RSS

Pencarian bilik pun bermula

04 Oct

Jadi, saya pun melayari internet untuk mencari bilik sewa. Ini kali ke-3 saya berpindah rumah di KL dalam masa setahun. Kira ok lah lagi, kerana semasa di Taiping, saya pindah rumah 8 kali dalam masa 2 tahun.

Tak tahulah kenapa, antara saya dengan rumah sewa macam tak kacip. (bak kata Pipiyapong). Ada saja masalahnya. Mungkin dalam darah saya ada keturunan orang nomad agaknya. Hidup berpindah randah.

Kali ini, saya akan berpindah lagi.

Jadi, ketika melayari laman Mudah.my, telefon sana sini, mencatat segala info, mata saya tertancap pada satu iklan bilik sewa:

Kemasukan untuk bulan 10 (Oktober 2012)
4 Minit jalan kaki ke LRT Cempaka

Kemudahan Rumah:

[Ruang Tamu] 32’ LCD TV, Kabinet TV, Astro, , Sofa 
[Dapur] Peti Sejuk, Dapur Gas, Microwave, Cerek Elektrik, Water Filter, Meja Makan.
[Bilik] Katil, Almari Pakaian, Cermin, Kipas, Tilam dan Bantal
[Lain-lain] Mesin Basuh, Shower Water Heater, Iron. 

Perempuan sahaja.

Ok, bunyi menarik.

Jadi, saya pun menelefon tuan rumah.

Dan perkara pertama yang saya tanya adalah:

“Jadi, rumah ni dekat dengan LRT Celaka ye?”

Ya Tuhan, malunya rasa macam nak tanam muka dalam tanah.

Sejak detik itu, saya berjanji tidak akan menyumpah lagi. (T_T)

p.s: Saya jarang menyumpah sebenarnya. Kecuali ‘shitake’ atau ‘fukushima’ atau ‘damn’ atau ‘bengong’ atau ‘sial’ atau … eh banyaklah pula.😛 .Tapi tak tau lah macam mana boleh keluar ‘celaka’ itu. Haih!

 
2 Comments

Posted by on October 4, 2012 in Bengong

 

2 responses to “Pencarian bilik pun bermula

  1. Luqman Misri

    October 4, 2012 at 6:00 pm

    sangat kelakar! =D

     
  2. sUe

    October 6, 2012 at 12:42 pm

    =P

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: