RSS

The Tales of Beedle the Bard

09 May

Jika di dunia magis ada pencipta fairy tale atau kisah kanak-kanak seperti Hans Christian Andersen atau Brother Grimms, maka Beedle the Bard adalah orangnya.

Beliau (seperti yang digambarkan JK Rowling) adalah seorang ahli sihir atau wizard yang hidup pada abad ke 15 di Yorkshire. Beliau seorang yang menyukai Muggle (golongan manusia biasa dan tidak mempunyai kuasa magic) dan begitu menentang penggunaan dark magic.

Jika anda kipas-susah-mati atau peminat tegar siri Harry Potter, anda akan tahu bahawa buku Beedle the Bard ini ada disebut dalam buku terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows. J.K Rowling telah menulis buku ini dengan teliti lantas menjadikannya begitu menarik. Di dalam buku ini, diselitkan juga nota-nota yang ditulis oleh Prof Albus Dumbledore, mengulas tentang setiap cerita di dalam buku ini.

Jika zaman kecil kita dihiasi dengan kisah-kisah dongeng pakcik Andersen atau adik-beradik Grimms seperti Snow White, Rapunzel, Sleeping Beauty, Thumbelina, Red Riding Hood, dan lain-lain lagi, maka zaman kecil para witch dan wizard di dalam dunia sihir dipenuhi dengan kisah dongeng Beedle the Bard seperti The Wizard and The Hopping Pot, The Fountain of Fair Fortune, dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik adalah perbezaan kisah-kisah dongeng mereka dengan kita. Jika heroin kita seperti Rapunzel, Snow White, Cinderella atau Sleeping Beauty lebih selesa menunggu dan menunggu sehingga sang putera datang menyelamatkan mereka untuk hidup, tetapi heroin dalam kisah dongeng Beedle the Bard adalah wanita-wanita yang berani, tangkas, berdikari dan berhati waja dalam menentukan takdir mereka sendiri.

Ketika Rapunzel masih setia menunggu di atas menara, ketika Snow White masih ‘koma’ di dalam keranda kaca, ketika Cinderella masih menunggu putera datang memulangkan selipar kacanya dan ketika Sleeping Beauty masih tidur nyenyak menanti satu  ‘ciuman cinta sejati’ yang dapat menghancurkan satu sumpahan durjana, ketika itulah watak Asha, Altheda, dan Amatha, ahli sihir wanita di dalam kisah dongeng Beedle the Bard berkelana mencari cara-cara untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa mengharapkan pertolongan daripada mana-mana putera atau jejaka.

Ouh, dan satu lagi, kisah dongengnya tidak lah asyik diakhiri dengan … “and they lived happily ever after…”

Disebabkan JK Rowling menulis dengan begitu berkesan dalam suara ‘orang lain’ membuatkan saya terpaksa mengingatkan diri berkali-kali bahawa buku ini yang sebenarnya ditulis oleh JK Rowling, bukan Albus Dumbledore mahupun Beedle the Bard, kerana kedua-duanya adalah watak fiksi semata-mata dan tidak wujud sama sekali dalam dunia nyata.

Buku ini bagus. Menarik. Saya bagi 4 juta bintang daripada bintang-bintang di Galaksi Andromeda.

 
4 Comments

Posted by on May 9, 2012 in Buku

 

4 responses to “The Tales of Beedle the Bard

  1. fz

    May 9, 2012 at 1:15 am

    review yg menarik.so,saya bagi semangkuk honeystar cereal dgn susu.hehe

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 4:20 am

      hahaha!!😀

      boleh pulak pakai honeystar ye…😉

      ps: saya jarang mkn honeystar dgn susu. selalu kunyah terus dari kotak. eh tiba-tiba bagitahu takde kena mengena la pulak.:mrgreen:

       
  2. wiranordin

    May 9, 2012 at 3:03 pm

    sukanya berangan kalau baca buku-buku mcm ni…hehe

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 4:21 am

      buku-buku fiksyen memang melatih imaginasi.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: