RSS

Cerita fiksi. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Kalau ada pun, hanya kebetulan sahaja.

23 Oct

i.

Ali, Abu, Ahmad dan Minah berjalan kaki ke gerai mamak berhampiran. Hajat mereka mahu minum petang di sana.

Dalam perjalanan, Abu berbisik pada Minah.

Abu: Minah, wallet aku tertinggal kat ofis la.

Minah: Jadi, apa kena-mengena dengan aku?

Ujar Minah selamba, sambil menonong pergi tanpa rasa bersalah.

ii.

Ali, Abu, Ahmad dan Minah sedang berbual-bual di gerai mamak. Mereka berbual tentang macam-macam perkara, bercakap itu dan ini, bersilih ganti antara roti canai, megi goreng, roti telur, dan teh tarik.

Ali: Kenapa kau tak datang?

Ahmad: Aku bawak wife aku pergi hospital. Medical checkup.

Dan seperti biasa, kalau ada perkataan seperti ‘medical check-up, muntah-muntah, pening kepala’, kaum lelaki akan fikir satu benda sahaja. Tambah-tambah lagi kalau yang mengeluarkan perkataan itu sudah berkahwin.

Ali dan Abu sudah angkat-angkat kening sambil ketawa-ketawa. Minah tunduk sambil sedut air Neslo dengan straw. Dia buat-buat tak faham, dan tiba-tiba jadi sangat berminat dengan Megi Goreng Telur Mata di hadapannya.

Abu: Kau ni pun Ahmad, kot iye pun sabar-sabar la… Anak kau yang sulung baru setahun lebih.

Ali: Entahnya…kurang-kurang bagi la anak kau tu boleh berjalan berlari dulu….

Ahmad sudah malu. Telinga dia merah. Akhirnya dia bersuara,

Ahmad: Aku bawak wife aku medical check-up untuk pergi INTERVIEW lah SYAITOONNNNN!!!!!

Dan ketawa mereka pun berdegar-degar 80 desibel lebih kuat dari biasa, melantun-lantun antara roti canai, megi goreng, roti telur dan teh tarik.

iii.

Minah sedang khusyuk melayari internet di pejabat. Tiba-tiba ketuanya datang dan bertanya “Hah Minah, tengah buat apa tu?”

Minah yang terperanjat spontan berkata “Eh tak buat apa-apa boss.”

Minah lupa, pantang larang tempat kerja, tidak boleh ‘tak buat apa-apa’ di pejabat. Kalau boss tanya, jawablah apa saja asalkan bukan ‘tak buat apa-apa’.

Buat report, research pasal topik tadi, hantar email, buat surat, dan 1001 alasan lain selain ‘tak buat apa-apa’.

Sebab kalau tak, kau akan dicop curi tulang.

Minah terfikir, kalau di tempat kerja lama, mungkin dia sudah dimaki berbaldi-baldi dan disumpah tujuh keturunan.

Mujurlah, ketua Minah seorang yang penyabar.

Dan cool.

Cool macam gula-gula Mentos.

 
2 Comments

Posted by on October 23, 2012 in Kerja, Teman

 

2 responses to “Cerita fiksi. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Kalau ada pun, hanya kebetulan sahaja.

  1. wiranordin

    October 24, 2012 at 9:15 am

    kamu mesti minah kan dalm fiksi ni

     
    • sUe

      October 25, 2012 at 12:22 pm

      haha. entahlah. tak pasti. =P

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: