RSS

satu zuhur di sebuah surau

29 Jun

Saya sebenarnya pelik.

Tengahari tadi, saya solat di surau dalam bangunan PKNS di Shah Alam. Apa yang membuatkan saya pelik adalah, tak ada seorang pun perempuan di situ yang membuka tudung ketika di dalam surau.

Malah, ketika berwuduk pun mereka bersusah-payah bertudung. Buka sedikit tudung untuk basuh muka lepas itu cepat-cepat menyarung tudung kembali.

Padahal tempat wuduk berada di DALAM surau perempuan.

Hanya saya seorang saja yang tidak bertudung. Dan ia membuatkan saya rasa seperti ‘telanjang’.

Disebabkan keanehan itu, berkali-kali juga saya memandang sekeliling. Kot-kot surau itu terdedah kepada bahagian surau lelaki yang boleh membuatkan lelaki terlihat aurat jemaah perempuan di dalam surau.

Tapi tak ada.

Surau lelaki dan perempuan dipisahkan dengan dinding konkrit gred 40.

Malah, saya juga turut meninjau-ninjau di siling, mana tahu ada kamera tersembunyi ke apa.

Ada dalam 20 lebih jemaah, semuanya begitu.

Saya pelik. Walaupun memang bagus kesedaran menjaga aurat yang begitu tinggi, tapi bila ada 20 lebih perempuan yang saling tak mengenali berkelakuan yang sama, saya rasa itu aneh.

Ia dah macam budaya.

Ke ada Mufti Selangor bagi fatwa haram aurat sesama wanita?šŸ˜›

Ouh bergurau saja. Saya cuma rasa aneh. Dan pada masa yang sama, berasa amat KAGUM dan RESPEK pada mereka. LagiĀ  satu, surau perempuan di Bangunan PKNS Shah Alam adalah paling luas yang pernah saya jumpa di mana-mana. Malah saya rasa di sesetengah masjid pun, bahagian perempuannya tidak seluas surau di PKNS.

Nak dibandingkan dengan surau di Segi Empat Tengah a.k.a Central S*uare, SP, macam luasĀ katil saiz queenĀ dengan padang bola.

Sudahlah luas, selesa pula.

Tabik!

p.s: Saya tak tahu surau lelaki macam mana. Mesti sama luas saja kot. Atau mungkin lebih sikit. Entah.

 
2 Comments

Posted by on June 29, 2012 in Pengalaman

 

2 responses to “satu zuhur di sebuah surau

  1. wiranordin

    June 30, 2012 at 7:25 pm

    biasanya mmg londeh terus ke kalau di kawasan perempuan?
    atau mungkin mereka ini dah setting tudung bagi cantik cantik, kalau buka nanti nak setting lagi ambil masa, baik tak payah buka. terus semayang saja..eh, mereka pakai telekung ke pakai tudung itu sahaja?

     
    • sUe

      July 1, 2012 at 10:33 pm

      ok, selalunya di surau perempuan, kebanyakannya tak bertudung. especially bila nak berwuduk.
      orang akan tinggal tudung di tempat sejadah yang diorang dah ‘booking’ dan pergi ambil wuduk.
      malah ramai saja yang tak bertudung lepas solat. diorg siap sikat2 rambut dulu, lepas tu baru pakai tudung dan touch up muka.
      yang saya agak pelik sebab dekat surau tu semuanya bertudung – even masa nak ambil wuduk.
      sebab tudung akan mudah basah kalau buat camtu.

      diorang bertudung, lepas tu baru sarung telekung.
      selalunya, orang cuma pakai anak tudung a.k.a cekup kepala saja dalam telekung.

      benda ni tak de isu pun. cuma saya je pelik.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: