RSS

“If worrying about what other people think of you is your biggest problem then you must live in a small world.” – Unknown

19 Mar

Ini peringatan kepada diri sendiri untuk beberapa (puluh) tahun akan datang (jika umur panjang dan sudah berkahwin waktu itu)

Wahai Suhaila

Jika bertemu dengan sahabat lama yang masih single, dan kamu ketika itu sudah berkahwin dan hidup bahagia dengan berbelas cahaya mata (ok, hiperbola), sila jangan bertanya kepada sahabat lama itu “Bila nak kahwin?”

Kerana kamu sendiri tahu bagaimana rasanya, dan kamu lebih arif untuk tidak bertanya,

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Suhaila, dari beberapa (puluh) tahun yang lalu. (Tahun 2013)

Sebetulnya, saya telah terserempak dengan seorang teman lama beberapa bulan lalu. Bertahun-tahun tidak bertemu dan tidak berhubungan, tentu sekali, saya sudah dapat meneka, pasti soalan status diri juga yang akan ditanya.

Apabila saya katakan bahawa saya masih belum berkahwin dan baru sahaja menoktahkan sebuah hubungan yang berusia hampir 3 tahun, dia begitu terkejut. Daripada cara dia terkejut, seolah-olah saya memberitahunya yang saya telah membeli senapang M16 dan menembak manusia secara rambang di pasaraya Tesco Ampang.

“Ya Allah Sue, kenapa kau buat macam tu? Kenapa Sue? Kenapaaaaaa??? Whyyyyy???” *sambil menggoncang-goncang bahu saya dengan muka tidak percaya*

Ok, dialog adalah ditokok tambah untuk efek lebih dramatik. Tapi, yang sebetulnya memang dia terkejut. Dia tidak sangka saya masih mampu memutuskan sebuah hubungan pada usia 28 tahun! Ini kerana, saya tidak sepatutnya memilih-milih lagi. Masa sudah suntuk. Kaut dan hangkut sesiapa saja yang mahu berkahwin dengan saya.

“Kau dah 28 dah Sue….bila nak kahwin ni?? Kau ni biar betul Sue…..lelaki macam mana yang kau nak ni…” ujarnya risau, seperti memikirkan satu permasalahan berat yang mampu membawa kepada dunia akan kiamat. *again, hiperbola*

Saya agak kasihan dengan dia sebenarnya. Tidak pasal-pasal, status diri saya menjadi permasalahan besar baginya. Harap-harap, dia tidak terlalu lama merisaukan saya.

Begitu juga seorang kawan lama yang juga berkata dengan nada kagum:

“Beraninya kau Sue. Break-up dengan dia. Kau memang tak takut jadi solo ye?”

Ya, breaking up adalah satu perkara normal ketika usia kau 18 tahun.

Tetapi tidak normal jika usia kau sudah 28 tahun.

Dan adalah satu kegilaan untuk masih breaking up pada usia 38 tahun.

Tapi saya kira, itu sahaja pilihan yang terbaik. Bukanlah keputusan ini melulu. Saya memikirkannya banyak kali, masak-masak-masak sampai hangus rentung rasanya. Sebetulnya, lelaki itu, yang saya kenal hampir 3 tahun itu, adalah seorang lelaki yang sangat baik. Apabila saya katakan sangat baik, maka percayalah, dia sememangnya SANGAT BAIK.

Dia sangat baik dan penyantun pada keluarganya, pada kawan-kawannya, pada orang sekelilingnya (sama ada yang dia kenal atau tidak) dan juga sangat baik kepada saya. Dia melayan saya tanpa cacat cela. Dia sedaya upaya sentiasa cuba mahu menggembirakan saya. Sungguh, saya tidak ada satu apa pun perkara buruk yang mahu diperkatakan tentangnya, melainkan yang muluk-muluk sahaja.

Jadi kenapakah saya menoktahkan hubungan dengan lelaki sebaik ini? Biarlah kami saja yang tahu. Dan kerana saya baru sedar, bahawa untuk hidup dengan seseorang, memerlukan lebih dari sebongkah hati yang baik. Banyak lagi perkara rupanya yang perlu ditimbang kira disukat segala.

Baiklah, sila abaikan tentang love life saya yang membosankan itu.

Apa yang ingin saya katakan ialah, kenapa perlu rasa takut untuk hidup menyendiri? Sebenarnya saya tidak bersendiri pun. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menceriakan. Jadi, apabila reaksi teman tersebut yang begitu terkejut seolah-olah saya baru melakukan satu jenayah besar, saya jadi aneh.

Jadi, ini adalah kata-kata untuk diri saya sendiri, atau untuk kamu yang se’kasut’ dengan saya, atau sesiapa sahaja yang sudi membaca dan mencerna kata-kata saya:

Jangan takut untuk keluar dari sebuah hubungan yang hanya mendukakan kamu, tidak kisah berapa pun usia kamu. Jangan risau persoalan masih ada lagikah yang sudi? Kerana yakinlah, pegang betul-betul, bahawa janji Allah itu pasti. Jodoh kamu, insyaAllah sudah ditetapkan sejak azali.

Jadi, keluarlah jika kamu rasa tidak bahagia.

Keluarlah jika dia suka mendera atau tidak menghormati kamu sebagai wanita.

Keluarlah jika kamu tidak gembira.

Keluarlah, atas apa saja sebab yang kamu rasa, keluarlah dari hubungan itu.

Sebelum ia disimpul mati oleh satu ikatan rasmi. Dan jangan takut untuk bersendiri.

Jangan dikuasai perasaan risau tidak ada siapa lagi yang mahu, jadi terpaksa jugalah bertahan dengan lelaki-yang-tidak-berguna itu

ataupun berasa malu dengan kata-kata orang sekeliling.

Kerana setiap orang berhak untuk bahagia dengan cara tersendiri.

Don’t succumb to dogma.

Don’t give in to society’s expectation on how you should live your life.

Don’t let others define your happiness.

Because in the end, it is YOU, who will determine your own happiness.

And to him, who inspires this entry, I wish you well.

You are still in my prayers.

Still.

And always.🙂

 
11 Comments

Posted by on March 19, 2013 in Peribadi

 

11 responses to ““If worrying about what other people think of you is your biggest problem then you must live in a small world.” – Unknown

  1. ururu5

    March 21, 2013 at 11:10 am

    hmmmmmmmm.. i wanna comment.. but i better not.. hmmm hmmmmmm

     
    • sUe

      March 23, 2013 at 3:09 pm

      you already comment. now i’m in suspense.

      just comment. i’m open for discussion🙂

       
      • ururu5

        March 25, 2013 at 12:22 am

        adeh.. dah lupe.. ahahaha.

         
  2. hatikiara

    March 28, 2013 at 1:55 pm

    kak sue, haha.. saya faham perasaan kak sue. cause we’re in the shoe. its a bit embarrasing, but what can we do? If its not meant to be, it wont be. rindunye nak jumpa kak sue. baik itu memang bagus, but maybe its not the whole thing. takpe, jalan kehidupan masih panjang. teruskan berlari, sesekali berhentilah menikmati pandangan. take care kak sue

     
    • sUe

      April 2, 2013 at 6:50 pm

      thanks syuk. you just made my day.

      i heart you lah! (^_^)

       
  3. Anonymous

    April 2, 2013 at 10:30 am

    sgt tua untuk tidak kawen pada usia anda sekarang

     
    • sUe

      April 2, 2013 at 6:48 pm

      ye, terima kasih atas keprihatinan.
      doa-doakanlah saya bertemu pemimpin yang sesuai.

      InsyaAllah.

      Dan ya, hidup saya tidak ditentukan dengan kata-kata orang sekeliling.🙂

       
    • hatikiara

      April 3, 2013 at 11:28 am

      anonymous: ow ow ow..what u mean by sangat tua?haha..its normal dude. how old are you anon? kalaulah kawen itu semudah memilih ikan di pasar, alangkah dangkalnya pemikiran itu. jodoh itu di tangan Tuhan kan? usaha memang usaha, tapi kalau belum masanya, siapa kita untuk menghakimi dan mengubah takdirNya?

      kak sue : haha. kelakarkan kak sue. hidup ni macam-macam je. Ternyata, jodoh itu sangatlah rahsia. Bersyukurlah siapa yang telah menemuinya. Hargailah dengan sepenuh hati.

       
    • TheOwl

      June 22, 2014 at 5:27 pm

      28 sangat tua? You living in the middle ages ke? Wanita sekarang tak perlu lelaki untuk hidup selesa tapi kita lelaki masih memerlukan wanita untuk menjaga kita.

       
  4. HangNisa

    December 29, 2013 at 11:38 pm

    Salam kak sue.. Terima kasih entri ini yg sangat memotivasi diri saya.
    Ditipu oleh sang lelaki.
    Selingkuh.
    Lalu,
    Ditinggalkan seorang lelaki yang akan berkahwin tak lama lagi.

    Saya akan pegang kata-kata kak sue..

    “Jangan takut untuk keluar dari sebuah hubungan yang hanya mendukakan kamu, tidak kisah berapa pun usia kamu. Jangan risau persoalan masih ada lagikah yang sudi? Kerana yakinlah, pegang betul-betul, bahawa janji Allah itu pasti. Jodoh kamu, insyaAllah sudah ditetapkan sejak azali”

    Dan tahniah juga pada kak sue yg sudah bergelar seorang suri kpd sang arjuna.

    semoga bahagia hingga surga, Kak sue.
    🙂

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:45 am

      Salam Nisa,
      Kita semua pernah melaluinya – detik pahit dalam bercinta.
      Doa kak sue, moga nisa tabah dan terus pandang ke depan.
      Be positive dan banyakkan bersabar ya? InsyaAllah, masa dapat mengubat segalanya.😉
      Dan terima kasih atas ucapan Nisa.
      Semoga Nisa juga bahagia dalam hidup.😀

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: