RSS

Permasalahan serupa. Di tempat berbeza. Dan sungguh menyerabutkan minda.

01 Dec

Eh dah Disember.

Eh cepatnya dah nak habis 2012.

Eh Nostradamus kata nak kiamat tahun ni.

Eh lamanya tak update blog.

Eh buat-buat terkejut pulak.

Ok, perkembangan terbaru, saya akan pindah rumah lagi. Hahahaha! *gelak sedih sambil menitiskan air mata* (T_T)

Dalam masa setahun, ini kali keempat saya akan berpindah. Mungkin akan menyamai rekod di Taiping dahulu, lapan kali dalam masa dua tahun.

Permasalahan yang sama.

Lelaki. Lelaki. Lelaki. Lelaki. Masuk rumah sesuka hati.

Dua minggu menyewa bilik di rumah baru, sudah 4 orang lelaki berbeza yang saya jumpa berkeliaran di dalam rumah. Kalau ditakdirkan waktu itu ada serbuan Jabatan Agama, maka nama saya akan terpampang di dada akhbar, ditangkap berkhalwat dan mendapat tajaan berkahwin secara percuma.

Saya sungguh penat dengan masalah begini sebenarnya.

Di Taiping juga begitu. Di sini juga, terjadi lagi.

Tak faham betul. Adakah muka saya ini mempunyai cop di dahi, yang bermaksud “Jika kamu mahu bawak masuk lelaki dalam rumah, sila ambil saya sebagaiย housemate kerana sungguh,ย I’m cool with that.”

Tak, hakikatnya, saya tidak boleh kompromi tentang itu.

Sebelum masuk lagi, saya sudah terangkan, tidak mahu kaum Adam di dalam rumah. Dan mereka kata, bukanlah tidak ada langsung kawan-kawan lelaki, akan ada juga yang datang ke rumah, sekadar hantarkan barang dan balik. Ok, saya boleh terima itu.

Tiba-tiba, balik rumah pukul 1 pagi, seorang lelaki sedang tidur di sofa, dengan bertuala menampakkan seluar dalam warna hitam, nyenyak tidur macam rumah bapak dia. Dan percayalah, itu adalah pemandangan yang sangat, sangat menjelikkan.

Bangun pagi mahu ke tandas pula, eh tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari bilik yang tidak berpenghuni, dan menonong saja keluar dari rumah.

Bermaksud, sepanjang malam yang ada cuma saya dan dia, di bilik berasingan.

Bermaksud, jika ditakdirkan Tuhan, diserbu JAWI, saya tidak ada alasan kenapa kami berdua saja di rumah,kerana alasan “Tak tahu menahu siapa manusia ini” adalah alasan yang mungkin seringkali didengar pegawai JAWI oleh pasangan berkhalwat.

Bermaksud, lelaki itu jika dikuasai syaitonnirrojim, boleh saja mengapa-apakan saya dengan sewenang-wenangnya.

Pada waktu ini, saya cemburu dengan kakak saya. Jika dia sekarang di tempat saya, tentu, dia akan memaki hamun kawan serumah dua orang itu yang sesuka hati memberi kunci menumpangkan kawan lelaki mereka. Tentu, dia akan menghambur sesedap rasa meluah segala amarah di dada.

Masalahnya sekarang, saya adalah seorang Suhaila, yang benci pada konfrontasi. Yang lebih senang berdiam diri. Yang tidak berani bersuara.

Jadi, yang mampu saya buat, adalah beritahu, secara diplomasi, kenapa saya mahu pindah rumah lagi sekali, menyatakan ketidakselesaan saya dengan situasi sebegini, dan mengatakan saya akan pindah selewatnya bulan Januari.

Masih lagi dengan diplomasi.

Padahal yang sebenarnya, yang mahu saya katakan kepada budak berdua itu adalah:

“Korang ni memang tak guna bawak lelaki tak bagitahu aku memang celaka pegi mati”

Dah, sekian.

Oh ada sambungan lagi:

Ini tips kepada perempuan di luar sana yang seperti saya, sedang mencari-cari rumah/bilik sewa yang sesuai di ibu kota. Jika kamu melayari laman web Mudah.My mencari rumah/bilik sewa, janganlah terkejut jika ada iklannya yang memberitahu terus-terang, tidak kisah duduk serumah lelaki perempuan.

Contoh iklan:

  1. Open to couple, female or male.
  2. Rumah sekarang ada dua perempuan dan seorang lelaki.
  3. Tak kisah lelaki atau perempuan, janji bayar sewa tepat pada masa.
  4. Dan yang sewaktu dengannya.

Pada mulanya, saya juga menjadi jakun dan terkejut beruk dengan keadaan begini. Tapi lama-lama macam dah tak hairan. Antara iklan paling menakjubkan yang saya pernah jumpa:

  1. Mahukan lelaki lembut sahaja
  2. Penyewa mestilah memahami keadaan kami yang bercinta sesama gegirl. Hik hik hik. (ya betul, ada ‘hik hik hik’ di hujung ayat)

Jadi, modus operandi saya adalah mencari iklan yang mengatakan ‘Bilik untuk penyewa perempuan sahaja”.

Tetapi malang, M.O saya itu masih ada kekurangan. Tidaklah bermakna jika mereka mahukan ‘Perempuan sahaja’ sebagai penyewa rasmi, mereka tidak membawa masuk lelaki sebagai penyewa tidak rasmi.

Jadi nasihat saya adalah, cari iklan yang tertulis secara spesifik:

  1. Mahukan muslimah yang tidak sosial
  2. Lelaki tidak dibenarkan langsung dalam rumah.
  3. Lelaki adalah diharamkan sama sekali menjejakkan kaki walau seinci
  4. Dan yang sewaktu dengannya.

Happy house/room hunting! Wish me luck guys.ย Moga-moga ini peng’hijrah’an bilik terakhir untuk tahun ini. Dan tahun depan. Dan tahun-tahun akan datang.

Penat weh angkat barang. (T_T)

 
7 Comments

Posted by on December 1, 2012 in Bengong, jiwa kacau, Manusia, Pengalaman

 

7 responses to “Permasalahan serupa. Di tempat berbeza. Dan sungguh menyerabutkan minda.

  1. CAHAYA MATA

    December 5, 2012 at 1:53 pm

    errr..ni tgk drama Adam & Hawa tak….? haaa…hati2 tau… kalau “dapat” yg macam Adam Mukhriz tu takpe la lagi…tapi kalau “dapat” yangggg emmm…emmmm… naya tauuu…!!hehehe…

    pilihan utk keluar dari rumah tu dan cari rumah lain tu sangat tepat demi nak menjaga diri dan maruah diri…kan… tapi kalau awak diamkan je hal tu, tak kira bersubahat ke…? apa kata adukan masalah tu pada pihak berwajib…biar kannnn…๐Ÿ™‚

    atau paling tak, sebelum tinggalkan rumah tu nanti… letak notes besar2 dan tulis โ€œKorang ni memang tak guna bawak lelaki tak bagitahu aku memang celaka pegi mati.. (tambah sikit).. tunggu la JAKIM datang malam ni….!!โ€

    hahahahahaaa…..!!

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:09 am

      Hahaha…Adam & Hawa tak tengok la…tapi saya tahu, Adam Mukhriz seorang yang kachak lagi segak nak mati. Kena kahwin dgn orang macam ni, masih sanggup lagi rasanya…hahaha!๐Ÿ˜€

      Saya dah keluar pun dari rumah tu. Terima kasih atas nasihat awak cik (eh Puan) Cahaya. Memang mula2 rasa mcm bersubahat. Tak tenteram sebab diamkan diri je. Dan memang terfikir nak mengadu pada JAWI. Tapi, kemudian risau pulak diapa-apakan dan menjadi mangsa balas dendam si tuan rumah dan konco-konconya. (ceh, bunyi macam kumpulan samseng Gagak Hitam je…hihi)

      Takpelah, saya doakan jelah diorg diberi hidayah.๐Ÿ™‚

       
  2. hazwan

    December 6, 2012 at 8:02 am

    aku doakan kawan aku sorang ni jumpe rumah impian die dan jugak osmet beradab

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:04 am

      Wahh..terharu aku atas doa kau tu hazwan.๐Ÿ™‚

      Terima kasih banyak2. InsyaAllah, harap2 rumah kali ini adalah yang terakhir. Housemate pun so far so good.๐Ÿ™‚

       
  3. ainunlmuaiyanah

    December 7, 2012 at 5:27 pm

    Ini tips, kalau masa awak nak sewa rumah tu, tuan rumah cakap rules pertama: Tak boleh bawa lelaki masuk rumah, maka ambillah rumah itu. Kebanyakan tuan rumah yang cakap begitu, memang dia akan menunaikan janji berbanding cakap “tak adalah, hantar depan pintu je.” itu semuanya hanya trick sahaja.๐Ÿ™‚

    Ini berdasarkan pengalaman sayalah. Dan kalau tengok iklan, mesti dia tulis muslimah, insyallah rumah tu pun OK daripada kes macam ini๐Ÿ™‚

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:02 am

      Ye betul sangat!!

      Kalau ada tulis muslimah, insyaAllah ok. Tapi, masa itu mungkin saya sudah dikelabui oleh lokasi dan tempat yang menarik. Dan rumah yang kemas dan bersih. Maka, saya ambil je walaupun si tuan rumah ckp “Lelaki kdg2 datang untuk bagi barang”. Sepatutnya, itu dah bagi warning sign sebenarnya.

      Terima kasih untuk tips awak cik Ainun. Saya akan ingat dan ambil benda ni sebagai pengajaran.๐Ÿ™‚

       
      • ainunlmuaiyanah

        February 13, 2013 at 8:09 am

        Ya. belajar cari rumah sewa sendiri ini memang banyak yang saya belajar. Serta saya boleh agak bakal rakan serumah itu bagaimana, hanya melalui cara dia letak iklan. Dahsyat tak? haha

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: