RSS

Persoalan tentang tudung.

01 Dec

Kalau dapat tahu seorang perempuan bawak lelaki bukan muhrim masuk dalam rumah, antara benda pertama yang ditanya adalah

“Perempuan tu bertudung tak?”

Apakah beza perempuan bertudung dan tak bertudung zaman sekarang ini?

Tudung zaman sekarang bukan lagi simbol wanita beriman.
Tudung bukan lagi lesen kau untuk dianggap mulia.
Tudung bukan lagi penyekat untuk kau buat maksiat.

Tudung sekarang adalah fesyen. Ada 1001 alasan kenapa seorang perempuan bertudung. Sebab agama, mak ayah suruh, boyfriend suruh, ikut kawan, sebab cool, sebab ikut trend, sebab fesyen, dan lain-lain.

Jadi, janganlah hairan jika wanita bertudung bawak lelaki ajnabi masuk rumah. Serius, tak hairan.

Tudung, selabuh mana pun, takkan mampu halang kau buat dosa, kalau kau tak ada iman di dada. Dan kau tak hayati pun kenapa kau pakai tudung pada mulanya.

Tudung tak mampu halang kau buat maksiat. Tak ada tudung yang – setiap kali kau bawak masuk lelaki – akan berbunyi siren dengan kuat dan berkata “SILA JAGA IMEJ KAMU SEBAGAI WANITA BERTUDUNG DAN HALAU LELAKI ITU KELUAR SEKARANG JUGA!”

Tak ada!

Tudung hanyalah sehelai kain yang kau pakai di atas kepala ketika keluar ke kota, dan akan kau tanggal ketika berbuat dosa, dan akan dipakai semula keesokkan harinya macam tak ada apa.

Jadi, kalau kau tahu kenapa kau bertudung, kenapa kau DISURUH bertudung, kenapa kau DIWAJIBKAN bertudung, sehelai kain atas kepala itu sudah cukup sebenarnya untuk halang kau buat dosa.

Masalahnya kau sendiri tak tahu kenapa kau bertudung.
Jadi tudung hanya tinggal sebagai sehelai kain yang tak bawak erti apa-apa.

Sekian, tazkirah untuk diri sendiri juga. Untuk lebih menghayati erti sehelai tudung yang dipakai di kepala.
 
4 Comments

Posted by on December 1, 2012 in Bebelan saya, Refleksi

 

4 responses to “Persoalan tentang tudung.

  1. ururu5

    December 2, 2012 at 12:08 pm

    kalau akhlak terjaga, slalu ikut cakap mak bapak, solat tak tinggal, pakai tudung.. tapi pakai baju seluar ketat2 pun. same je. itu namenye tak tutup aurat jugak. haha.

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:10 am

      ye betul.🙂

       
  2. CAHAYA MATA

    December 5, 2012 at 1:56 pm

    ya, saya tahu awak serius cik sue.. saya pun serius baca entrie ni…

    tapi bab tudung ada bunyi siren tu saya gelak besar….
    lawak okehhh…!! hahahahaaa… ;-p

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:04 am

      hehehehe…tak tau nak buat gambaran macam mana dah.
      itu je analogi yang saya terfikir. layan kan aje…hahaha!😀

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: