RSS

Monolog. Rawak.

06 Oct

i.

Setiap kali terlihat gambar wanita yang seksi – maksud saya benar-benar seksi – sehingga rasanya seperti kulit yang menutupi baju, dan bukan baju yang menutupi kulit – terpampang di laman muka buku, saya akan membelek sungguh-sungguh gambar itu.

Saya akan membelek dan meneliti terutama di bahagian leher.

Kalau ternampak buah halkumnya, maka saya akan menarik nafas lega.

Bukanlah maksud saya, tidak ada wanita yang seksi. Tetapi, selalunya, manusia akan lebih suka memperaga, benda yang dulu dia tidak ada. Kemudian dengan susah payah pula mendapatkannya.

ii.

Saya mula terfikir untuk menutup laman muka buku. Ia membuatkan saya menghakimi dan mengadili orang lain. Sedangkan diri saya sendiri serba tidak sempurna, kekurangan di sini sana, tidaklah layak menjadi judgemental.

Tetapi muka buku juga ada baiknya. Banyak ilmu yang disebarkan. Banyak nasihat yang boleh digunakan.

iii.

Di tempat kerja saya, yang dahulu, di Taiping, punctuality adalah benda nombor satu. Kalau Pengurus Besar panggil, kau kena cepat-cepat datang. Malah berlari-lari anak naik tangga untuk ke biliknya. Jika kau mahu dimaki hamun sesedap rasa, silalah berlenggang kangkung masak lemak apabila dipanggil Pengurus Besar.

Kalau mesyuarat pula, janganlah bermimpi untuk masuk lambat.

Kerana Pengurus Besar telah menetapkan undang-undang. Setiap minit yang kau masuk lambat, akan digandakan dengan jumlah manusia yang menunggu kau, dan kemudian akan direkodkan.

Contoh, jika mesyuarat pukul 2.00 petang, tetapi saya masuk pukul 2.05 petang. Sebaik saja saya masuk ke bilik mesyuarat, ada 10 orang kakitangan yang sudah menunggu, termasuk Pengurus Besar.

Maka, saya sudah lewat 5 minit dan telah menyebabkan 10 orang manusia menunggu. Oleh itu, setiausaha akan menulis di dalam minit mesyuarat:

Suhaila datang lambat 50 minit.

Nah, lihatlah betapa besarnya beza 5 minit dan 50 minit. Kerana itulah, tak ada siapa yang berani masuk lambat setiap kali mesyuarat.

Saya kira itu mungkin kerana budaya masyarakat Cina yang tulen dari negara China. Secara tak langsung, ia melatih kau berdisiplin dan menghargai masa. Dengar macam harsh, tapi itulah yang mengajar dan mendidik kau supaya tak berani buat lagi.

Manusia yang tidak punctual sebenarnya mementingkan diri sendiri. Ini kerana dia tidak memikirkan orang lain yang menunggunya. Saya fikir, benda ini harus dititik beratkan terutama di kalangan satu-bangsa-yang-tidak-boleh-dinamakan dan terkenal dengan sikap lenggang kangkung, suka bersantai-santai, dan tidak menepati masa.

Sehingga menjadi bahan jenaka dan disindir dengan kata-kata “Dah nama pun Janji ‘satu-bangsa-yang-tidak-boleh-dinamakan'”

Akan datang , perlu ingatkan diri sendiri juga untuk lebih menepati dan menghargai masa.

 
4 Comments

Posted by on October 6, 2012 in Bebelan saya, Manusia, Peribadi

 

4 responses to “Monolog. Rawak.

  1. Cik Misstree

    October 8, 2012 at 12:06 am

    Assalamualaikum;

    Menepati dan menjaga masa tuntutan agama, tetapi kita beragama Islam diajar melalui Surah Al-asr di mana Allah bersumpah Demi Masa kerap kali lalai menghargai masa. Hairan dan pelik apabila orang bukan Islam lebih tahu menghargai masa walhal tidak pernah menelaah isi kandungan al-Quran. Sesuatu yang ironi apabila kita Muslim menyeru orang bukan Islam (terutama kes orang Jepun) agar memeluk Islam agar mereka menghargai masa. Wallahu’alam.

     
    • sUe

      October 25, 2012 at 12:39 pm

      ya. sungguh ironi.
      org jepun yang sungguh menepati masa, kalau dia tgk org Islam yg tak menepati masa,
      mesti dia tertanya2 “Org Islam macam ini kah?”

      hurm.

       
  2. CAHAYA MATA

    October 8, 2012 at 12:21 pm

    owhh…50 minit…??!!
    rasa mcm tak payah masuk meeting terus kalau lewat “50 minit” tu..hehehehe…🙂

    terima kasih atas ingatan ini..

     
    • sUe

      October 25, 2012 at 12:38 pm

      hahaha. itulah kan. 50 minit lama kot.

      sama-sama. ini ingatan utk kita bersama.😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: