RSS

Keburukan menjadi manusia yang cantik, dan mengapa saya begitu dibenci perempuan lain.

05 Apr

Ketika saya sedang duduk menikmati makan malam di sebuah kafe, seorang pelayan wanita datang kepada saya lantas menghulurkan sekeping kad dan sejambak bunga.

“Cik, ini daripada jejaka di hujung sana.” katanya sambil menunjuk ke arah seorang jejaka kacak yang sedang merenung saya, di sebuah meja paling hujung.

Di atas kad itu ditulis nama dan nombor telefonnya dengan kata-kata:

“Hi miss, maaf mengganggu. Tetapi awak sangat cantik dan saya ingin sekali berkenalan dengan awak. Please drop me a call.

-Zack-

p.s: by the way, dinner is on me.😉 “

Saya menoleh ke arahnya. Dia tersenyum dan mengangguk sedikit.

Anda mungkin berfikiran “Wah…ini adalah kejutan yang begitu manis…”

Ya, ia memang manis tetapi ia bukanlah satu kejutan bagi saya. Kerana perkara seperti ini sudah terlalu acap berlaku sehingga saya sendiri sudah tidak terbilang dengan jari.

Sepanjang hidup saya, hadiah, bunga, anak patung beruang, coklat, belanja makan dan tiket wayang sentiasa sahaja menghujani saya dari lelaki-lelaki yang kadang-kadang tidak saya kenali.  Apabila ditanya kenapa mereka begitu bersusah payah, jawabnya adalah kerana rupa saya yang cantik dilengkapi dengan senyuman yang menawan telah memikat hati mereka.🙂

Walaupun wajah saya tidaklah seanggun Lisa Surihani, tetapi dengan kulit yang licin, mata yang sedikit coklat,  kurus dan tinggi, orang sering mengatakan saya seorang yang jelita. Saya tahu saya sepatutnya bersyukur, tetapi kadang-kadang kejelitaan saya ada keburukannya.

Pernah sekali, ketika bersesak-sesak di LRT, seorang lelaki budiman telah menawarkan tempatnya untuk saya. Walaupun saya berkali-kali menolak, tetapi lelaki itu tetap dengan keputusannya, sedangkan ada seorang wanita mengandung berdiri di sebelah saya.

Akhirnya saya memberi tempat itu kepada wanita tersebut. Saya berasa sungguh bersalah kerana kecantikan saya telah membuatkan wanita itu tidak ditawarkan tempat duduk.

Malah kawan-kawan perempuan juga berasa tercabar apabila berada dekat dengan saya. Mereka langsung tidak mengajak saya ke majlis perkahwinan mereka, apatah lagi menjadi pengapit mereka kerana risau saya akan membuatkan mereka ‘hilang seri’ akibat daripada kejelitaan dan keayuan saya yang terlampau menyerlah.

Sehingga kini, saya tidak mempunyai seorang pun kawan perempuan, kerana mereka semua menjauhkan diri dari saya akibat risau suami atau teman lelaki mereka akan terpikat pada saya.

Benarlah, kecantikan itu satu sumpahan.

Kadang-kadang, ketika malam sepi, saya berbaring di atas katil, sambil menangis seorang diri, berharap agar saya bukanlah gadis yang terlampau cantik supaya saya dapat mempunyai walau seorang kawan perempuan….

😦

.

.

.

.

.

*ok, nak pi muntah sat!* 😛

(Disclaimer: Baiklah, disebabkan ramailah pulak yang percaya…adoilaaa…*tepuk dahi*, maka ingin saya jelaskan bahawa entri di atas itu adalah REKAAN SEMATA-MATA. Ia hanyalah satu gurauan pada bulan April dan satu ekperimentasi untuk cuba meletakkan diri seperti seorang Samantha Brick (rujuk di entri ini untuk lebih lanjut – kerana begitulah gaya tulisannya dalam Daily Mail Online).

Jika anda masih ragu-ragu, let me spell it out for you:

1. TIDAK ADA siapa pun yang memberi kad atau bunga kepada saya di mana-mana kafe.

2. TIDAK, saya tidak dihujani oleh bunga atau hadiah atau anak patung beruang pun sepanjang hidup saya. Saya hanya dihujani oleh air hujan yang berasid sahaja.

3. TIDAK, tidak ada lelaki yang menawarkan tempat duduknya kepada saya di dalam LRT.

4. TIDAK, saya tidak kuasa untuk menangis di malam hari semata-mata mengenangkan ‘kecantikan’ diri sendiri.

5. TIDAK, saya sama sekali tidak merasa diri sendiri cantik dan JAUH SEKALI mahu bercerita tentangnya di sini.

6. TIDAK, entri ini TIDAK BENAR SAMA SEKALI dan hanyalah REKAAN SEMATA-MATA. (Tak tahulah nak kena ulang berapa kali baru orang boleh tak percaya. ~sigh)

Dengan ini saya berjanji *angkat tangan baca ikrar* tidak akan menipu atau mereka cerita (walau hanya sekadar gurauan di bulan April) di dalam blog ini kerana kalau orang dah percaya, payah pula nak terangkan (walaupun entri yang ditulis nampak benar tak logiknya…)

Sekali lagi, maaf kerana telah menipu dan memperdayakan kamu. Tak sangka la pulak kamu nak percaya…huhu!

 
7 Comments

Posted by on April 5, 2012 in Bengong, Saja Mengada

 

7 responses to “Keburukan menjadi manusia yang cantik, dan mengapa saya begitu dibenci perempuan lain.

  1. asura

    April 6, 2012 at 9:59 am

    never comment here before but this entry mmg shows that kamu puny self-esteem yg tinggi melangit…

    good for you…

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:00 am

      err..thanks…but the entry is fake. i’m sorry for making such confusion. saya cuma bergurau dgn menulis entri tersebut. sekadar satu eksperimen meletakkan diri saya dalam sepatu samantha brick.

       
  2. hatikiara

    April 6, 2012 at 2:34 pm

    kak sueeeeeee!!! btol ke?ktne?sebuk kan?? hahaha..biarla perempuan lain tak suka pada kak sue, kite tetap suke n sayang kak sue tau!!!dah, jngn sedih sbb cantik, itu kan anugerah tuhan

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:02 am

      waaahhhhh baiknye syukkkkk….terharu betul…🙂
      kak sue memain je la sayang… takkanla kak sue nak tulis entri macam tu betul2… hehe.
      tapi komen syuk buat kak sue terfikir “wah aku buruk perangai pun ada org syg aku…” hehe *perasan*

       
  3. luqman misri

    April 6, 2012 at 11:47 pm

    wah.. awk terlalu cantik sampai begitu skali eh?

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:04 am

      lagi sekali, entri itu adalah rekaan semata-mata.
      sorry for making such confusion.
      saya jangkakan org dah boleh agak saya menipu drpd ayat hiperbola melampau yg saya gunakan…huhu!

       
  4. misha

    April 9, 2012 at 11:09 pm

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: