RSS

Untuk kamu yang bernama Jodoh

03 Nov

Untuk kamu yang bernama Jodoh,

Salam sejahtera saya ucapkan kepada kamu.

Siapa pun kamu. Di mana pun kamu berada. Semoga kamu sihat dan bahagia hendaknya.

Sering saja, saya tertanya-tanya tentang kamu, setiap masa setiap ketika.

Walau tidak pernah mengenali dan berjumpa, tanpa pernah bersua muka, apatah lagi mendengar suara, tetap saja kamu menjajah seluruh pelusuk minda saya.

Bagaimanakah rupa kamu?

Adakah kamu ini tinggi orangnya, atau rendah atau mungkin sederhana sahaja?

Bercermin matakah kamu, atau mungkin kamu punya sepasang mata sempurna yang tidak perlukan bantuan lensa untuk melihat atau membaca?

Berkumis dan berjanggutkah kamu atau kamu lebih selesa mempunyai wajah yang bersih tanpa sebarang bulu-bulu tumbuh meliar di muka?

Apakah kamu seorang yang sentiasa kemas bertali leher dan berkemeja dengan sepatu kilat bercahaya, atau lebih selesaย  hanya bertshirt dengan jeans dan berselipar sahaja?

Apakah hobi kamu? Kegemaran kamu? Kebencian kamu? Prinsip hidup kamu? Impian kamu? Cerewetkah kamu? Perfectionist kah kamu? Semberonokah kamu? Kelakarkah kamu? Pemalukah kamu? Dan sejuta persoalan lain lagi yang ingin saya tahu tentang kamu.

Untuk kamu yang bernama Jodoh,

Saya sudah berhenti meletakkan kriteria tertentu untuk kamu. Saya sudah mula bersifat realistik apabila datang persoalan tentang kamu. Saya sudah tidak mahu mengharapkan kamu sebagai seorang lelaki yang sempurna, beriman, bijak, ย kacak, tampan, tinggi, dengan kocek penuh berisi.

Cukuplah kamu sebagai lelaki penuh sederhana, yang bisa membuatkan setiap hal kecil menjadi istimewa, dan mampu menerima saya apa adanya.

Ini kerana saya juga wanita yang sederhana, malah punya sejuta kekurangan di sini sana dengan seribu kelemahan dan kejelikkan yang tidak tergambarkan.

Untuk kamu yang bernama Jodoh,

Kerana saya tidak punya kuasa hikmat untuk terbang ke Arasy sana, menyelak lembaran takdir, melihat nama siapakah yang tertulis di sebelah nama saya,

Kerana saya tiada kuasa paranormal yang boleh melihat masa depan sendiri,

Kerana saya bukanlah tukang tilik yang mampu menilik garis jodoh di telapak tangan saya,

Kerana sehingga kini, saya sendiri tidak pasti siapakah kamu, bakal jodoh saya, yang akan menjadi seorang suami, kekasih, imam, pemimpin dan bapa kepada anak-anak saya,

Maka, saya hanya mampu berharap dan berdoa,

Dan apabila berbicara tentang harapan dan doa, saya ada selautan harapan dan doa untuk kamu.

Saya berharap kamu baik-baik sahaja. Siapa pun kamu dan di mana pun kamu berada.

Saya berdoa supaya kamu sentiasa di bawah lindungan rahmat dan peliharaan-Nya.

Saya berdoa supaya satu hari nanti, Tuhan Sang Pencipta Hati akan menemukan kita, di satu titikย  yang sama, apabila sudah tiba masanya.

Saya berharap kamu tidak akan lelah mencari saya,

sepertimana saya yang tidak akan berhenti mencari kamu.

Siapa pun kamu, saya titipkan doa selalu untukmu.

Janganlah penat dan lelah dalam kembaramu mencari arah menuju ke hati saya,

sepertimana saya yang tidak akan putus asa mencari dan menunggu kehadiran kamu.

Saya percaya, kembara kita akan segera usai.

Segera.

InsyaAllah, percayalah.

=)

 
13 Comments

Posted by on November 3, 2012 in Peribadi, Uncategorized

 

13 responses to “Untuk kamu yang bernama Jodoh

  1. hatikiara

    November 4, 2012 at 9:13 am

    Kak sue, saya pon baru je post benda yang sama. Susahkan tentang jodoh ni. Beruntunglah siapa yang dah jumpa jodoh dia. Tak boleh nak cakap banyak sangatkan tentang jodoh ni, sebab ni rahsia yang takkan pernah bocor. kita sama-sama doa ye. Saya akan sentiasa doakan moga dipercepatkan jodoh untuk kak sue. agar hilang segala keresahan dihati. Insya Allah

     
  2. sUe

    November 4, 2012 at 12:07 pm

    haha terima kasih syuk. kak sue tak risau sangat jodoh datang cepat atau lambat. sebab kak sue yakin, insyaAllah ada.

    kak sue tak kisah akan persoalan ‘bila’ tapi kak sue lebih berminat nak tahu ‘siapa’.

    jodoh adalah sebuah misteri yang penuh teka-teki. dan agak saspen sebenarnya sebab tak tahu siapa.

    hahaha.

    i’ll pray for you too, to meet your prince charming, sooner or later.

     
  3. hazwan

    November 4, 2012 at 11:44 pm

    sabarlah wahai hati. klise masyarakat. kalau kau duduk kat tokyo, mungkin takde sape akan tanye. siapa dan bila tu semua kau serah je kat yang maha pakar. my prayers are with you. insya allah.

    hehe. cheers.

     
    • sUe

      November 5, 2012 at 8:10 am

      hoho thank you buddy. you are the best.๐Ÿ˜‰

      yup masyarakat kita memang very particular soal nikah kahwin ini. but that entri bukan sebab i’m worried ke apa, i’m just being curious. =)

       
  4. CAHAYA MATA

    November 5, 2012 at 11:49 am

    okey…agak jiwang di beberapa baris ayat…heheheehee..

    but..well…ermmm…teruslah berdoa..insyaAllah..si Jodoh pun sedang doa yg sama..๐Ÿ™‚

    p/s : gini lah ehh…sebelum bertemu jodoh kita, memang kita akan fikir mcm tu…like “aku tak kisah siapapun dia..tinggi ke, kurus ke, putih ke, coklat ke…aku terima seadanya siapapun dia..and bla..bla..bla..” tapi kan Sue, jauh dihati kita sebenarnya masih menyimpan satu dua hal atau aspek yang akan menjadi kayu pengukur dalam memilih pasangan kita…betul tak…? ayat “aku tak kisah siapapun dia…” tu sangat BAHAYA tau Sue…hehehehe…

    selagi kita belum bertemu jodoh kita, kita boleh buka hati untuk siapa pun… tapi bila dah jumpa jodoh nanti baru kita sedar, sebenarnya kita agak selektif juga… well, untuk kebaikan juga kan…tak kan nak tangkap muat sahaja…๐Ÿ™‚ kalau kita kata “aku tak kisah siapa pun dia…asalkan elok agamanya..” pun bahaya juga… kerana kalau Allah takdirkan kita yg perlu bimbing jodoh kita, maka soal agama itu sudah diletak dibahu kita… tak nak terima…? takut tak mampu…? owhhh…itu jodoh yg Allah tuliskan.. kan..kan..?

    Sue… teruslah berdoa.. bukan sahaja utk si jodoh tp untuk diri sendiri juga.. mohon Allah tetapkan hati menerima siapapun si jodoh luar dan dalamnya… yg diketahui atau sebaliknya.. kita kena siapkan diri sendiri dulu.. itu key point nya…๐Ÿ™‚

    *ok..tiba2 p/s panjang sangat pula.. maaf..maaf…

    pesanan ikhlas dari :
    seorang isteri-yang-kahwin-dengan-lelaki-yang-tidak-dicintainya-tetapi-tiba-tiba-jatuh-cinta-pada-suaminya-selepas-nikah-dan-rasa-heaven-gila-sebab-bercinta-dengan-halalnya…..๐Ÿ™‚

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:32 am

      hahaha agak jiwang ke? Aiseh..malu lah aiii…๐Ÿ˜ณ

      berfikir panjang juga bila saya baca komen awak, Pn Cahaya. Sebenarnya, saya cuba untuk tidak terlalu memilih soal jodoh. Maksudnya, saya cuba meletakkan priority kepada agama barulah rupa dan harta. Kerana sebelum ini, saya seperti menginginkan yang sempurna – lengkap pakej segala. Tapi, yang sebenarnya jodoh itu adalah rahsia Tuhan. Saya cuma mampu berdoa dan berdoa, dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan untuk dunia saja, tapi juga di akhirat sana.๐Ÿ™‚

      tahniah kepada awak, Pn Cahaya, kerana merasai nikmat bercinta selepas halal. Kata kawan saya, apabila sudah tiba masa jodoh kita sampai, tidak akan ada ragu2 lagi di hati kita, dan walaupun kita tak kenal dan tak cinta sangat lelaki itu, tetapi kita tetap pasti, dia adalah suami yang ditakdirkan untuk kita. Dan cinta akan datang dengan sendiri.

      Yah, saya juga harap akan dapat begitu.๐Ÿ™‚

       
  5. acai

    November 12, 2012 at 12:23 pm

    rasanye mcm penah duk taiping kan

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:16 am

      ye, penah. 2 tahun.

       
  6. ainunlmuaiyanah

    December 7, 2012 at 5:29 pm

    Ehem… kita serupa.. kita serupa…๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:00 am

      Haha cik ainun… kita memang serasi bersama… hehe!

      *high five* sikit.๐Ÿ˜‰

       
      • ainunlmuaiyanah

        February 13, 2013 at 8:07 am

        hahaha. *balas balik high five*. ehem biasalah kaaaaaannnn๐Ÿ™‚

         
  7. Bintang Menyinar

    June 14, 2013 at 6:54 am

    Sungguh indah kata-kata sUe tentang jodoh. Sy doakan sUe temui jodoh yg sUe idamkan.

    Ya Allah, satukanlah hati sUe bersama jodohnya yang berada diluar sana agar lengkap separuh kehidupannya.Amin

     
    • sUe

      June 15, 2013 at 6:35 pm

      Terima kasih atas doa kamu.๐Ÿ™‚

      Amin Ya Rabbal Alamin…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: