RSS

Eksperimentasi yang memualkan. (“,)

06 Apr

i.

Baiklah, biar saya mulakan entri ini dengan ketawa sekuat-kuat hati.

HAHAHAHAHAHAHA!!!😀

Kemudian, saya mahu memohon maaf kerana telah mendera anda dengan menulis entri yang begitu memualkan ini.

Sejujurnya, ia adalah rekaan semata-mata.

Saya ulangi, IA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Sekali lagi, saya ulang, entri di bawah ini adalah satu rekaan, pembohongan, dan penipuan untuk tujuan gurauan sahaja. Jika kamu masih percaya, tak tahulah saya nak cakap apa.😛

Saya yakin, ketika kamu membaca entri tersebut, pasti kamu akan tertanya-tanya “Apa kena budak Suhaila ni? Buang tebiat ke apa”. Masuk ke perenggan seterusnya, mulalah rasa mual satu macam. Sampai ke perenggan terakhir, tentu kamu akan berfikiran “Ya-Allah-perasan-nak-mampus-budak-ni-rasa-cam-nak-lempang-je!”

Kan?

Sebetulnya, ketika saya menulis entri tersebut, saya juga rasa menggigil, bulu roma menegak, rasa macam nak menggelupur dan nak terjun bangunan pun ada, kerana terlampaulah MALU menulis entri yang sebegini rupa.

Ya, eksperimen tadi membuktikan ia adalah sesuatu yang AMAT, AMAT MEMALUKAN untuk menulis tentang kelebihan (kaya,cerdik,cantik) diri sendiri untuk tontonan umum.

ii.

Sebenarnya, tujuan saya menulis entri itu adalah kerana ingin cuba meletakkan diri saya di dalam kasut seorang manusia bernama Samantha Brick.

Beliau dengan yakin dan gagah beraninya bercerita akan kepayahan dan kesusahan yang dihadapi beliau akibat menjadi wanita yang super jelita. Di dalam artikel yang dicetak oleh Daily Mail Online,  beliau memberitahu bahawa pergi ke mana-mana sahaja, akan ada lelaki yang datang memberi bunga, membayarkan tiket keretapi, malah diberi champagne oleh kapten pesawat ketika menaiki kapal terbang.

Beliau juga menegaskan bahawa, oleh kerana kejelitaan beliau yang terlampau ekstrim, semua kawan-kawan perempuan membenci beliau kerana mereka cemburu dan risau suami atau teman lelaki mereka akan terpikat pada beliau. Malah, menurutnya ketua perempuan di pejabatnya  juga telah mendiskriminasi dirinya oleh kerana rupanya yang menawan.

Dan inilah si jelita Ms Samantha Brick. Di penghujung artikel, beliau menulis betapa beliau tidak sabar untuk menjadi tua (she’s around 40’s) supaya kedut dan uban yang tumbuh akan membuatkan beliau boleh berkawan semula dengan wanita-wanita ‘normal’ yang lain.

iii.

Pada pendapat saya, Cik Samantha ini adalah seorang yang terlampau narsistik, self-absorbed, arrogant dan tak dinafikan mempunyai extremely high self esteem and self confidence yang setinggi 7 petala langit.

Tidak salah untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tapi jika terlampau sangat, ia boleh menimbulkan riak dan bongkak sehingga membuatkan orang lain menyampah gila pada kita.

Samantha Bricks adalah kes yang paling tepat akan gambaran sifat narsistik dalam diri manusia. Sifat narsis yang diambil daripada mitos Greek menggambarkan sifat manusia yang terlampau cintakan dirinya sendiri sehingga langsung tidak mempedulikan perasaan orang sekeliling. Seorang pemburu bernama  Narcissus di dalam mitos itu telah ternampak bayang-bayangnya di dalam kolam, jatuh cinta dengan bayang-bayang tersebut, dan akhirnya mati menderita kerana tidak dapat berpisah dengann bayang-bayangnya sendiri.

Narcissus dari Mitos Greek

iv

Marilah saya ceritakan kisah seorang sahabat saya. Saya pernah menulis tentang beliau sebelum ini.

Tapi, saya mahu cerita lagi sekali. Nama beliau biarlah saya letakkan Seri. Seri adalah sahabat yang saya kenali ketika zaman diploma.

Beliau adalah seorang yang dianugerahkan Allah dengan rupa yang cantik. Apabila saya katakan cantik, memang sangatlah cantik. Kulitnya putih mulus, matanya coklat cair, dan setiap proportion wajah dan tubuhnya memang elok-elok sahaja. Sesungguhnya,  Tuhan memang begitu teliti ketika menciptakan beliau.

Pertama kali berjumpa dengannya, saya seperti dihipnosis sehingga sudah tidak mendengar apa yang sedang dicakapkannya kerana mata saya asyik tidak jemu-jemu memandang keindahan wajahnya.

Seri adalah kawan baik saya ketika itu. Kemana-mana pun kami pergi, pasti ada saja pelajar-pelajar lelaki yang memanggil-manggil namanya.

“Seri, Seri, singgahlah kejap”

“Seri ni ada orang kirim salam”

“Seri ni ada orang nak berkenalan”

Ya, taktik mengurat macam budak sekolah menengah kan?

Tetapi, Seri tetap sahaja berjalan. Buat tak tahu seolah-olah tak mendengar apa-apa. Senyum tidak, menjeling pun tidak. Jika ada yang memberikan hadiah dan membuat deklarasi cinta, beliau akan memulangkan hadiah itu dengan baik atau menolak cinta lelaki-lelaki itu dengan berhemah.

Bukan itu saja, Seri juga adalah seorang yang bukan sahaja cantik paras rupa, tetapi juga indah budi bahasa dan akhlaknya. Beliau adalah orang pertama yang akan menolong siapa saja yang dalam kesusahan, tidak kira lelaki atau perempuan. Tutur katanya lembut dan tidak menyakitkan. Beliau langsung tidak bongkak atau riak dengan kejelitaannya. Beliau sentiasa mempunyai empati dan simpati kepada orang sekeliling. Seorang yang penyayang pada binatang dan alam sekitar (environmentalist)

Malah, ketika kami terlepas bas untuk kali ke-10 kerana saya terbangun lambat, dan beliau terpaksa menunggu saya di tepi jalan, beliau langsung tidak mengeluh dan merungut malah tetap sahaja berjalan kaki bersama-sama untuk ke kelas.

Jika kami naik bas universiti yang sentiasa sesak itu, dan ditakdirkan kami mendapat tempat duduk, dia akan mengecilkan ruang tempat duduk supaya mana-mana pelajar perempuan boleh duduk sekali bertiga. Malah, dia juga akan menawarkan diri untuk memegangkan fail-fail dan buku-buku pelajar-pelajar perempuan yang terpaksa berdiri untuk memudahkan mereka ber’gayut’ pada besi pemegang bas.

Jadi, disebabkan sikapnya yang begitu baik pada semua orang, beliau menjadi sungguh popular. Dan terkenal. Sudahlah cantik, baik pula.

v.

Point saya di sini adalah, teori Samanta Bricks yang mengatakan bahawa perempuan benci kepada perempuan lain yang lebih cantik daripadanya adalah SALAH sama sekali.

Seri jauh lebih cantik dan menawan daripada saya, tetapi saya langsung tidak membencinya.

Ini kerana, di sebalik rupanya tersembunyi sebongkah hati yang baik dan bersih.

Dan itulah yang dititik beratkan oleh siapa pun di muka bumi ini.

Cuba bayangkan jika sahabat saya Seri itu adalah seorang yang bongkak, angkuk dan narsis seperti cik Samantha.

Bayangkan apabila lelaki-lelaki bersiul dan memanggil-manggil namanya, beliau berkata :

“Eeee….malasnya. Rimas betullah diorang ni. Cantik sangat ke saya ni Sue?”

atau

“Rimaslah. Diorang ni macamlah takde perempuan lain. Saya seorang ke yang cantik kat sini?”

atau

“Sue, lelaki tu pandang saya lah. Benci betul. Macam tak pernah tengok perempuan cantik.”

Ya, bayangkan kalau Seri berkelakuan sebegitu. Sekali dua mungkin boleh dimaafkan. Tetapi kalau setiap kali setiap saat setiap ketika asyik perasan dirinya cantik dan membuat semua lelaki tertawan malah mengeluh rimas kerana asyik diberi perhatian, memanglah telinga saya tidak boleh tahan. Mulalah rasa macam nak cari pembunuh upahan.😛 (ok, ini obviously hiperbola)

Teorinya mudah:

Kau cantik/kacak tapi bongkak, orang akan benci.

Kau huduh tapi baik, orang suka.

Kau cantik/kacak dan baik, ini adalah paling disukai.

Kau huduh dan bongkak, ini adalah paling orang benci. Sudahlah huduh, buruk perangai pula. Isk isk isk…menyedihkan.

vi.

Pendapat saya lagi, orang yang terlampau narsis ini sebenarnya dalam fikirannya dipenuhi dengan aku, aku, aku dan cuma aku. Hanya diri dia sahaja yang difikirkan orang lain. Manusia lain tidak penting.

Sedangkan manusia yang benar-benar hebat, jarang memikirkan dirinya sendiri sahaja. Sebaliknya sentiasa sibuk berfikir mencari jalan untuk memberi sumbangan pada orang lain.

Pernahkah kamu mendengar manusia bijak seperti Albert Einstein menerbitkan buku betapa bijaknya beliau dan kepayahan yang terpaksa dihadapi akibat menjadi manusia yang terlampau bijak?

Bencilah jadi bijak sangat ni. Semua orang sekeliling asyik cakap benda-benda bodoh. Bosan betul...

Pernahkah kamu membaca mana-mana artikel yang ditulis oleh Bill Gates atau Warren Buffet merungut dan mengeluh betapa payahnya menjadi manusia paling kaya di dunia?

menyampah betul kalau dah kaya sangat ni. semua dok menyendeng2 kat gua nak mintak duit gua...benci gua.

Pernahkah Aishwarya Rai yang dinobatkan sebagai Ratu Universe ini menulis buku menceritakan penderitaan beliau kerana menjadi wanita yang terlampau cantik?

rimasnya jadi cantik ni. asyik kena serbu lelaki je. tak sabar nak jadi tua, bolehlah hidup aman sikit...~sigh

Dan contoh yang paling hebat adalah Rasulullah s.a.w. Walaupun dinobatkan sebagai manusia paling sempurna, paling baik, paling mulia, paling agung tetapi tidak pernah pun baginda bongkak dan angkuh akan kelebihan baginda sebagai utusan Allah.

viii.

Orang yang benar-benar cantik / kaya / cerdik/ baik tidak akan sama sekali mengaku bahawa dia cantik / kaya / cerdik / baik.

Kesimpulannya di sini adalah, jika kamu seorang yang cantik rupawan tetapi tidak disukai oleh kawan-kawan perempuan, kamu mungkin sudah tahu sebab apa. Ia adalah kerana sikap narsis, self absorbed dan bongkak yang keterlaluan.

Dan sama sekali tak ada kena mengena dengan wajah kamu yang cantik rupawan bak bulan purnama itu.

p.s: Jika kau Google pasal Samantha Brick, kau boleh tengok lebih 5 juta carian. Antaranya di sini dan sini. Dan melalui temu ramah beliau, beliau masih lagi mempertahankan artikelnya dan teorinya yang mengatakan beliau dibenci kerana rupanya yang menawan bak bintang-bintang yang bergemerlapan di galaksi Andromeda (ok, ayat terakhir tu tipu)

Kata beliau:

Semua komen-komen benci yang ditujukan kepada saya membuktikan teori saya memang tepat. Anda benci kepada perempuan cantik.

Apa-apa lah nyah….asal kau bahagia…😛

On the other hand, saya perlu puji akan keyakinan diri dan self esteemnya yang setinggi 7 petala langit. And she’s actually kind of pretty though :)

And again, entri sebelum ini adalah REKAAN SEMATA-MATA. Saya hanya bergurau dengan kamu sahaja. Maaf dan maaf dan maaf saya pinta kerana menipu kamu. And seriously, do you think I’m serious when writing that entry? Ouh, come on…. 😉

 
11 Comments

Posted by on April 6, 2012 in Bengong, Manusia, Saja Mengada, Teman

 

11 responses to “Eksperimentasi yang memualkan. (“,)

  1. luqman misri

    April 7, 2012 at 1:40 am

    i can see a donkey when i look at the mirror right now…

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:07 am

      err ye ke?
      maybe awak perlu tinggikan sikit high-esteem awak.
      bukankah manusia itu sebaik2 ciptaan?
      dan apa saja kesilapan atau kebodohan yg dilakukan dulu2 (kalau ada) sebenarnya satu pengajaran utk membaiki diri sendiri menjadi lebih baik dr semlm.

      *ceh, pandai pulak ceramah kat org* =P

       
  2. fz

    April 9, 2012 at 1:56 am

    takdela lawa sangat dia tu,ramai lagi perempuan lain yg lawa tahap-tengok-sampai-berdarah-hidung.
    betul,self esteem dia tinggi sgt

    ehem,nk bagi bunga jugaklah kat sue..hehe :p

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:18 am

      hahaha…self esteem dia mmg sgtlah tinggi.
      apa yg menyebabkan saya tak setuju dgnnya adalah kerana dia mengutuk perempuan lain yg tak sukakannya dan menganggap mereka cemburu pada rupanya.
      sebagai perempuan, i am quite insulted by this statement.
      ~sigh.
      err..nak bg bunga? err..err..tak perlulah kot…tp kalo nak bg jugak, ipad sebijik pun ok…hahaha!!! $_$ *mata duitan*

       
  3. Anonymous

    April 9, 2012 at 2:46 pm

    ahlamak, cantik sgt ke cik sue ni?

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:20 am

      aduhai..utk kali ke 10 nye saya minta maaf sebab entri itu adalah rekaan semata-mata.
      tak mungkin saya tulis macam tu dan benar2 maksudkannya…

      tobat lepas ni tak nak buat gimik cenggitu dah…huhu!

       
  4. misha

    April 9, 2012 at 3:03 pm

    +1 for your confidence–>Samantha Brick
    =)

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:23 am

      yep…+1000 kot utk confidence beliau.
      untuk menulis entri bercerita akan kejelitaan diri sendiri untuk semua org baca, memerlukan tahap kekuatan dan keyakinan diri yang super tinggi.
      saya dah rasa dgn cuba menulis entri seperti itu jugak…
      dan ia membuatkan saya menggeletar sbb tersangatlah malu utk memuji diri sendiri sebegitu sekali…huhu!

       
  5. CAHAYA MATA

    April 13, 2012 at 1:17 pm

    suka la entrie ni…🙂

    huraian dan kenyataan membela diri yang sangat lengkap…hehehehe.. good job cik sue..🙂

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:32 am

      huhu..ini bkn membela diri sebenarnya..
      kerana mmg dah niat nak buat entri pertama, tgk respons mcm mana, ada tak yg maki ke yg kutuk ke sebab perasan sgt..
      lepas tu baru nak buat entri kedua utk menjelaskan yg entri pertama hanya gurauan semata2…dan kenapa saya menulisnya hanyalah kerana seorg manusia bernama Samantha Brick…saya sama sekali tidak akan menulis entri pertama dgn betul2 serius dan maksudkannya…dari gaya tulisan saya pun sepatutnya dah boleh tahu kot benda tu tipu sbb hiperbola melampau…takkanlah nak menangis mengenangkan kecantikan diri sendiri…ada ker perempuan camtu? huhu!

       
  6. Zalora Malaysia Coupon

    August 1, 2013 at 1:53 am

    Maaf tanya .. adakah pos yang sebelum nie berkaitan dengan pos nie ?? saya agak keliru dengan link dalam blog awak nie..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: