RSS

misteri.aneh.pelik.ganjil.(dan apa-apa saja yang sinonim dengannya)

01 May

Tak tahulah kenapa, dalam hidup saya asyik ditakdirkan berjumpa dengan budak yang pelik-pelik.

Sebelum ini dah jumpa sekali.

Kali ini pun jumpa lagi.

Bayangkan (sila pejam mata dan bayangkan sekarang jugak!),

Pukul 10 malam saya pulang ke rumah, tercegat seorang budak perempuan di depan pintu rumah, menanti kepulangan saya. Budak itu dari Iran, merupakan jiran depan rumah. Pernahlah saya berbual sekali dengannya sebelum ini, di dalam lif. Masa itu, saya berbual biasa-biasa saja. Dia pun kelihatannya biasa-biasa saja.

Tetapi entah kenapa, malam itu terserlah keanehannya.

Serius terkejut jugak lah apabila sampai saja di rumah, elok saja budak itu tercegat depan pintu. Dia memandang saya dengan matanya yang besar bercahaya dan senyuman lebar sampai ke telinga. Berdebar-debar jantung tak tahu nak cakap macam mana.

“Hi sister. Are you married?”

Tanya budak itu, masih lagi dengan senyuman lebar ke telinga.

“Errr…no. Why?”

Saya cuba berlagak biasa. Dalam hati tertanya-tanya “Apa la budak ni buat kat luar malam2 ni?”

 “Why aren’t you married?”

Ok, ini serius pelik. Dahlah tercegat depan pintu rumah orang malam-malam, lepas itu boleh pulak lah bertanya pasal status kahwin orang lain. Memang ada potensi besar menjadi Makcik Joyah yang sejati.

“Well….I don’t meet anyone that I like, yet.”

 Jawab saya. Tak pasal-pasal lah pulak bercerita pasal hati dan perasaan dengan budak Iran ini.

“What if you meet someone that you like?”

Tanya budak itu, masih lagi dengan senyuman lebar dan mata besar bulat bercahaya. Those big round eyes that is really spooky.

“Well…yeah…maybe we’ll get married.”

Saya mula tak senang duduk. Nak masuk rumah budak ni betul-betul depan pintu. Rasa macam nak tolak budak ni ke tepi tapi takut la pulak pegang karang, tangan saya tembus ke belakang. Macam pegang asap. Ouh, masa ini minda saya mulalah fikir macam-macam.

“And have kids?”

“Yeah…yeah…”

Jawab saya, mula tidak sabar.

Lepas itu, inilah yang membuatkan saya yakin dan pasti budak ini memang sahih pelik dan aneh.

Dia memandang saya, masih dengan mata besar bulat bercahaya tetapi senyuman lebar sudah hilang entah ke mana.

Tiba-tiba dia menjerit marah.

“YOU’RE LYING!!!YOU DON’T LIKE KIDS!!! LIAR LIAR PANTS ON FIRE!!!”

Sumpah, terkejut-gila-babi-jantung-rasa-macam-dah-terkeluar-melantun-jatuh-13-tingkat-ke-bawah.

“Whoa….easy kid…..Do you MIND? I want to go inside.”

Saya menunjuk ke arah pintu dan memberi isyarat bahawa saya mahu masuk dan dia menghalang laluan saya. Sebenarnya saya sudah marah, dan terkejut dan agak takut. Budak ni apahal? Marah orang tak tentu pasal. Sudahlah tiba-tiba saja tercongok depan pintu.

Serentak dia kembali tersenyum lebar sambil berkata “Ouh sure…” dan beralih satu tapak ke tepi.

 Sepanjang saya membuka kunci rumah, dia berdiri di sebelah, masih tersenyum dengan matanya yang besar bulat bercahaya.

Ketika saya membuka pintu rumah,  dia masih berdiri di sebelah, masih tersenyum dengan matanya yang besar bulat bercahaya.

Ketika saya melangkah masuk, masih lagi dia tercegat di situ. Dalam hati saya terdetik “Kalau budak ni jadi tetamu rumah orang payah ni. Tak reti-reti nak balik. Tak boleh tangkap ‘hint’ tuan rumah suruh balik…”

Ketika saya menutup pintu rumah, masih lagi dia di situ. Dan benda terakhir yang saya lihat, sebelum saya menutup pintu adalah senyumannya yang lebar hingga ke telinga.

Dan sepasang mata yang besar bulat bercahaya.

Damn!

 
14 Comments

Posted by on May 1, 2012 in Bengong, Manusia, Pengalaman

 

14 responses to “misteri.aneh.pelik.ganjil.(dan apa-apa saja yang sinonim dengannya)

  1. anis

    May 1, 2012 at 9:38 am

    betul ke orang kak su

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:59 am

      ye memang orang. sebab budak tu jiran kat situ jugak.
      cuma perangai dia cam psycho sikit.
      pelik gila. huhu!

       
  2. Anonymous

    May 1, 2012 at 1:10 pm

    menakutkan je bdk tu..ee

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:59 am

      itulah pasal. cam pelik kan?

       
  3. Anonymous

    May 1, 2012 at 1:24 pm

    menakutkan je bdk tu…mcm physco je..huhu

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 4:00 am

      a’ah.mmg agak seperti psycho jugak lah budak tu.

       
  4. anynoymous

    May 1, 2012 at 1:25 pm

    menakutkan je bdk tu..mcm physco..huhu

     
  5. CAHAYA MATA

    May 2, 2012 at 2:37 pm

    .
    .

    ini cerita seramlah cik sue…

    .
    .
    .

    😦

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 4:16 am

      huhu…memang cerita seram.
      dan aneh.
      dan pelik.
      dan misteri.

      semua ada. 😛

       
  6. Anonymous

    June 3, 2012 at 4:23 am

    entah kenapa rasa artikel ni lucu. buatkan saya tergelak.. kelaka je budak tu.. buatkan orang tertanya2.. sumpah pelik..

     
    • sUe

      June 14, 2012 at 12:35 pm

      uh kelakar ke…saya rasa seram…huhu!

       
  7. Anonymous

    August 28, 2012 at 7:49 pm

    maybe org tu suka akak kot

     
    • sUe

      September 27, 2012 at 6:10 pm

      entahlah dik. tapi yg pasti, kalau budak tu mmg suka kat akak, dia mempunyai cara yang aneh untuk menunjukkannya.

       
  8. Waazin Aiman

    March 3, 2013 at 6:38 pm

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: