RSS

Salam “1 Malaysia” di dalam bahasa Sanskrit purba membawa maksud Salam “saya Yahudi”. Sila sebarkan!!

11 Sep

Satu benda yang saya belajar:

Jika mahu sesuatu idea itu cepat tersebar dengan pantas bak kelajuan cahaya, sila sebarkan berita-berita yang ada perkataan “Illuminati” , “Freemason”, “murtad”, “menghina Rasulullah”, “menghina Islam” atau “agenda Yahudi”.

Contoh :

Maksud ‘Pokemon’ bukan bermaksud ‘Pocket Monster’ tetapi adalah “Saya Yahudi”. Bertaubatlah dan insaflah. Sebar-sebarkan demi menjaga akidah kita sesama saudara seIslam . (p.s: Boleh baca di sini untuk penjelasan)

Lagu Doraemon ada agenda Illuminati. Sebarkan! Sebarkan!

IPhone 4G adalah agenda Yahudi. Jika membelinya, anda dikhuatiri murtad. Astaghfirullah hal ‘azim. Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan, buat mereka yang tidak tahu.

Kartun Upin dan Ipin itu juga adalah agenda Yahudi untuk menyesatkan Islam.

Gangnam Style itu adalah agenda Yahudi untuk menghina Rasulullah.

dan banyak lagi kebodohan, kebodohan, kebodohan yang lain.

Tolonglah, nak sebarkan benda pun biarlah ada bukti. Ada fakta. Jangan pakai sebar sesuka hati saja. Saya fikir sebagai bangsa Melayu dan umat Islam, janganlah kita hanya tahu nak menakut-nakutkan orang dan paranoid tak tentu pasal.

Oh ya,  Upin dan Ipin yang ajar benda-benda baik pada budak-budak (contoh: berpuasa, solat terawih, baca doa sebelum makan, sebelum tidur) pun agenda Yahudi yer? Oooo…..cenggitu…*whatever* tangan di bahu mata pandang atas*

Oleh itu saya juga mahu menyebarkan:

Bahawa lagu tema kemerdekaan “Janji Ditepati”  itu adalah sebenarnya agenda Yahudi yang mahu menghapuskan rakyat Islam di Malaysia. Lirik lagu “kini masa balas budi” adalah ditujukan kepada Israel supaya membalas budi kerajaan Malaysia yang telah banyak menaikkan produk Yahudi di Malaysia. Jika menyanyikan lagu ini anda dikhuatiri akan syirik dan murtad.

Sebarkan! Sebarkan!

Disclaimer: Perenggan dan tajuk entri di atas hanya rekaan semata-mata. Sila jangan tangkap dan masukkan saya ke dalam ISA.

Gangnam style juga agenda Yahudi. Silalah berasa takut sekarang juga!

Oh ya, sila jangan menggunakan Facebook kerana ia adalah ciptaan Mark Zuckerberg, yang terang-terangan seorang Yahudi. Sekian.

Updated:

Bukti tiada perkataan ‘Upin’ dalam Bahasa Aramaic. (rujuk sini) Dan kamus bahasa Syriac juga di link ini. Juga tiada perkataan ‘Ipin’ di dalamnya. Tetapi, saya perlu juga memuji si penyebar berita, kerana sekurang-kurangnya, saya baru tahu bahawa bahasa Aramaic dan bahasa Syriac itu wujud rupanya di muka bumi ini.

 
11 Comments

Posted by on September 11, 2012 in Bengong, Manusia

 

11 responses to “Salam “1 Malaysia” di dalam bahasa Sanskrit purba membawa maksud Salam “saya Yahudi”. Sila sebarkan!!

  1. Anonymous

    January 13, 2013 at 8:49 pm

    karut punya artikel!

     
    • sUe

      January 17, 2013 at 5:41 pm

      ini namanya sarkastik.

      duh!

       
  2. Anonymous

    May 15, 2013 at 10:22 am

    orang Yahudi menjadi BIJAK sebab diorang mengkaji sejarah kelemahan2 negara2 lain, kelebihan agama2 tertentu dan diorang aplikasikan dengan cara yang salah dalah pentadbiran untuk menyesatkan kita semula. sekiranya kita hanya menerima tanpa membuat kajian terperinci, perbuatan kita jugak menandakan salah satu agenda mereka tercapai..jadi, berhati-hatilah…

     
  3. anonymous

    March 15, 2014 at 4:23 pm

    Haha. Duduk rumah diam2 jgn bukak tv lagi dah. Tv tu simpan dalam peti. Ak da fed up!! Sume macam haram!! Stop gunakan murtad as youre ugutan!!

     
  4. sUe

    March 16, 2014 at 5:05 pm

    Anon, ini namanya sarkastik. Sila buka kamus atau google untuk cari maksudnya ok?

    Dan lagi satu, gunalah bahasa dengan lengkap. Use ‘aku’ instead of ‘ak’

    Ak bunyi seperti burung gagak sahaja. Kalau boleh taip makian yg panjang berjela, apalah sgt setakat tambah huruf ‘u’ di hujung ak.

    Ye dop? (“,)

     
  5. Anonymous

    March 20, 2014 at 8:36 am

    haram jadah punya artikel . Sial . Pemuhong punya kamuS bahasa aramaic . Bodoh punya admin …

     
    • sUe

      March 20, 2014 at 6:01 pm

      ye anda betul. terima kasih. =)

       
  6. Anonymous

    November 27, 2014 at 3:08 am

    Sedap2 je orang ckp kartun upin dan ipin agenda yahudi yg ckp x pnh tengok upin dan ipin ke hah??

     
  7. Anonymous

    December 5, 2014 at 9:09 pm

    apa la

     
  8. Anonymous

    May 6, 2015 at 8:07 pm

    Kuat sembang!

     
  9. Anonymous

    December 22, 2015 at 8:37 pm

    please laa jgn terlalu sensitif sebelum tgok salah pihak lain kajilah dulu diri keluarga kita dan saudara mara kita agar sempurna.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: