan cuba berdasarkan idea2 anda. seksa betul kalo kene

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 9:23 am

      Yer, memang seksa sangat kan?
      Cuma ekzemian je yang faham keadaannya.
      Selamat mencuba ye?
      Harap-harap berkesan. InsyaAllah.πŸ™‚

       
  9. Anonymous

    October 30, 2013 at 10:57 am

    Saya tgh hamil dan tahap ekzema sy sgtlah terok, lama dh ngidap ni, hopefully nk try la yg ni bagi sembuh dgn izin Allah, x berak ijo ker???haha

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:58 am

      Ok, selamat mencuba.
      Harap berkesan dengan izin Allah.
      Pasal buang air tu, secara jujurnya kalau byk sgt minum, urine memang akan warna kehijauan sikit.
      Mula-mula memang pelik, tapi search internet rupanya benda ni memang biasa.
      So jgnla risau2 ok?

       
  10. Obat Gatal Selangkangan

    December 6, 2013 at 4:17 pm

    bisa coba obat gatal dari http://www.obatgatalkulit.com , banyak yg sudah sembuh

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:47 am

      Terima kasih atas info.πŸ™‚

       
  11. Anonymous

    December 29, 2013 at 5:51 am

    ekzema i teruk…😦 gatal sampai berair dan berdarah.. selalu kena kat celah2 jari.. aduhai.. seksa sangat..

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:47 am

      Ekzema memang seksa sangat kan?
      Mungkin boleh cuba minum green smoothie tu.
      Harap-harap berkesan.
      Dan yang saya lihat, pemakanan pun main peranan dalam mengubat ekzema ni.
      Sebab kalau saya terlebih makan fast food, memang dia start naik balik.
      Mungkin kena pantang sikit kot. Huhu

       
  12. aishah nadjwa

    February 11, 2014 at 3:00 pm

    assalamualaikum..thanks for the info..sy ada ekzema, resdung dan ****** (satu lagi penyakit alahan yg saya tak ingat namanya) sejak lahir..guess what?? i’m 20 now..hewhew..da penat sbenarnya nk pergi jumpa doktor dan cuba macam2 jnis ubat ni..dulu ada jumpa satu ubat herba yang berkesan tapi sekarang atok tu dah x buat lagi T.T nasib baik saya ni pencinta sayur..hehe..nnt nak try la..tp macam tinggi je kos nya..n komitmen pon kena tinggi kn? saya ni student lg..nnt kne curi satu blender mama bawa balik hostel..hehehe

     
    • sUe

      February 21, 2014 at 12:45 pm

      wsalam. high five from another eczemian and redungian.πŸ˜›

      sebenarnya pada pendapat saya, kos tak adalah tinggi sangat. cuma mungkin buah import macam strawberi tu mahal sikit. kalau tak nak pun takpe. letak buah tempatan pun ok. janji rajin nak bereksperimen dan amalkan. selamat mencuba ye?

       
  13. rin

    December 11, 2014 at 9:31 am

    assalam…bole ke gune cr ni utk baby umur 2y ye…anak sy ekzema

     
  14. rin

    December 11, 2014 at 9:33 am

    ade tak resipi ni utk baby 2y..

     
  15. ismail

    July 22, 2015 at 5:57 pm

    salam..i rsa i punya kes sma dgn u…i start kna dr skolah rendah..now 24..sebijik mcm u ckp..kt pelipat..tp i kt pelipat tgn n kaki…kdg2 klo bpeluh pnas naik smpai kt leher..abes area kulit lain pon sma turut kena..gatal mmg x bole thn..garu je ubat pling selesa time tu..smpai bdarah n berparut..segan+malu i nk hadap org sekeliling..sangat2 malu sbb parut bnyk sgt..mcm2 ubat i try…hmm…thanks share info ni…harap mujarab…aminnn

     
  16. fifah

    October 27, 2015 at 9:57 am

    ouh,… thank you uolll.. eczemian sume…
    patot la mandi garam panas hari2 xlot…
    kene smoothie upenye… SObs

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: