RSS

jari tengah

18 Apr

Saya berpendapat mungkin penunggang motosikal di Kuala Lumpur mempunyai sebatang jari tengah yang sangat indah, malah paling indah dan paling molek berbanding penunggang motosikal di negeri lain. Mungkin struktur tulangnya lebih tersusun, atau mungkin kukunya lebih bersinar dan berkilat, atau mungkin kulit di jari tengah itu lebih licin dan gebu. Ini kerana penunggang motosikal di sini sungguh gemar sekali menayangkan jari tengah mereka kepada sesiapa sahaja. Mereka kelihatannya girang dan bangga untuk menunjuk dan ‘berkongsi’ keindahan jari tengah mereka kepada pengguna jalan raya.

Kena hon sikit, tunjuk jari tengah (padahal dia yang salah. Menyelit-nyelit-macam-pelesit-eh-rhyme-la-pulak!)

Orang lain lambat sikit, tunjuk jari tengah.

Kereta depan tukar lorong terkena motosikal mereka, tunjuk jari tengah.

Terlebih U-Turn sikit, tunjuk jari tengah.

Pendek kata, setiap benda nak tunjuk jari tengah. *geram* 😡

Tiba-tiba rindu suasana jalan raya di Taiping, Sungai Petani, Kuantan, Bukit Mertajam, dan Tronoh. ~sigh.

 
2 Comments

Posted by on April 18, 2012 in Bengong

 

2 responses to “jari tengah

  1. hazwan

    April 19, 2012 at 7:24 pm

    ingin aku tambah.
    in my capacity of anak jati kuala lumpur.
    tapi aku membesar di seremban.🙂
    bukan sahaja penunggang motosikal
    pemandu kereta, teksi, lori, bas pun same je.
    pejalan kaki pun bole include jugak.
    nasib baik la brader bawak lrt takde uturn dan takde lrt belakang nak hon hon.

    ** bawak kereta kat taiping best kan?
    berhenti kat depan ipoh bakery takde sape pun nak angkat jari tengah.

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:51 am

      whoa…memang dahsyat eh?
      aku tak pernah di’jari hantu’kan oleh pemandu lain selain penunggang motosikal.
      setakat ni.
      tapi ada sekali pemandu lori gila kurang hajar dengan aku.
      dia berhenti betul2 depan aku tak bagi aku lalu.
      lepas aku cuba nak mengelak, dia terus jalan.
      sikit lagi nak berlanggar.
      memang cam siyal gak la.😡

      bwk kereta kat taiping mmg best. aman damai bahagia.
      terlampau bertimbang rasa sampai berhenti tengah jalan atau terlambat masa lampu dah hijau pun, tak ada sapa hon.
      memang terbaek dari ladang pemandu2 kat sana.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: