RSS

“We never know the love of a parent till we become parents ourselves.” – Henry Ward Beecher

26 Apr

Tatkala menonton The Color of Paradise minggu lepas, tidak boleh tidak saya ter’perasan’kan sesuatu. Tidak tahulah sama ada ini hanya pendapat saya seorang, atau sememangnya keadaan sebenar adalah begitu.

Menurut pemerhatian saya, masyarakat Iran begitu amanah dan setia dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ia semacam satu kewajipan bagi mereka. Jika mereka tidak menjaga ibu atau bapa mereka yang sudah tua, mereka akan dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat.

Ia dapat dilihat dalam filem The Color of Paradise dalam satu babak apabila nenek Mohammad mahu meninggalkan rumah kerana kecewa dengan sikap anak lelakinya yang telah meninggalkan cucunya yang buta itu, Hashem Ramezani (iaitu bapa Mohammad) begitu bersungguh-sungguh merayu supaya ibunya kembali semula kepadanya.

Hashem:  Mother! Come back. For God’s sake, please come back. You will get ill. I beg you. I will kiss your hand. Let’s go back. I will lose face.

Dan satu lagi yang menunjukkan bahawa anak lelaki Iran memang bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa mereka adalah di dalam filem A Separation. Apabila Simin ingin bercerai dengan Nader, kerana Nader (suami) enggan mengikutnya ke luar negara.

Simin: He won’t come with me.

Nader: My father. I can’t leave him.

Simin: Your father has Alzheimer. Does he even realize you are his son?

Nader: But I know he is my father.

Kalaulah memang benar budaya dan nilai masyarakat Iran begitu, alangkah bertuahnya kaum ibu bapa di sana.

Tiba-tiba saya teringatkan sebuah artikel di Harian Metro, mengenai seorang lelaki tua, yang diambil pulang dari Rumah Orang Tua-tua oleh anaknya.

Hanya untuk satu jam.

Sekadar dibawa ke pejabat tanah untuk menanda-tangani persetujuan menyerahkan tanah kepada anak-anaknya yang seramai 7 orang (tapi semuanya tak guna).

Dan kemudian dipulangkan semula ke rumah Orang Tua-tua.

*menyedihkan. tak tahu nak cakap apa😦 *

p.s: Saya masih belum tengok filem A Separation ini. Teringin sangat nak tengok sebab menang Anugerah Academy untuk Filem Asing Terbaik. Hanakirana pun ada menulis tentang filem itu di sini. Harap2 DVD filem ini ada dijual nanti.

.

 
2 Comments

Posted by on April 26, 2012 in Filem

 

2 responses to ““We never know the love of a parent till we become parents ourselves.” – Henry Ward Beecher

  1. S Harun

    April 26, 2012 at 4:10 am

    Ah. Betul jugak cakap ko. Tapi masa tengok filem The Color of Paradise tu, aku bersangka buruk kat si Hashem, nanti air muka dia jatuh sebab masa nak meminang nanti Mak dia tak ikut sekali, jadi memberi imej buruk di situ. Haishh sakit hati betul aku dengan si Hashem masa tengok cerita tu.

    Pasal berita Harian Metro tu, aku dah tak cukup caci maki untuk anak2 7 orang yang yang yang… arghhhhhh!!!😥

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:58 am

      A’ah, tak terfikir pulak kan? Mestilah dia nak mak dia duduk dengan dia sebab mana ada perempuan nak lelaki yang tak jaga mak sendiri kan?
      Mesti dia risau perempuan tu tak terima pinangan dia.
      Betul, betul… *bersangka buruk jugak pada Hashem*

      Yer, saya juga sudah habis air liur menyumpah seranak anak-anak tak kenang budi itu.
      One more thing is, lepas cerita diorang keluar Metro, salah seorang anak tu bagitahu Metro,
      Diorang adik beradik ‘tak mampu’ nak jaga ayah diorang sebab tak berduit.

      Dah tu, duit hasil ‘jual’ tanah tu pergi mana? Ye dak?😡

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: