RSS

Serigala Besar yang Jahat (Big Bad Wolf)

06 Mar

1362301771338

1362302383408

1362301830865

1362301820390

Pengajaran yang saya dapat pada Big Bad Wolf tahun ini:

1. Pergi awal pagi. Kalau tak mahu bersesak mencari tempat letak kereta.

2. Kalau jumpa parking jauh sedikit tak apa. Terus saja parking dan jalan kaki. Sebab memang tak akan ada masa untuk berlengah-lengah memusing-musing cari tempat parking yang dekat dengan pintu.

3. Paling penting! Sila makan terlebih dahulu sebelum pergi BBW. Kalau tak, kau akan rasa nak muntah sebab tengok buku yang terlampau banyak ditambah dengan perut yang dah masuk angin.

4. Pergi pada waktu pagi atau waktu yang tak perlu terkejar-kejar untuk solat. Supaya boleh berjalan-jalan membelek buku dengan tenang.

5. Tak perlu tanya buku yang kau nak dari petugas BBW. Contoh “Eh nak tanya, buku-buku dari Paulo Coelho kat mana ya?” sebab memang HARAM la mereka nak tahu di mana.  Ada 3 juta buku yang perlu diorang sort out dan kau suruh diorang ingat kedudukan buku yang spesifik, memang nak kena pelangkung lah jawabnya.

6. Bawak beg troli. Supaya tidaklah terhegeh-hegeh menghangkut beg plastik yang berat dan penuh dengan buku-buku kemudian menapak pula ke tempat parking yang jauh.

7. Beli buku kulit keras / tebal sebab buku2 begitu adalah lebih mahal kalau di kedai buku biasa.

8. Kalau kau masih belum habis baca buku-buku yang dibeli masa BBW Disember lepas, tapi dah berhabis duit pula beli buku-buku pada BBW kali ini, maknanya kau bukanlah suka membaca, tetapi suka membeli buku sahaja. *tunjuk diri sendiri*

Sekian.

 
1 Comment

Posted by on March 6, 2013 in Buku

 

One response to “Serigala Besar yang Jahat (Big Bad Wolf)

  1. hazwan

    March 7, 2013 at 12:38 am

    gua like gambar no. 2 dan point no. 8.

    hiasan book cabinet adalah lebih penting. impression tetamu tu.🙂

    ada seorang akak tu macam kerek je dengan aku. “ni baru first time datang ke?” dan dengan penuh yakin gua menyailang akak tu, “taklah, last year punye dah penah pegi yang kat maeps tu.”

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: