RSS

tak akan sama sampai bila-bila.

11 Oct

Saya baru sedar sesuatu.

Saya tak boleh samakan Facebook dengan blog.

Saya tak boleh tulis status faceboook sama macam saya tulis entri dalam blog.

Tak boleh.

Komuniti Facebook tak sama dengan komuniti pembaca blog.

Komuniti Facebook lebih tiada belas kasihan.

Tiada sifat memahami dan mengerti.

Tiada sifat cuba untuk faham apa yang orang lain tulis, tanpa perlu mempersoal, tanpa perlu memberi komen merapu tak tentu hala, tanpa perlu memperlekeh dan memperleceh,

Kerana komuniti blog, walau tidak pernah mengenali, tidak pernah berjumpa bersua muka bertentang mata, tetapi cukup cukup memahami. Cukup rapat dan dekat di hati.

Kerana dalam facebook, kalau kau tulis status yang sama macam kau tulis dalam blog, orang akan cakap “Apa kau meroyan macam orang tak siuman ni?”

Tapi dalam blog, kau merapulah, merepeklah, meroyanlah macam mana pun, tapi jarang, atau tak ada orang yang akan tegur atau cakap “Kau ni waras ke tak nih?”

Paling tak pun diorang cuma baca, maki dalam hati, dan terus klik tanda pangkah di sudut atas belah kanan. Kemudian, dah tak datang-datang dah menjenguk blog orang itu.

Sebab blog dah macam kau punya. Hak milik kau sendiri.

Tapi laman facebook dah macam kau kena kongsi dengan orang. Orang boleh tag kau sesuka hati, campak gambar pada timeline kau, komen mengarut dalam timeline kau (tanpa boleh ditapis), dan macam2 lagi.

Serius, suasana di Facebook terlampau kasar untuk seseorang yang berjiwa fragile.

Sampai bila-bila, blog tak akan sama dengan Facebook.

Tak akan sama. Sampai bila-bila.

 
2 Comments

Posted by on October 11, 2012 in Manusia

 

2 responses to “tak akan sama sampai bila-bila.

  1. CAHAYA MATA

    October 15, 2012 at 2:05 pm

    tak kan sama..

    kalau di blog, kita boleh jadi silent reader.. baca — senyum — ketawa — mencebik.. lepas tu simpan dalam hati.. terkesan.. tak payah drop komen pun tak apa.. tak ada orang tahu.. dan tak ada orang persoal..

    tapi kalau di fb..

    kita baca dan tiba2 ada–rasa–mesti–komen–atau–paling2–klik–LIKE…

    kalau tak, akan keluarla pop-up mesej kt belah bawah kanan tu, “err…tak tgk ke gambar yg kita baru upload tu…tak komen pun…tak like pun…bla..bla..”

    arrrggghhhh…!! stress…😦

     
    • sUe

      October 25, 2012 at 12:36 pm

      haha mmg 100% betul apa yg awak ckp cik cahaya.
      seriously, macam apa yang saya pikir.
      rasa mcm mesti kena LIKE.
      tp setakat ni sy takde lagi kawan yg suruh komen atau like gambar yg dia upload.
      kalau ada, mmg stress!😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: