RSS

The Color of Paradise

17 Apr

Saya pernah menulis, dahulu, di laman Twitter, bahawa saya sangat teringin untuk menonton kesemua filem arahan Majid Majidi, pengarah tersohor dari Iran itu. Saya jatuh cinta dengannya setelah menonton Children of Heaven yang pada pendapat saya, adalah sebuah filem yang sangat hebat. Ini membuktikan bahawa kau boleh buat filem yang bagus tanpa perlukan bajet juta-juta.

Jadi, apabila saya menemui filem The Color of Paradise di dalam You Tube, saya rasa seperti nak membuat lompat bintang akibat terlampaulah gembira. Terima kasih tak terhingga kepada hamba Allah yang sudi berkongsi kesemua bahagian filem ini.

Dan sekali lagi, memang patutlah filem ini layak dipertandingkan dalam Academy Awards sebagai Filem Asing Terbaik. Sebab it touched my heart to the deepest chord. Seperti ada tangan halimunan yang mencucuk-cucuk hati saya tatkala menontonnya. Majid Majidi memang manusia yang pakar dalam menyentuh perasaan penonton filemnya.

Jika anda peminat tegar filem tipikal Melayu, lupakan sajalah hasrat untuk menonton filem ini. Kerana di dalamnya tidak ada babak-babak klise seperti adegan menari dalam disko atau

adegan merempit atau

adegan ustazah berkemban mandi di telaga atau

adegan orang bunian berkemban (lagi sekali) bersantai di atas batu atau

adegan Mak Limah hidangkan sarapan pada keluarga kaya atau

adegan Datuk Jonid baca surat khabar dalam kereta atau

adegan ranjang lelaki dan perempuan atau

adegan perempuan kena rasuk hantu sampai mata merah terbeliak atau…….(letak sendiri adegan tipikal filem/drama Melayu tipikal)

Tidak ada. Dan ia juga tidak ada adegan2 klise filem Hollywood seperti10 biji  kereta meletup atau hero lari walau ditembak 5 juta kali tapi tetap tak mati-mati atau apa-apa saja lah adegan klise lain.

Ia adalah sebuah filem yang mudah. Dengan adegan yang mudah. Simple. Tetapi menusuk masuk terus meresap dalam jiwa.

Filem ini mengisahkan tentang Mohammad, seorang kanak-kanak yang buta (dan memang betul2 buta. bukan pelakon yang celik tapi berlakon buta.) yang tinggal di asrama untuk kanak-kanak cacat dan dibawa balik bercuti musim panas oleh ayahnya ke kampung halaman. Ayahnya menganggap Mohammad adalah anak yang membebankan dan dia malu mempunyai anak yang buta sepertinya. Mohammad kemudiannya dihantar kepada seorang tukang kayu buta untuk belajar bertukang. Akhir sekali, ayahnya sedar akan kesilapannya, tetapi malang, ia sudahpun terlambat.

Filem ini menyentuh akan pencarian Mohammad mencari Tuhannya. Dia mencari Tuhan pada angin yang disentuh, pada butir-butir pasir di kaki, pada biji-biji gandum di ladang, pada suara unggas dan burung yang bersahutan di hutan. Dia mencari Tuhan di dalam apa saja yang disentuh dan didengarnya. Salah satu dialog yang sungguh terkesan di hati saya adalah ketika Mohammad, dalam esak tangisnya berkata,

Our teacher says God loves the blind more because they can’t see but I told him if it is so, He would not make us blind so that we can’t see Him. My teacher answered “God is not visible. He is everywhere. You can feel Him. You see Him through your fingertips.” Now I reach everywhere for God till the day my hands touch Him, and tell Him everything even all the secrets in my heart.

Saat in air mata saya mengalir bukan lagi seperti Sungai Lui, tapi dah jadi macam Air Terjun Niagara agaknya. Deras mencurah-curah. Sedih sungguh.

Filem ini adalah tentang menghargai apa yang kita ada, dan apa yang ada di sekeliling kita. Filem ini adalah tentang pencarian seorang hamba yang rindukan Tuhannya, dan rupa-rupanya Tuhan itu ada di mana-mana. Filem ini bercerita tentang keindahan yang ada di dalam kelopak bunga yang segar, di dalam bunyi burung dan unggas di hutan, di dalam dingin air di sungai, di deras angin yang berhembus, di dalam detak jantung anak burung yang jatuh dari sarang, di dalam bulu-bulu ayam yang berterbangan di dalam reban, dan semua keindahan ini dirasakan, ironinya, oleh seorang budak yang tidak boleh melihat.

Patutlah Hellen Keller yang pekak dan buta itu pernah berkata “I see life is very beautiful.” Dan kita yang celik ini, pernahkah menghayati dan merasai keindahan yang seperti mereka?

This movie is heart-wrenchingly beautiful.

Majid Majidi, I salute you.

 
6 Comments

Posted by on April 17, 2012 in Filem

 

6 responses to “The Color of Paradise

  1. asura

    April 17, 2012 at 9:34 am

    This i got to see…
    Saya x suka drama..but your review buat saya nak tgk cerita ni..
    Semoga beroleh pahala

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:42 am

      ya, silalah tengok. InsyaAllah tak rugi.😉

       
  2. S Harun

    April 17, 2012 at 5:09 pm

    Dengan cekap bak siakap aku cari filem ni di Youtube. Jumpa! hehehe
    Filem2 Iran memang selalu terbaik, jalan cerita mudah, kos rendah tapi mesej menusuk kalbu.

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:45 am

      ya betul. kadang-kadang jalan cerita macam simple je tapi sarat dengan mesej.

      ps: comel betul perkataan ‘cekap bak siakap’ tu…haha!😛

       
  3. CAHAYA MATA

    April 19, 2012 at 2:46 pm

    owhhh…harus menyimpankan seluruh malam ini untuk menonton filem ini…harusssss…!!

    *ehhh…malam ni malam jumaat lahh…errr….errrr…hehehehe..🙂

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:46 am

      takpe.malam-malam lain pun boleh tengok filem ni.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: