RSS

Perihal Facebook 2

31 Mar

Ia bermula apabila ada seorang kawan sepejabat yang sudah tiga hari tidak datang kerja. Apabila saya bertanya kepada kawan-kawan lain, mereka berkata,

“Sue, kak Z tak datang sebab tengkorak kepala anak dia retak masa di rumah pengasuh”

“Ya Allah, ye ke?”

Saya terkejut.

Seriously, gila khinzir punya terkejut.  Ini kerana anak beliau adalah seorang bayi yang mega comel. Super duper punya comel. Dan ia membuatkan saya hairan kenapa nasib begitu menimpa seorang makhluk Allah yang secomel itu. Sudahlah masih kecil, anak sulung pula. Tentu Kak Z sedih.

Kemudian kawan saya itu menegur:

“Sue, benda tu kitorang dah tau lama dah Sue. Kitorang dah terkejut awal-awal lagi. Kalau Sue ada FB, semua benda jadi dalam ofis ni Sue boleh tau.

Jadi, itulah antara sebab  saya membuka akaun FB.

Kerana semangat Makcik Bedah* yang membuak-buak dalam diri membuatkan saya pun akhirnya mempunyai akaun FB. Itupun seorang kawan saya Kak N yang tolong buatkan.

Beliau sebenarnya merungut kerana banyak perkara yang ingin dibincangkan kepada saya asyik melalui telefon sedangkan kami boleh saja berchatting di FB, jika saya ada FB. (Yahoo Messenger tak boleh buka di tempat saya).

Jadi, apabila Kak N merungut :

“Eee..kau ni Sue payah betullah tak ada FB”

Maka, saya dengan selambanya berkata:

“Akaklah tolong buatkan. Sue bagi email dan masukkan password”

Dan sungguh, beliau pun membuatkan akaun saya. Siap memasukkan gambar, mencarikan kawan-kawan dan memasukkan data peribadi. Wah, hebat! *tepuk-tepuk* Terima kasih tak terhingga kepada beliau. :)

Sebenarnya saya penat asyik ‘ketinggalan keretapi’ ketika berbual dengan rakan-rakan lain. Apabila saya menyampuk ‘eh korang berborak pasal apa ni?’, mereka akan menjawab “itulah Sue…tak ada FB”. Jika saya bertanya “Eh, kereta sapa tu?”, mereka akan menjawab “Sue tak tau sebab tak ada FB”.

Kiranya sekarang ini, FB sudah seperti satu cop mohor untuk membolehkan kita tahu every single thing yang berlaku di sekeliling kita. Jika tak ada, kau akan terpinga-pinga sebab tak tahu apa benda. Kau dah jadi macam katak puru di bawah tempurung, yang kemudian ditanam di dalam tanah dan dibina pula bangunan sepuluh tingkat di atasnya. Menggambarkan betapa payahnya kau nak keluar dari tempurung tersebut. Ya, begitulah gambaran betapa ketinggalan zamannya kau jika tak ada FB.

Gambar lukis sendiri yang huduh.

Apabila menggunakan FB, saya mendapati beberapa perkara.

Ok, sambung lagi sebab dah panjang.

* Perkataan Makcik Bedah atau Makcik Joyah adalah metafora kepada sikap penyibuk dan suka ambil tahu hal orang lain. Ini kerana selalu dipaparkan di kaca tv, makcik-makcik di kampung yang gemar benar menjaga tepi kain orang. Sambil mulut memuncung-muncung atau menenyeh curut dan mengunyah sirih, makcik-makcik ini akan bertanya itu ini pada orang lain tanda sifat ingin tahu yang terlebih ekstrim.

 
10 Comments

Posted by on March 31, 2012 in Dunia, Manusia

 

10 responses to “Perihal Facebook 2

  1. hanakirana

    April 1, 2012 at 1:41 am

    Aku dah kembali tak ada FB, dah deactivated sejak awal bulan 1. Hidup aku kini aman dan tenteram.😀

     
    • sUe

      April 2, 2012 at 9:27 am

      wah! congratulation!!!

       
  2. hazwan

    April 2, 2012 at 1:10 am

    tapi kan tapi kan.
    kau ini kira takde lah katak bawah bangunan sangat.
    sebab kau ada twitter.
    dan kau patut naikkan taraf katak kau.
    sebab kau memahami /nickserv register

     
    • sUe

      April 2, 2012 at 9:17 am

      haha…oklah kan ada twitter. tapi twitter pun aku update 3 bulan sekali…camna tuh?

      but if you’re in a surrounding that every single thing is discussed in the FB, so kalo takde, mmg clueless beb.

       
      • hazwan

        April 2, 2012 at 5:24 pm

        from what i see, that mark fella sucessfully created and lifted fb when it is needed by mostly every breathing soul on the planet. i sense that if fb was created say 10 years ago, it would share the same story as ecircle,community zero, friendster and the list goes on.

        yelah masa tu kan takde benda2 mobile internet la android la bagai kan. kau kena bayar tiga hengget sejam hanya sekadar untuk meng extremezone dengan aku. tu pun setiap hari sabtu je. haha

        those makcik bedah should be told on how kental dan cekal kita nak bersosial dulu2. mana ade tengah2 trafik light cek in kata “on my way to opis. trafik light kereta banyak”.

        again, this is how i see things.

         
        • sUe

          April 2, 2012 at 8:37 pm

          haha ko ingat lagi nickname aku masa form 2…adoyaiii…
          ada satu nickname aku buat masa form 1 which is aurorapretty.(-_-“)
          ingat2 balik rasa nak muntah. camna la aku boleh tersesat cam gitu sekali…haha!! =D

          yup, kita dulu zaman mirc. zaman #kampung #hostel #mamak etc. zaman gi cyber cafe sejam RM5. gile mahal nak mampus.

          but in my opinion, those android things start BOOMING bila ada FB. ke atau the other way around?

          so, FB is the one that makes those smart phones existed. they see how crazy people are with FB, so they start making the smart phones so that people boleh berpesbuk on the go. anywhere, anytime.

          itu pendapat aku la, correct me if i’m wrong.

           
  3. hazwan

    April 3, 2012 at 3:55 pm

    touche !!

    considering you are pointing towards tanah tumpah darahmu only, i agree with you. rakyat marhaen pun tak reti sangat guna social network lain. cuba tanye makcik bedah sekalian. uollss reti ke guna formspring macam cik sue?

    but i must warn you. fb is poisonous. use wisely

     
    • sUe

      April 5, 2012 at 12:06 am

      wow, thanks for the advice pal!

      aku rasa fb is something like pandora’s box. kau teringin gila nak bukak just nak tau what the fuss is all about. tapi lepas bukak, byk evil je yg keluar sebenarnya.

      tapi mcm yg kau ckp, use wisely.

      apa benda dlm dunia ni pun kalau guna elok2 takde masalah.

      so far, fb aku tgk oklah. keep me and my friends up to date about each other. boleh track long lost friends. setakat ni takdelah addicted ke apa lagi. takdela sampai bkk fb setiap jam. huhu!

       
  4. fz

    April 3, 2012 at 11:40 pm

    fb penting jugak utk sebarkan info2 yg berkaitan,tp rasanya manfaat tu hanya 10% je,yg lain lagha tp kalo xde,rasa mcm ketinggalan camane ntah.dan bila smartphone makin menjadi2 kebelakangan ni,duduk depan-depan pun nk twitt,or balas komen fb.haih

     
    • sUe

      April 4, 2012 at 11:56 pm

      sunnguhlah tepat sekali pendapat anda!

      ayah saya cerita, family kawan dia ada 6 orang.
      setiap orang duduk dlm bilik melayan laptop/komputer/handphone.
      kalau nak berckp sesama sendiri, pakai facebook.
      walaupun ayah dia kat luar bilik je.

      menyedihkan…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: