RSS

(Updated) Kenapa tak kerja dengan …

29 May

(Updated: Wah, sebab ramai rupanya yang se’kapal’ dengan saya, maka saya tambah lagi 2 jawapan yang baru terfikirkan. Jika kamu ada jawapan lain yang lebih kreatif (baca: merapu) boleh letak di bahagian komen. Gracias!)

Kalau kamu pelajar UTP, sila angkat tangan kanan.

Kalau kamu pelajar UTP tetapi tidak bekerja dengan Petronas, sila angkat tangan kiri.

Kalau kamu pelajar UTP tetapi tidak bekerja dengan Petronas, kemudian selalu pulak ditanya orang “Kenapa tak kerja dengan Petronas?”, sila angkat kaki kanan.

Ok, kalau keadaan kamu sekarang sedang angkat 2 tangan dan 1 kaki, maka samalah keadaan kita.

Saya juga selalu sangat berada dalam situasi begitu, sampai kadang-kadang dah tak tau nak jawab apa. 200% manusia yang saya jumpa, selalunya akan bertanya,

“Dulu belajar di mana?”

Kalau saya jawab “UTP” maka akan ditanya soalan tersebut:

“Kenapa tak kerja dengan Petronas?”

Ini satu lagi soalan yang malas betul nak jawab. Selalunya saya jawab “Petronas tak ambil semua student kerja dengan dia. Dia pilih sesetengah orang je…”

Dan selalunya orang yang bertanya akan memandang kau satu macam. Dan mereka mesti tertanya-tanya kenapa kau tak termasuk dalam golongan “sesetengah orang” yang terpilih itu?

Dan kemudian, mesti pelbagai andaian keluar. Kau ni mesti pemalas, tak pandai, pointer cukup makan, suka tidur dalam kuliah, dan sebagainya yang tak melayakkan untuk kau kerja dengan syarikat Fortune 500 itu.

Jadi, selepas saya ditanya lagi soalan yang sama untuk kali ke lapan-puluh-ribu-tujuh-ratus-tiga-puluh-lima-perpuluhan-dua-kalinya, saya pun mula berfikir-fikir jawapan yang boleh diberi supaya saya dah tak akan ditanya lagi.

Jadi, inilah antara jawapan-jawapan yang boleh diguna-pakai dan confirm orang takkan tanya dah.

 KENAPA TAK KERJA DENGAN PETRONAS?

1. Saya ni bodoh. Dahlah bodoh, pemalas pulak. Asyik ponteng kelas je. 5 semester berturut-turut gagal je kerja. Grad pun cukup makan je. Manalah orang macam saya ni layak nak kerja dengan syarikat mega macam tu….isk isk…. *nada sedih sambil pintal-pintal baju dan lap air mata*

2.  APA? PETRONAS SAJA KAH SYARIKAT YANG ADA KAT MALAYSIA NI??!! SAYA PUN BERHAK KERJA KAT TEMPAT LAIN. INI MASA DEPAN SAYA. SAYA ADA HAK MENENTUKAN MASA DEPAN SAYA SENDIRI! *tumbuk meja tanda marah yang berapi-api*

3. I tak minat lah kerja PETRONAS tu….engineer macam I mesti kena pakai coverall kuning dengan safety boot and helmet yang huduh tu. Tak suke la… I nak keje yang boleh pakai kebaya dengan heels je… *terus bukak compact powder dan sapu lipstick*

4. Sebenarnya CEO PETRONAS tu pakcik saya. Tak nak lah nanti orang kata saya masuk kerja situ sebab pakai kabel kuat. Saya lebih suka berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.

5. Apa sangatlah PETRONAS tu…I ni dahlah high maintenance. Setakat starting gaji 4 – 5 ribu, mana cukup nak beli beg Louis Vuitton tiap-tiap bulan…. haih… *pusing mata 180 darjah sambil belai beg LV kesayangan*

6. Kerja kat mana-mana pun sama je. Gaji mahal ke murah ke…itu dunia je semata-mata. Akhirat sana juga yang akan dikira….. *sambil geleng-geleng kepala tanda kesal sikap materialistik manusia*

7. KAU SIBUK TANYA PASAL KERJA AKU APAHAL??? IKUT SUKA AKU LA NAK KERJA MANA PUN! GAJI AKU ADA AMBIK DUIT BAPAK KAU KE?? *jegil-jegil mata sambil tinggi suara tahap KL Gangster. Kalau ada parut di pipi atau fake tattoo di leher adalah satu bonus*

8. Kau tanya aku kenapa tak kerja dengan Petronas?? Kenapa?? Kau tanya aku?? HAHAHAHAHAHA HEEHEEEHEEE HIHIHIHI Kelakar la kau ni!! HAHAHAHAHA HEEEHEEEEHEEE HIIIIIIHIIIIHIIIIIIIHEEEEHEEE HEHEHEHE *teruskan mengilai seperti puntianak. Digalakkan lagi supaya menggelupur di lantai untuk efek yang lebih dramatik lagi menggerunkan*

(Risiko menggunakan kaedah no. 8 adalah, kamu akan mendapat simpati orang yang bertanya. “Kesian… tak dapat kerja Petronas sampai jadi gila…isk isk isk” :P)

Dah. Itu saja yang terfikir setakat ini. Kalau ada saya tambah lagi.

Ok, ini jawapan yang sebenarnya:

“Saya dah apply dulu. Dan rasanya setiap pelajar UTP pernah apply untuk kerja dengan Petronas. Tapi daripada 10,000 tu takkanlah dia nak pilih semua. Lagi satu, mungkin kerana saya tak lepas kriteria atau piawai yang ditetapkan. Lagipun, rezeki kan di tangan Tuhan. Adalah hikmahnya yang ditetapkan kenapa saya dan ramai pelajar UTP lain tak dapat bekerja dengan Petronas.”

Analoginya, kalau kau tak boleh masuk banglo mewah sebab pintu berkunci, bersyukur sajalah dengan rumah teres  yang kau miliki. Sebab sesetengah orang tu tak ada rumah pun, terpaksa tidur bawah jambatan.

Walaupun tak dapat kerja Petronas, saya tetap bersyukur sangat2 kerana sekurang2nya saya ada kerja. Daripada entah berapa ribu siswazah yang menganggur tak ada kerja sampai sekarang, kiranya nasib saya masih baik lagi lah kan?

Lagi satu, jawapan mudah saya “Dah takde rezeki….”. Senang. Habis cerita.

Jika ada yang tertanya-tanya, ini adalah coverall kuning yang wajib dipakai jika mahu bekerja di loji atau pelantar minyak Petronas. Gambar diambil tahun 2007 ketika 8 bulan praktikal di Petronas. But, I have to admit, those were one of the most memorable and wonderful months of my life.🙂

 
48 Comments

Posted by on May 29, 2012 in Kerja, Sekolah

 

48 responses to “(Updated) Kenapa tak kerja dengan …

  1. anis

    June 4, 2012 at 11:09 am

    sy pun dihujani persoalan yang sama kak su

     
    • sUe

      June 14, 2012 at 12:37 pm

      Ye ke?
      Boleh try guna jawapan yg Kak Su dah list kan ni.
      Confirm diorang takkan tanya dah.:mrgreen:

       
  2. CAHAYA MATA

    June 4, 2012 at 4:56 pm

    saya suka jawapan No.2.. No.3.. dan No.6..

    heheheheheee… kelakar lah…🙂

     
    • sUe

      June 14, 2012 at 12:36 pm

      Thanks!
      Actually dah penat asyik ditanya soalan sama.
      Itu yang bantai bagi jawapan merapu.😛

       
  3.  Hana (@hanakirana)

    June 4, 2012 at 10:31 pm

    Aku suka dengan semua jawapan kau. Hahahaha

     
    • sUe

      June 14, 2012 at 12:36 pm

      Hehe TQ!😀

       
  4. fz

    June 10, 2012 at 12:38 am

    eh,budak UTP ke?skrg keje mana?ekeke :p

     
    • sUe

      June 14, 2012 at 12:35 pm

      di satu syarikat yang BUKAN Petronas. Hehe😛

       
  5. copyninja

    June 18, 2012 at 2:00 am

    now gimme your resume, i could fwd it to HR…

     
    • sUe

      June 18, 2012 at 9:37 am

      hahaha…
      thanks anyway.
      i’m very happy with my current job.🙂
      by the way, i think Petronas already have my resumes,
      dalam 10 copies kot.😛

       
  6. Anonymous

    June 19, 2012 at 4:30 pm

    aku pun belajar di utp, skoler pun pet, tak dapek keje situ pun.. di situ aku dah tawar ati.. nak pam minyak petronas pun aku tak hingin sebab kereta jadi lembab dan kuat minum minyak pastu point kad mesra pun burn sebab tak claim… walhal takde kene mengene pun.. hehe. setia kpd minyak shell / bhp .. keje mana skg?

     
    • sUe

      July 7, 2012 at 12:45 pm

      ouh ye ke? nak menyibuk sikit nih, kalau skoler pet tak dapat kerja situ kena bayar balik ke tak ha? just curious.

      pasal pam minyak petronas tu tak tau la pulak. tapi memang selama ni lagi suka shell, sebab dalam iklan diorg cakap “boleh jimat 1 liter minyak”. banyak tu 1 liter….😀

       
      • ol

        August 13, 2013 at 11:03 pm

        kena byr balik. cuma lambat ke cepat surat dia sampai. tu yg rata2 mmber cakap ler. huhu. btw, stuju dgn pndpt rezki ada dmana2. positif yg penting. huhu.

         
      • Anonymous

        August 14, 2013 at 9:29 am

        of coz la kna byr.. tp ade diskaun based on CGPA

         
  7. ururu5

    June 20, 2012 at 1:45 am

    \o// <– paham tak?
    aku tak keje petronas sebab lepas interview situ (lepas ade experience 2 tahun).. ade budak HR nih (junior mase kat UTP) yg berlagak mcam dia dah keje 10 tahun lebih dari aku. aku tau dia baru grad sebab mase aku grad.. dia tgh makan ayam golek kat padang v4.. pastuh ade sebab2 lain jugak.. haha!

     
    • sUe

      July 7, 2012 at 12:47 pm

      hahaha… paham-paham…sama lah kite… \o//

      selalu kalau ada orang berlagak, tu yang macam turn off sikit. dah rasa cam tak best je nak kerja situ.

      it’s ok. kerja mana-mana pun, janji halal, sudeyh….😉

       
  8. tuan tanah

    June 28, 2012 at 4:20 pm

    My friend kerja di Petronas, tapi bukanlah sebagai engineer.
    She’s vey unhappy there, despite, you know, it’s PETRONAS.

     
    • sUe

      July 7, 2012 at 12:51 pm

      yes. sometimes, great money comes with great responsibility. kena ada pengorbanan sikit nak kerja syarikat macam tu.

      ada seorang yang saya kenal, quit Petronas despite gaji tahap ribu ribu riban, and kerja kilang.

      takde life katanya.

      but it depends pada certain orang. kalau sanggup, sanggup lah. but I think the salary is on par with the work demands. cuma sanggup berkorban atau tak. itu aje.:mrgreen:

       
  9. iffa

    July 20, 2012 at 10:39 am

    tumpng tnye sikit .. mase apply utp tuh , mntk scholar petronas x ??

     
    • sUe

      August 11, 2012 at 3:15 pm

      mintak. tapi tak dapat.🙂

       
  10. Anonymous

    February 8, 2013 at 11:52 am

    so pkai pnjaman ape ? mara ?

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 2:54 am

      PTPTN.

       
  11. NINI

    February 22, 2013 at 9:07 pm

    hahaha…betul….menyampah kalau orang tanya cam tu…erk saya bukan ditanya cam tu, cuma dia tanya kenapa tak kerja dengan tm….sebab abah kerja tm….kalau dapat dah lama saya kerja oiiii..haha

     
    • sUe

      April 1, 2013 at 12:16 pm

      betul222…tak paham betul la dengan orang yg bertanya nih…hahaha!

      takpe, boleh cuba guna jawapan yang dah disenarai di atas itu.😉

       
  12. hazwan

    August 13, 2013 at 10:03 pm

    Pinjam jawapan kah3

     
  13. little boy

    August 13, 2013 at 10:37 pm

    semoga terus berjaya cik =)

     
  14. javeywavey

    August 13, 2013 at 10:51 pm

    hai.. saya orang random yang terserempak blog ni sebab ada mutual friend yang share kat fesbuk.. aku kenal plant kat gambar paling last tu.. tu kat PFK, hehe. kthxbai

     
  15. jandi

    August 13, 2013 at 10:52 pm

    betul u are definitely right. sometimes people just being annoyingly unnecessary to ask those questions. jgn layan sangat, reason tang part rezeki di tangan Allah tu yg paling kuat…

     
  16. Amir Zahran Azhar

    August 14, 2013 at 1:02 am

    hahahhaa……..nampak sgt background plant ammonia/urea plant..

     
  17. Anonymous

    August 14, 2013 at 7:59 am

    ..tula…abg sy pon stdnt utp dulu….dia ade jg cerita2 sal interview2 b4 masuk petronas nie..alhamdulillah….rezeki dia….dh dkat 3 tahun dia keje petronas….tp,nmpk mcm stress je…..dh beruban abes rmbut..haha

     
  18. aibonlise

    August 14, 2013 at 9:52 am

    Soklan sama gak since 2008. Even worse bila orang tau aku ni skoler pet. haha. Da la satu umah 12 orang, 9 yang keje pet. Tp tetap bersyukur sebab agak mudah gak mencari keje alternatif masa dulu compared to graduate u lain

     
  19. Kamei Eri

    August 14, 2013 at 11:17 am

    aku just jawab aku bukan scholar petronas..petronas mmg amik budak scholar petronas jer tuk interview masa final year ..

     
  20. Azfar

    August 14, 2013 at 12:54 pm

    Gambar ni macam kat PFK ni hehe..anyway persepsi org luar terhadap student yang ada kaitan petronas either UTP or sponsor mmg kene soklan2 gitu. Petronas is not only place you can be successful. There’s a million opportunity out there.

     
  21. Anonymous

    August 14, 2013 at 5:28 pm

    i’m also in the same predicament. rata2 kawan dpt keje PET, tp diri ini xde rezeki. stress mase pas grad, org duk sibuk tye, dpt keje ngn PET ke tak? nape xnak keje ngn PET? bla.. bla.. bla.. very simple minded diorg ni, kalau blaja kt UTP, scholar PET, mesti WAJIB keje ngn PET.. well, reality tak seindah itu.. huhu

     
  22. smileysya

    August 14, 2013 at 6:21 pm

    okay da terangkat dua tangan ngan satu kaki lpas baca post neh.

     
  23. Anonymous

    August 14, 2013 at 8:20 pm

    Sebahagian besar Staff HRM/HR & Pengurusan PETRONAS terlalu pilih bulu sangat kalau nak ambil staff baru terutama orang Sarawak……………………..

     
  24. glenedo

    August 14, 2013 at 9:22 pm

    nice post sis!!! i pun bosan giler dgn soklan mcm ni??? smp dh keje kat company skrg pun org masih tnya lg… nyampah!! selamba sy ckp :
    sy tak kisah sbb sy bahagia keje dgn top 3 WORLD largest automotive company… ari2 pun ble angkat phone call org2 German, US, japan, china, korea, etc… mcm call member kat KL, Kelantan, Terengganu, Pahang… keje pun dalam aircond… hmmm… keje PETRONAS kena dok kat plant, site… panas, berpeluh pakai coverall… x cun lgsg!

     
  25. Anonymous

    August 14, 2013 at 11:16 pm

    gmbr pfk…batch mn pratikal ni

     
  26. mae

    August 15, 2013 at 12:27 am

    Steady lah utpian…

    N sy ni antara org yg tgh angkat 2tgn n 1 kaki tu..
    Bsyukur sgt2 sbb dpt angkat 2tgn n 1kaki tu. Hehehe

     
  27. Nor Saiful Ahmad

    August 15, 2013 at 12:34 am

    hahaha..betol²!!..macam saye ni pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), tak terlepas dengan soklan² yang macam tu..nak buat macam mane kan dah takde rezeki..bukan kite tak usehe..dan suke hati kite la kan nak keje kat mane pon..hehehe😛

     
  28. Nasrul Hadi

    August 15, 2013 at 12:54 am

    Kak sueeeeeeeee!

     
  29. EngineerPet

    August 15, 2013 at 12:54 pm

    Aku dulu scholar Petronas, keja ngan Petronas. Kalau org tgah study lagi tanya aku macamana nak kerja ngan Petronas, aku cakap ‘kenapa nak kerja ngan Petronas? Banyak lagi company lain yg lagi bagus’ hehehe

     
  30. todd

    August 15, 2013 at 9:01 pm

    9. Buat apa kerja untuk company yg bakal dibungkuskan oleh saya? MUAHAHAHA

     
  31. Anonymous

    August 16, 2013 at 2:27 am

    kenapa tk kerja petronas yer…

    ehemm.. aper kelas makan gaji….hahahakduih!

     
  32. eyta

    November 11, 2013 at 10:20 am

    can ne kalu nak apply keje kapal ni..ada spm jep…nak bantu family

     
    • sUe

      January 10, 2014 at 8:53 am

      Huhu adik mungkin boleh contact petronas sendiri ke?
      Cuba pergi ke website petronas dan contact bahagian Human Resource.
      Maaf tak banyak membantu sebab tak tau sgt. Huhu (>_<")

       
  33. tasha

    May 12, 2014 at 12:27 pm

    dah 5 bulan tanam anggur. pernah intern kat petronas. supervisor recommend after grad. ingatkan dapat after SI. skali hampes tak dapat. kecewa pun ada dgn petronas. sampaikan isi minyak pun taknak petronas. anggap je takde rezeki kat situ sudah

     
  34. Ian Meask

    November 17, 2014 at 11:24 am

    kerja petronas…emmm…rezeki setiap orang lain lain..x sama..allah yang tentukan kita hanya berusaha nk ke tempat apa yg kita hajatkan..x semestinya petronas byk lagi company oil & gas di malaysia ni.. kalau di ikutkan gaji..kerja dgn kontraktor oi & gas lagi tinngi dr petronas tu sendiri..saya dah mengalami semua ni..nak dpatkan kerja d petronas mmg susah kalau xde org dlm..anak saudara mereka dah menunggu nak ambil no.giliran aje..terlalu byk politik..utk kita hanya allah tentukan..kalau ada rezeki insyaallah ada la. Minta maaf sy katakan kebanyakan pekerja mereka ni ada ego dan riak sedikit sbb kerja dgn petronas kan..dr kerani smp la ke engineer..kerja x seberapa pun tau mengarah aje..cuba minta kat kontraktor oil & gas..search dlm internet htr terus resume ke HR alamat tu by hand klu boleh..Htr kr HR sendiri..jgn malu dan segan muka kena tebal sikit..nak idupkan..klu online terlalu ramai yg apply jd peluang kita nipis..HR malas nk tgk sbb terlalu ramai yg apply..dpt gaji rendah dulu pun x pe..masuk dulu dlm line ni,,sy dulu pun mcm tu jgk. jgn duduk satu tpt tu lama sgt paling kuat 3 tahun lepas tu lompat ke company lain ambik gaji besar sikit…insyaallah allah sentiasa dgn kita..niat kena baik jgn sombong bila suatu hari nnti bila dah gaji besar.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: