RSS

Blok untuk Menulis.

25 Jun

This is exactly my condition right now.

Dah 20 tahun tak update blog.

Sebetulnya banyak benda nak dicerita. Malah, ada peristiwa yang berlaku berbulan-bulan lepas pun masih terpendam dalam hati tanpa dikeluarkan di sini.

Banyak benda nak dicerita. Nak ditulis. Nak diberitahu.

Banyak sangat.

Tapi entah kenapa, setiap kali melihat skrin komputer, minda jadi macam Najwa Latif.

Kosong.

Mungkin betul kata Kelambu. Kadar graf keinginan menulis dalam blog berkadar terus dengan peningkatan umur. Semakin meningkat umur seorang blogger, semakin malas beliau mahu menulis.

Mungkin.

Mojo dah hilang, kot.

Teringat dulu, zaman mula-mula blog ini dicipta, sebulan boleh dapat sampai 20 entri. Tapi sekarang, nak dapat 5 entri pun payah. Kalau cecah 10 entri, itu sudah dikira satu keajaiban. Boleh masuk rancangan Ripley’s Believe it Or Not.

Tiba-tiba teringat kata-kata seorang blogger, bahawa blog adalah seperti binatang peliharaan. Mesti ada komitmen kuat dan rasa tanggungjawab untuk menjaga binatang peliharaan kau. Tapi, mula-mula memang kau sayang gila pada dia, lama-lama kau akan jadi bosan dan mula abaikan dia.

Tapi, walau macam mana pun, akhirnya kau akan jadi kasihan dan takkan sampai hati nak biar dia mati.

Entri ini adalah salah satu usaha untuk tidak membiarkan blog ini mati.

Yes, sounds pathetic. But that’s the truth. Sigh ~

 
1 Comment

Posted by on June 25, 2012 in Bebelan saya, Bengong, jiwa kacau

 

One response to “Blok untuk Menulis.

  1. CAHAYA MATA

    June 25, 2012 at 1:13 pm

    hohohooo…!!
    suka gambar no.2… boleh…?

    dulu,
    ada “someone” tulis pd saya.. “kalau kita banyak membaca, automatik kita akan banyak menulis juga kemudiannya…so, kalau dh tak tahu nk tulis apa tu maknanya kita dah kurang membaca…”

    hehehe…releks cik sue..
    ini normal..dalam selang masa yang akan datang, rasa RINDU itu akan muncul juga..🙂

    *ya, buatlah apa sahaja utk membolehkan ia terus hidup…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: