RSS

Poking?

14 Jun

Tadi, dalam perjalanan ke pejabat, saya terdengar satu lagu di radio.

Entah siapa penyanyinya.

Yang pasti dalam liriknya berbunyi “Tagging – tagging, flirting-flirting, liking-liking, poking-poking”

Huh?

What the fukushima?

It is obviously about facebook tapi tolonglah, tolonglah, TOLONGLAH buat lagu yang ada JIWA.

Saya masih ingat satu kata-kata dari seorang pemuzik dari sebuah kumpulan Indonesia.

(maaf tak ingat siapa, cuma ingat apa yang dia cakap saja.)

“Zaman untuk kami membuat lagu-lagu yang cuma sedap didengar sudah berakhir. Kini, kami menumpukan pada lagu-lagu yang sedap, dan juga boleh memberi inspirasi”

Sebenarnya, apa saja karya, baik lukisan, penulisan, muzik dan sebagainya, nilai yang sebenar terletak pada seberapa tinggi darjah karya itu mampu memberi inspirasi atau impak pada orang yang melihat / membaca / mendengarnya.

Jadi, kalau kau dengar lagu yang liriknya “tagging-tagging poking-poking”, apakah inspirasi yang kau dapat dari lagu sebegitu? 

Ouh, sekurang-kurangnya ia memberi saya inspirasi untuk terjun keluar kereta akibat terlalu menyampah.

p.s: Bagi saya, lagu-lagu indah yang punya jiwa dan dalam masa yang sama, mampu menjadi halwa telinga adalah lagu Kopratasa (Permata untuk Isteri dan Kita Ini Tetamu Senja) dan Amuk (Jernih dan Matahari). Dan lagu-lagu Sudirman. Dan M Nasir. Dan banyak lagi.

p.s 2: Saya kerap benar berasa annoyed untuk perkara-perkara kecil sebegini. Perlu kurangkan, tak baik untuk kesihatan.😦

p.s 3: Ini pendapat peribadi saya saja. Maaf kalau ada yang terasa (terutama kepada yang sukakan lagu tersebut)

 
4 Comments

Posted by on June 14, 2012 in Bebelan saya, Bengong

 

4 responses to “Poking?

  1. zircon

    June 14, 2012 at 4:16 pm

    kak sue, zeti pon amat mencik bila dgr lagu tu di corong2 radio -_-

     
  2. CAHAYA MATA

    June 18, 2012 at 12:40 pm

    hahahhaha…
    again, citarasa kita sama.. tak boleh terima lagu2 yg rojak basi macam tu.. dah la suka-suka menjahanamkan bahasa… cissss…!!

    Permata Untuk Isteri….?? yupp, sungguh memberi inspirasi…
    tunggu cik sue kahwin, lagu tu akan lebih terkesan.. percayalah…🙂

    p/s : tp..tolong la jangan terjun keluar dari kereta, nanti siapa nk update blog ni…ngeee…🙂

     
  3. hazwan

    June 18, 2012 at 2:51 pm

    ini ialah industri.
    industri ini dinamik.fluctuate.
    aku juga meluat lagu ni.
    juga iklan ipts yang terkinja kinja tu.
    but u must admit.
    benda tu melekat dalam telinga kau kan.
    so dalam hal marketing.
    its 1-0 to them.

    *tp mmg gua benci iklan tu. rase terhina gila jadi graduan ipt.

     
  4. ururu5

    June 20, 2012 at 1:37 am

    betul2! lagu najwa latif sucks ok! mmg lagu budak2..
    lagi aku ingat (tahun lepas kot).. yg lirik.. “risau risau risau.. kalau marah jangan kacau.. kalau.. ” mmg what the fukushima betul.. tapi orang suke jugak.. HotFM siap ulang lagu tuh tiap jam.. jiwa kacau aku dengar la tuh.
    byk lagi laa lagu tak best.. tapi sebab catchy and radio asik ulang-ulang-ulang.. aku pun terhumming skali bile dengar lagu derang.. demmit!

    lagu Pokok by MUH ngn Hazama tuh tade pulak derang ulang.. pelik aku.. skang dah tak berkumandang kat radio pun.. lagu sedap tuh.. lagu fezal hape tuh.. yg superman tuh.. lagu dia sedap2 gak.. tapi tade kumandang pun.

    haaiii

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: