RSS

tentang Zaki, budaya Melayu, Julia, erti hidup pada kaca mata Andrea Hirata, dan nasihat tentang perkahwinan.

29 Apr

Katanya, kawannya yang bernama Zaki* (bukan nama sebenar) itu akan berkahwin.

Katanya lagi, dia risau jika Zaki berkahwin.

Katanya lagi sekali, ini kerana Zaki adalah seorang yang tidak ada nafsu kepada wanita dan naluri seksualnya lebih terarah kepada lelaki.

Atau dalam erti kata lain, Zaki adalah seorang pengamal homoseksual atau gay.

“Aku tak faham Sue. Kenapa dia perlu kahwin hanya kerana nak puaskan hati ibu bapa dia yang risau tengok dia lama sangat membujang? Kenapa dia perlu tunduk pada tekanan orang lain?”

Ya, Zaki adalah dari keluarga Melayu. Dan sebagai seorang Melayu, saya juga tersangat faham akan situasi yang dihadapi Zaki.

Err….bukan situasi sebagai gay. Tapi situasi sebagai anak-muda-lama-sangat-membujang-tak-elok-baiklah-kahwin-cepat-cepat!

Saya melepaskan keluhan. Yang sebenarnya saya agak kecewa dengan budaya Melayu. Atau budaya apa-apa saja bangsa yang beriya-iya benorrrrrrrrr mahu anak mereka berkahwin tanpa mempedulikan sama ada anak itu bersedia atau tidak sebenarnya untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Lalu saya terangkan kepada kawan saya itu bahawa budaya kami memang begitu. Ia sudah ditentukan jalannya sejak kecil. Dan jalan itu hanya meliputi satu kotak sempit yang sama. Jalan yang di luar kotak adalah sesuatu yang melanggar norma.

“Kami perlu belajar, dapat 5A UPSR, 8A PMR, 10 A SPM, kemudian masuk universiti. Dapat ijazah. Kemudian dapat kerja bagus. Berkahwin. Dapat anak. Kemudian dapat menantu. Dapat cucu. Pencen. Mati. Tamat”

Itulah jalannya. Jalan yang terbaik untuk menggembirakan hati ibu bapa sanak saudara. Kalau masih belum menempuh peringkat-peringkat jalan itu, maka akan risau dan gundahlah hati ibu bapa sanak saudara, dan kecohlah orang sekeliling bertanya.

Saya pernah menulis tentang soal pertanyaan yang menjelikkan itu di sini, dan saya malas nak mengulanginya lagi.

Kata kawan saya itu lagi, dia bersyukur kerana budaya dia tidak begitu.

Sebetulnya, saya agak kagum (dan sedikit cemburu) dengannya, dan Julia, kawannya. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Mereka yakin dan pasti apa matlamat yang mereka mahu tuju. Mereka laksanakan semua tanpa was-was atau ragu. Dan apa yang mereka pilih, tidak mendapat tentangan atau tekanan dari ayah mahupun ibu.

Julia, anak kepada dua orang doktor di US. Merupakan salah seorang pelajar cemerlang, one of the best student in Stanford University. Direkrut oleh kerajaan Singapura untuk menjadi Jurutera Saliran yang menjanjikan gaji yang lumayan. Bertahan hanya 2 tahun, kemudian berhenti kerana dia tidak mahu lagi bekerja di bawah arahan.

Satu hari dia menelefon ibunya dan berkata “Ibu, saya sudah berhenti kerja. Saya tidak mahu jadi jurutera lagi. Saya ada mimpi-mimpi yang masih belum terlaksana”

Dia berkelana ke serata dunia. Mengembara solo ke pelbagai negara. Datang ke Malaysia untuk membuka sebuah resort pelancongan di Pulau Tioman. Kini, akan ke Costa Rica pula mengambil Master in Human Science. Dan telah pun menubuhkan satu badan kebajikan berdaftar untuk membantu masyakat miskin di seluruh dunia. Dan projek pertama mereka adalah membina sekolah dan mengadakan saliran air bersih kepada kanak-kanak di Sumba, Indonesia.

Semua ini dilakukan pada usia mereka baru 26 tahun!

Tiba-tiba saya teringat kata-kata Andrea Hirata dalam bukunya Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di dalam Gelas.

Katanya (maaf, saya tidak petik bulat-bulat tetapi cuma menulis berdasarkan memori, kerana bukunya tidak ada di depan saya ketika ini.),

Baiklah, kata Andrea Hirata,

“Mereka adalah pegawai kantor yang bekerja rutin dan berirama hidup itu-itu saja. Kelompok anti perubahan ini telah berada dalam zon nyaman dan telah memeluk dengan seseorang bernama bosan. Mereka mempunyai keperibadian yang sukar mengambil risiko. Tanpa sedar, kenyamanan itu membuat waktu, detik demi detik, meninggalkan mereka.

Lantas mereka akan berkata:

“Eh, sudah pencen rupanya aku ini. Tidak sangka sudah 30 tahun aku bekerja. Rasanya seperti baru semalam aku masuk bekerja hari pertama. Ke mana hilangnya waktu-waktu itu ya?”

Mereka hidup tanpa melakukan pencapaian apa-apa yang signifikan. Tidak pernah membebaskan walau seorang anak yatim. Tidak pernah mengimamkan walau satu jemaah di masjid.

Sebaik sahaja tamat membaca buku itu, saya berdoa sungguh-sungguh, supaya saya tidak akan tergolong dalam golongan yang di hari tua nanti akan berkata “Eh, dah pencen rupanya saya ini. Rasa macam baru semalam masuk bekerja…ke mana hilangnya waktu-waktu itu ya?”

Kerana pengakhiran yang seperti itu, adalah sesuatu yang agak menyedihkan.

Live life to the fullest

Oh ya, berbalik kepada Zaki, kawan saya itu berkata lagi,

“Aku tak akan biarkan dia kahwin dan berkorban cuma untuk memenuhi expectation orang lain. Aku katakan pada dia, di mana pun aku berada nanti, kalau kau nak kahwin, aku akan datang ke Malaysia, dan culik kau masa hari kahwin kau nanti.

Aku takkan biarkan kau buat kesilapan terbesar dalam hidup kau.”

Saya diam. Tidak berkata apa-apa. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.

Sahabat saya itu bertanya lagi,

“Kalau Zaki kawan kau, apa kau akan cakap pada dia?”

Ya, itu adalah pertanyaan yang menarik. Kerana seumur hidup saya, saya tidak pernah mempunyai sahabat yang songsang naluri seksualnya. Kalau ada pun, mungkin saya tidak tahu. Kerana di depan saya, semua kawan-kawan yang saya kenal normal dan biasa saja.

Katakanlah saya mempunyai sahabat seperti Zaki, yang merupakan seorang gay, dan terpaksa berkahwin hanya kerana tidak mahu mengecewakan ibu-bapanya, yang obviously tidak tahu apa-apa tentang naluri seksual anak mereka, ya, apa yang akan saya katakan kepada sahabat saya Zaki itu?

Maybe I’m not going to preach about right and wrong to him. Saya fikir, Zaki sudah cukup matang untuk sedar bahawa kegiatannya adalah salah dan berdosa, dan saya tidak mahu berceramah lagi untuk sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh, memang salah dan tetap salah walau apa pun alasannya.

Mungkin saya akan menasihati dia supaya berterus-terang akan keadaannya kepada ibu bapanya. Walaupun payah dan mungkin akan memecah dan meretak-seribukan hati ibu bapanya, but they deserve to know the truth.

Mungkin saya akan mencadangkan supaya dia tegas dengan ibu bapanya bahawa dia masih belum bersedia untuk mengikat komitmen dengan mana-mana gadis.

Entahlah.

“Sue, apa yang akan kau cakap pada Zaki?”

Fikiran saya ligat mencari jawapan. Apa yang akan saya katakan kepada Zaki?

“Err…aku suruh dia kahwin dengan gadis yang lesbian.”

Kawan saya berdekah ketawa. Mungkin dia fikir saya berjenaka, tapi itulah yang sebenar-benar jawapan yang keluar dari cepu minda.

Jika Zaki masih juga terpaksa berkahwin, kerana dia tidak berani berterus-terang dengan ibu-bapanya, maka itulah nasihat saya.

Jangan sekali-kali berkahwin dan menganiaya anak dara orang, dengan tidak memberi nafkah batin yang sepatutnya diberi oleh seorang suami. Jangan sekali-kali membuat isteri kau menderita hanya untuk menutup mulut dan mata orang sekeliling. Jangan sekali-kali menindas isteri kau hanya kerana kau nak membuktikan kau lelaki normal.

Jangan.

Itu menganiaya namanya. Itu menindas namanya. Isteri kau tak berdosa apa-apa.

Jadi ini jawapan saya,

“Tolonglah, kahwin dengan gadis yang lesbian.”

It’s a win-win situation.

p.s: Mujur juga saya  tidak ada kawan seperti Zaki. Sebab serius, saya sendiri sebenarnya tak tahu nak nasihat bagaimana.

 
4 Comments

Posted by on April 29, 2012 in Manusia, Refleksi

 

4 responses to “tentang Zaki, budaya Melayu, Julia, erti hidup pada kaca mata Andrea Hirata, dan nasihat tentang perkahwinan.

  1. CAHAYA MATA

    May 2, 2012 at 2:36 pm

    pun begitu..

    budaya orang kita, adalah cenderung untuk..

    “..memilih sesuatu yang boleh membahagiakan ibu bapa….”

    walaupun terpaksa berkorban jiwa, raga, cinta dan cita-cita..

    .
    .
    .
    .
    .

    bukankah itu satu nilai yang bagus cik sue…?

    (^__^)

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 4:14 am

      hurm….*berfikir sambil garu-garu dagu*

      pada pendapat saya, ada banyak cara yang boleh kita buat untuk tunjukkan kasih sayang kita pada ibu bapa.
      selalu telefon ambil berat, bagi hadiah, tolong buat kerja rumah, dapatkan keputusan bagus dalam exam, jaga masa mereka sakit/tua, dll.
      tapi, mungkin ada sesetengah perkara yang kita perlu fikir pasal diri kita sendiri.
      terutama pasal sesuatu yang berkaitan dgn hala tuju hidup dan masa depan kita.

      contoh: perkahwinan misalnya.
      perlukah berkahwin hanya untuk membahagiakan ibu bapa?
      memang bagus, tapi kalau itu boleh buat kita menderita, does it worth it?
      seperti zaki yang tak bernafsu pada wanita.
      saya tak rasa dia patut berkahwin semata-mata atas desakan keluarga.
      satu, dia dah menganiaya bakal isteri dia tu sebab tak beri nafkah batin (kalau beri pun, tapi tanpa perasaan cinta buat apa?)
      dua, dia juga menderita sbb seumur hidup kena hipokrit dan pura-pura.

      itu pada pendapat saya lah. tapi seperti yang selalu saya kata, everyone is entitled to their own opinion.
      semua orang berhak untuk bagi pendapat dan pandangan masing-masing.
      dan terima kasih cik cahaya atas pendapat awak.🙂

       
  2. nabila

    May 27, 2012 at 1:57 am

    betul kak sue. dan saya punya cita-cita untuk lari keluar daripada malaysia dan duduk di luar sana, living life to the fullest tanpa perlu terbatas dengan pemikiran standard yang menghalang dan melambatkan progres diri untuk menjadi lebih baik.

    ada nilai yang patut dipegang kukuh, sebagai falsafah hidup mati..itu ad deen..tapi nilai budaya yang terkadang mengongkong..itu patut cuma ditolak tepi jika menghalang pemikiran daripada berkembang..

     
    • sUe

      June 14, 2012 at 12:41 pm

      very well said.
      good for you Nabila sebab ada cita-cita macam tu.

      good luck in your journey to live life to the fullest.
      and make your dream comes true.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: